BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

ahlan wasahlan

Saturday, October 30, 2010

~Imtihan~

Assalamualaikum....shbt2 sekalian.
Tanggal 1 November 2010,bermulalah perjuangan pelajar IPG menghadapi  kertas exam.Studi x studi,pantang jumpa laptop psti facebook dan blog akan dijenguk dlu.Rasanya lebih byk di hdpn laptop berbnding buku.
Maybe selepas ini blog ni akan diupdate dalam jgka masa yg lama.Maybe selepas selesai imtihan terakhir pd 15 November 2010.
Hati berasa cukup gembira tatkala kakak yg kini menuntut di Mesir menelefon setelah sekian lama tidak menelefon.Banyak cerita yg dikongsi.Adikmu ini sentiasa mendoakan dirimu sentiasa sabar di bumi kinanah sana.
Tahniah juga kpd team bola sepak klntn (negeri kelahiran) yg berjaya mengalahkan negeri kelahiran abg ipar.Sempat tgok sekejap shj perlwnn semalam.Apa-apa pun kejayaan antum membanggakan rakyat negeri klntan dan Menteri Besar,Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Ok lah,rasa dah byk melalut...Wa akhiran,saya ingin memohon maaf ats segala kesalahn yg dilakukan smada yg segaja @ tidak.Daoakn kejayaan saya dlm imtihan....

Saturday, October 23, 2010

~Sekadar Ingatan pada Sahabat2 dan Diri~

Salam 1 perjuangan.....
Hampir 2 minggu saya tidak meng'update' blog ini.Rasa cemburu sgt dgn shbt2 yg ada kesempatan utk meng'update' blog.Dalam minggu ni,banyak perkara yg berlaku.Ada yang manis dan ada juga yg pahit..Alhamdulillah masih diberikan kekuatan oleh Allah utk menghadapi sgla mehnah.
Sebenarnya,xthu nak tulis apa...
oklah,saya akan brkongi sedikit ilmu.Sejak akhir-akhir ni,banyak berita yg saya dapat drpd shbt2 yg mereka dirisik oleh seseorg...Saya hanya menjadi pendengar dan ada lah sikit2 memberikan nasihat dan pendapat.Tidak pernah ada pengalaman,,jadi xthu nk nasihat apa.Dalam pemerhatian saya,dalam usia sebeginilah org selalu cerita psl kahwin.Tapi yg peliknya,ada sesetengah org berpendapat bhwa klu cerita psl kahwin dalam usia begini macam 'gatal'....Bagi saya x pun.Sebenarnya yang 'gatal' tu org yg 'COUPLE'..bkn org yg belajar ilmu perkahwinan atau yg cerita psl baitul muslim..

Pernah suatu ketika, seorang shbat saya menceritakan perasaan dia pada seseorang.
'Saya rasa lain dah skrg.Dlu,masa saya sekolah agama xdelah rasa mcm ni.Xthulah nak hadapi mcmne.'luah sahabat saya ini.
Rasa mcmne???
Semua kawan2 saya ada couple.So,saya pun rase mcm nak couple...
Beristighfar panjang saya mendengarnya.Terkedu sebentar sbb dulu dialah antara shbt yg pling membenci couple.
'Jangan mcm ni...Allah sedg menguji awk tu.awk insan terpilih utk diuji.Biarlah ujian ni menjadi penguat kpd kite bukan menjadi pelemah kpd kita.Tak de faedah apa2 pun klu awk couple'.Saya cuba menasihatinya.
'Tak thu lah....rase diri xcukup kuat sbb org sekeliling semua mcm tu.'
'Awk kne ingt...jodoh tu Allah adh tetapkan.Klu awk couple sblum kahwin,seolah-olah awk xyakin dgn jodoh dari Allah.Awk nk ke, psgn awk tu org yg p'nh couple ngn org lain??Mesti xnk kan??Sabar...masanya akan smpai.Tumpukan pada study dlu.Itu antara tanggungjawab kita sbg anak dan muslim.Nanti klu awk msuk universiti,ramai lagi org yg akan awk jumpa.
'Insyaallah,saya akan cuba...'

Cerita ni pula berlaku pada seorang lagi sahabat...
'Aisyah,hari tu ada sorang kwn lelaki saya dy ckp nak 'ikat' ngan saya sblum dy pergi overseas'
'Ikat????'Saya berpura2 bertanya.
'A'ah..ikat.
'Ikat mcmne tu???Bukan bertunang kan???
'Bukan....mcm nak chop lah'..
'Tak payahlah...alasan je tu.Sama mcm couple lah tu.Cuma lain ejaan je.Macm nak menghalalkan cara je.Guna perkataan ikat sebab nak nmpak baik sikit padahal sama je.xpayah hiraukan semua tu.
'Ye lah,saya pun rase mcm tu.'
'Sebenarnya,klu mcm tu...boleh timbulkan pnyakit hati..Baik kita jauhkan awal2 sebelum parah.Saya cuba menerangkn.
'Aik..mcm ada pengalaman je'....usik shbt saya.
'Perkara ni biasa berlaku pada remaja2....penyakit hati ni susah nak elak even kita berurusan dalam kerja2 dakwah.Sebelum parah,lebih baik kita cuba hindarkan sblum jeneral syaitan laknatullah menang..

