Assalamualaikum dan selamat memperbaharui iman.Syukur kerana masih diberi peluang untuk masih terus bernafas di muka bumi Allah ini.Sedar tidak sedar,masa untuk menamatkan semester 2 ni hampir tiba.Cepat betul masa berlalu.Inilah antara tanda-tanda hari kiamat.Masa terasa singkat dan cepat berlalu.Masihkah cukup bekalan kita di dunia yang fana untuk akhirat yang kekal abadi???Tepuk dada tanya iman.
Beberapa hari lepas,saya meminjam buku di maktabah yang bertajuk,'Bilal bin Rabah',Pengumandang Seruan Langit hasil karya Abdul Latip Talib.Sangat tersentuh apabila mengenangkan pengorbanan beliau yang sanggup mati demi mempertahankan kalimah toyyibah.Novel sejarah Islam ini banyak menceritakan mehnah yang dihadapi oleh para sahabat Nabi Muhammad dalam menegakkan Islam yang dianggap asing pada zaman permulaan Islam.Seksaan demi seksaan yang dihadapi oleh mereka demi mentauhidkan Allah s.w.t.Iman para sahabat jauh berbeza dengan kita.Sungguh beruntung kita kerana mengenal Islam dari kecil berbanding yang lambat mengenal Islam.Tetapi,ramai daripada kita yang alpa.Tidak bersyukur dengan nikmat yang diberikan.
Cuba kita lihat hari ini,siapa yang lebih dikenali oleh umat Islam sekarang???Mereka lebih mengenali artis2,pemain-pemain bola sepak,dan tokoh2 barat.Tanya sahaja siapa pemain bola sepak terbaik di dunia sekarang.Sudah tentu mereka akan menjawab Lionel Messi.Andai ditanya sipakah 10 orang sahabat Nabi yang dijamin syurga.Kebanyakan mereka akan terkebil-kebil apabila disoal soalan itu.Jiwa kebanyakan anak muda sekarang lebih ke arah budaya barat yang tidak bermoral.Saya ingin memetik kata2 Sheikh Muhammad Abduh,'Sesungguhnya telah pergi ke negeri barat dan aku lihat Islam padanya,dan aku pergi ke dunia Islam dan aku lihat barat padanya.Betapa kita lihat pada zaman sekarang,anak2 sudah tidak menghormati ibubapa,perkara haram dan halal dicampuradukkan,penzinaan di merata2,kes buang anak usah diperkatakan...setiap hari berita di akhbar menyiarkan ttg pembuangan bayi.Cuba kita renung kembali,kenapa perkara begini terjadi????Ini disebabkan TIDAK MAHU MENGIKUT AL-QURAN DAN SUNNAH NABI MUHAMMAD.Itu jawapan yang paling tepat untuk menjawab persoalan ini.Hukum-hukum Allah dipertikaikan dan dipersendakan.Kononnya boleh membuat hukum sendiri.Allah yang mencipta kita,so,Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
Banyak Perkara2 lagho dianjurkan oleh sesetengah pihak yang tidak mahu menerima kebenaran.Macam-macamlah..Semoga Allah memberikan hidayah kepada insan2 tersebut.
Semasa Rasulullah membawa ajaran Islam,nasib wanita dipelihara,golongan hamba dimuliakan,setiap manusia adalah sama yang membezakan mereka adalah keimanan.Kerana Islam lah dunia menjadi aman.Islam menolak kezaliman,penzinaan dsb.
Firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 85 yang bermaksud,'Dan sesiapa yang mencari Agama selain Islam,maka tidak akan diterima daripadanya,dan ia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi'.
Tidak malukah kita untuk bertemu dengan Rasulullah jika banyak melakukan dosa di dunia ini????Sama-sama kita muhasabah diri ini.
Bertaubatlah wahai diri dan sahabat sahabiah selagi pintu taubat masih terbuka.
Kami merinduimu ya Rasulullah....
Kasih Dibajai, Huluran Dihargai
8 years ago
0 comments:
Post a Comment