BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

ahlan wasahlan

Monday, July 26, 2010

~Malu Semalu Malunya~

Assalamualaikum dan salam satu akidah.Terus kepada tajuk...Mesti antum tertnya-tanya kenapa lah malu sgt ni.
Saya rasa selepas saya cerita peristiwa ini psti  antum semua akan rasa benda yang sama seperti yang saya rasakan.
Peristiwa ini berlaku semasa saya menaiki sebuah teksi yang dipandu oleh seorang lelaki tua beragama Buddha dua hari lepas.Saya bersama seorang sahabat saya menaiki teksi tersebut untuk ke Summit.Beberapa minit selepas menaiki teksi tersebut,tiba2 uncle tu bertanya soalan kepada kami berdua.
Uncle:Pakai tutup2 muka ni agama apa?
Saya dan sahabat saya saling berpandangan dengan soalan yang xdijangka itu?uncle tu bertnya sebaik shj melihat shbt sy memakai niqab.Saya menjawab soalan uncle tadi.
Saya:Agama Islam uncle.
Uncle:Ohh..Islam.Sama ke dgn yang pakai tutup semua warna hitam tu?
Saya:ha'ah sama.
Uncle:Kenapa nak tutup muka tu?
Saya:Sebenarnya,wanita ni cantik.lelaki selalu memandang wanita ini dengan kecantikan.Jadi,Islam menggalakkan kaum wanita menutup muka bagi mengelakkan diganggu oleh golongan2 lelaki yang tidak baik ini.Pakai niqab ni adalah salah satu perkara yang dibuat oleh isteri2 nabi.
Uncle:Ohh..nak elak diganggu lah.Ni pendapat saya lah.Orang yang pakai elok2...sembahyang kuat ramai je yang mencuri,menipu...Dialah yang kuat solat dan dy jugalah yang kuat mencurinya.Org Buddha pun mcm tu.Yang kuat sembahyang tu lah yang kuat mencurinya.bagi saya yang penting hati.
Saya:Sebenarnya uncle....Dalam Islam,solat dapat mencegah benda2 yang xbaik.Org yang melakukan kejahatan walaupun dia solat kemingkinan solatnya x sempurna.
Uncle:x....yang penting hati..Apa yang saya lihatlah...menteri-menteri tu solat jugak tp.... kuat rasuah.Lebih baik saya ni kerja bawa teksi x menipu org walaupun xkuat sembahyang.
Saya agak tergamam apabila dy mengatakan menteri2.Kalau dalam fikiran kitalah majoriti menteri adalah Melayu Islam.Saya rasa cukup malu dengan kenyataannya.Nak cerita lebih2 tkot dy xfaham.
Kiranya, dy menafikan solat yang Islam anjurkan tu dapat elakkan maksiat selepas melihat contoh2 yang tidak baik yang ditunjukkan oleh orang Islam itu sendiri.Masyaallah...ini fitnah utk Islam.
Selepas lama mendiamkan diri...uncle tu bertnya saya tinggal di mana?Saya menjawab Kuantan,Pahang.
Uncle:Sebenarnya saya geram sangat dengan orang yang kutuk negeri Kelantan.Semua tu Politik semata-mata.
Saya terkesima mendengar kata2 uncle tu.Saya dan sahabat hanya mendengar kata2 uncle tu.
Uncle:Saya puji org2 di Kelantan.Sebab kes kecurian xbnyak.Mana ada dyorg nak mencuri2 ni.Aman je suasana di Kelantan.Dyorg sedap2 je kutuk Kelantan..Pergi dulu lah tgok keadaan Kelantan mcmne.Klau xpernah pergi jgn nak kutuk2.
Itulah ayat2 yang melekat di ingatan saya.Sangat kagum dengan kata2 seorng pakcik yang bukan baragama Islam.
Saya:Uncle....Klau uncle nak tahu,itulah ajaran Islam yang sebenar.Nak tengok Islam yang diamalkan betul2...itulah dy.
Uncle:Betul....saya tahu tu sebenarnya ajaran Islam yang sebenar.Tp,org melayu Islam kat cni xbleh pakai.sedikit pun.. saya xpercaya.Saya ni dah lama bawak teksi...saya thu org melayu kat cni mcmne.org melayu yang naik teksi saya..hmmm..mmg xthu nk ckp.Kat cni..yang melayu lah bohsianya.Kalau kat kelantan,bar,kedai judi mane ada.Kat cni banyak.Kat Kelantan mn ada pemerintah dy halang nak bina tokong besar2.Org bukan Islam dilayan dgn baik kat sna.
Saya:Uncle...agama Buddha pun haramkan judi kan?
Uncle:Ye lah...Buddha pun haramkan judi.mana boleh berjudi.
Saya:Yelah uncle....semua tu sebnrnya atas kebijaksanaan pemerintah dalam memerintah dengan penuh keadilan tanpa RASUAH.Kelantan lah salah satu contoh pemerintahan Islam sebenar.
Uncle thu x?kat kelantan kalau azan kebnykan tempat perniagaan akan tutup utk menunaikan solat.Sikap yg baik  mcm tulah menandakan solat mereka sempurna.
Uncle:Betul....