Tu lah sedikit sbnyak yang saya dapat berkongsi dgn antum.Terima kasih pada shbt2 yg sedia berkongsi masalah.Terasa diri mcm Dr.Cinta pulak wlaupun x'mashi' sgt dlm perkara ni.



Sahabat,jatuh cinta itu perkara biasa,itu tndanya ada keistimewaan pd seseorg,apath lg jatuh cinta ats urusan dkwh,namun kte dikahwinkan dgn seseorg bukn sbb jatuh cinta atau saling menyayangi tetapi krn dy JODOH kte y sudah d tetapkan sejak azali,,,,Boleh jadi org yang paling dibenci itu adalah jodoh kita.Jadi,ingatlah janji Allah,perempuan yg baik utk llki yg baik dan llki yg baik utk perempuan yg baik.

Wednesday, October 6, 2010

~Tarbiyyah dari seorang kanak-kanak ~_^^_

Pertama dan selama-lamanya,marilah kita merafa'kan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita.Tiada perkataan yg mmpu diucapkan selain kalimah suci Alhamdulillah wa syukurillah padaMu Ya Allah......
Syawal sudah mahu meningglkan kita dan disusuli dgn bulan Zulkaedah pula.Terasa seperti baru sahaja pulang dari rumah.Rupa-rupanya sudah hampir 3 minggu saya berada di selatan tanah air ini bagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu.Sebenarnya,tidak tahu bagaimana hendak melahirkan perasaan teruja dan bersyukur pada Allah apabila saya dipertemukan dengan sebuah keluarga yg cukup bahagia hasil proses tarbiyyah Islam.
Keluarga ini mempunyai 2 org cahaya mata yang bagi saya bakal menjadi pejuang Islam pada suatu hari nnti.Anak sulungnya bernama Fathonah yg kini berusia 5 tahun.
Fathonah,seorang kanak-kanak yg istimewa di hati saya tatkala kali pertama mendengar bait-bait ayat yg dikeluarkan dari bibirnya.Makna namanya yg bermaksud bijaksana cukup sesuai dgn dirinya.Sungguh ikhlas dan suci hatinya.Seronok sgt mendengar kata-kata yg keluar dari mulutnya.Kata-katanya itu bnyk memberikan kesan yg mendalam.
Dia sanggup berjaga malam bagi mengikuti abi dan umminya meneruskan perjuangan dalam menyebarkan dakwah.Tidak sedikit pun dia menunjukkan riak wajah yg tidak ceria n letih walaupun terpaksa mengikuti abi n umminya ke program2 agama.Saya sendiri pun tidak secergasnya.Muka cepat je lesu kalau lama-lama sgt ikuti program...Subhanallah....
........................................................
'Fathonah,kat sekolah cikgu ajar Fatonah nyanyi lagu apa?Try nyanyi.Akak nak dengar.'

Al-Amal,Al-Amal,Al-Amalulillah.........

Subhanallah....Terkesima saya mendengarnya.Saya jangkakan dia akan menyanyikan lagu 'twinkle twinkle little star ke apa....Rupa-rupanya,lagu perjuangan..Kanak-kanak seusianya pun dah tahu lagu perjuangan ni.Rasa-rasanya,masa dah besar ni lah baru saya dgr lagu ni.Mana tidaknya,dia belajar di sekolah PASTI yang menerapkan 100% ajaran Islam.Lagi pula,didikan ustaz dan kak yang mantap.

'Akak,klau nak pakai tudung kene tutup dada.Mana boleh xtutup dada.' Fatonah menegur saya selepas melihat tudung saya terselak.

'Oh...ye ke....(sambil betulkan tudung)...Takpelah,perempuan je kat sini.' Saya cukup kagum dengan ketelitiannya walaupun dia belum faham sepenuhnya.Yang dia faham,kalau pakai tudung wajib tutup dada.

'Akak,esok Fathonah nak solat subuh ngan akak-akak ye.Kejut Fatonah tau'...Pesannya sebelum kami tidur.

Pagi esoknya,usai menunaikan solat subuh,saya mengejtkannya utk soolat subuh.Dia bingkas bgun tanpa merengek pun.Selepas,kami bersiap-siap dgn membawa beg ke kereta,dia dtg ke blik kami dan bersalam dgn kami....

Dia hanya mendiamkan diri sahaja selepas melihat kami membawa keluar beg-beg dari bilik.Kak ckp kpd kami yg dia sedih kami dah nk balik.Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya.Hati ni rasa sgt hiba melihat telatahnya...Rasa rindu sgt dgn Fatonah.Insan yang dianugerahkan kecerdikan dan kafahaman tentang Islam sejak dari kecil lagi.Umminya mgtakan,semasa mengandungkannya,dia selalu membaca Al-Quran.

Inilah sedikit sebanyak tarbiyyah yg saya peroleh dri seorg kanak-kanak kecil...Tarbiyyah ibarat jantung yang sentiasa berjalan..Walaupun dalam keadaan sedar atau tidur,jantung tetap berjalan kecuali kita mati.

*Semoga ukhuwah yg terjalin ini mendapat mndpat keberkatan dari Allah.
*Kepada Ustaz Zubair dan Kak Shahamah,semoga terus istiqamah dalam perjuangan....
*Kepada Fathonah dan Muhammad Mus'ab,semoga kalian menjadi waris pejuang gerakan Islam dan ansorullah.....


 Takbir!!!!!!