Beberapa minit selepas tu,kami mengakhiri perbualan sbb dah smpai ke tempat destinasi.
Ya Allah...betapa kagumnya saya dengan seorang yang bukan Islam yang boleh berfikiran begitu.Tak thulah kalau org Islam sendiri masih xdpt menilai.Kadang2 sikap sesetengh org Islam yg xbaik inilah yang menjadi fitnah kepada Islam.
Ingtlah sahabat2...kita ini membawa imej Islam.dimana2 shj org memerhatikan kita.Tunjuklah contoh yang baik kepada masyarakat terutamanya non-muslim supaya mereka tertarik dgn ajaran Islam.Jgnlah jadikan diri kita ini sbg fitnah kepada Islam.Malu dgn golongan yang bukan Islam jika kita menunjukkan contoh yg tidak baik sehingga agama kita menjadi fitnah.
Semoga post kali ini dapat menyedarkan kita sebagai umat Islam utk mencontohi sifat baginda s.a.w.Menunjukkan contoh yang baik kepada semua org.

Perkara yang dibincgkan lebih kurg seperti dalam dialog di atas.Lebih kurg mcm tul lah perbualan kami.Struktur ayat mungkin berbeza.ttp.isi nya begitulah.
Wallahu'alam....

Tuesday, July 20, 2010

~Tegar Rokok~

Assalamualaikum kepada sahabat dan sahabiah sekalian..Asif jiddan kepada sahabt yg menanti coretan di blog ini.Rasanya sudah hampir sebulan saya membiarkan blog ini 'bersawang'.Selepas sahaja masuk semester baru ni,setiap hari sibuk dengan tugas2 dan amanah sebagai seorang penuntut.
Syukran jazilan kepada sahabat yang sentiasa memberi sokongan supaya meng'update' blog ni.Hati tidak tenang selagi tidak mengupdate blog ni.

Post kali ini saya cukup tertarik nak berkongsi tentang rokok.Kenapa rokok?
Sejak akhir2 ni sbnrnya saya cukup geram dgn perokok2 ni.Mereka ini seolah-olah tidak menghormati orang awam di sekeliling.Pergi je di mana2 mesti terhidu bau rokok.Kalau pergi makan kat restoran,kalau saya terhidu bau rokok mmg emosi terus x stabil.Mood nak makan pun berkurang.Senang cerita di mna2 shj ada golongan yang tegar merokok ni.Mungkin sbb saya terlampau tidak suka dengan bau rokok ni jadi Allah datangkan ujian kepada saya dengan setiap tempat yang sy pergi mesti terhidu bau rokok.Kalau kita xsuka sesuatu benda tu mesti Allah akan uji kita dengan benda tu.Semoga Allah sentiasa menguatkan hati ini utk menghdapi mehnah.
Sebenarnya ramai lagi masih tertnya2 apakah sebenarnya hukum merokok ni????
Tp,kalau tanya perokok tegar ni mesti dyorg akan jawab makruh.

Apa pula pendapat ulama'2 ????

Syeikh Muhammad bin Sholeh bin ‘Utsaimin
Anggota Lembaga Majlis Ulama Kerajaan Saudi Arabia

“Telah dikeluarkan sebuah fatwa dengan nombor: 1407, tanggal 9/11/1396H, dari Panitia Tetap Lembaga Riset Ilmiah dan Fatwa di Riyadh, sebagai berikut: “Tidak dihalalkan memperdagangkan rokok dan segala sesuatu yang diharamkam karena dia termasuk sesuatu yang buruk dan mendatangkan bahaya pada tubuh, rohani dan harta.Haram berdasarkan ayat Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud,
'janganlah kamu mencampakkan diri kamu sendiri dalam kebinasaan'.
Merokok termasuk perbuatan mencampakkan diri kedalam kebinasaan.

Yusuf Al-Qardhawi
Rokok haram kerana membahayakan.Demikian disebut dalam bukUnya 'halal dan haram dalam Islam.Menurutnya,tidak boleh seseorang mEmbuat baHaya dan membalas bahayanya,sebagaimana sabda Nabi yang diriwayatkan ahmad dan Ibnu Majah.qardhawi menambahkan,selain berbahaya,rokok juga mengajak penikmatnya untuk membazir masa dan harta.

Ulama'Mesir,Syria,Saudi
Rokok haram iaitu dengan alasan membahayakan.Diantara yang mendokong dalil ini ialah Sheikh Ahmad as-Sunhawy al-Bahuty dan Sheikh Al-Malakiyah Ibrahim Al-Qaani.dari Mesir,An-Najm al-Gazy dari Syria dan ulama' Mekah Abdul Malik al-Ashami.

Betul ke rokok ada sel darah babi???
Seorang pakar dari Australia mendedahkan satu hasil kajian di Belanda beru-baru ni yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.
Sudah terng lagi bersuluh,babi adalah benda yang diharamkan dalam Islam.Jgnlah mencari alsan2 yang tidak munasabah wahai perokok2 utk teruskan aktiviti itu.ia bukan shj myushkan diri,tetapi mnyushkan org di sekeliling yang setiap hari terpaksa menghidu bau rokok tu.

Susahlah nak berhenti merokok ni.....
Saya selalu bertanya kepada perokok2 ni..Susah sgt ker nak berhenti merokok ni????
Perokok2 ni akan jawab..
Korg xfaham perasaan kitorg yang dah tegar merokok ni.Susah nak berhenti.
Inilah alasan2 yang selalu diberikan oleh si perokok2 di luar sana.
Mereka hanya pandai berkata susah..tetapi usaha nak berhenti xpernah nak cuba.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216,
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu perkara itu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu perkara itu padahal ia buruk bagi kamu,Allah lebih mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'

Andai benar kita seorang muslim dam mencintai Allah,maka tinggalknlah ia wahai hamba-hamba Allah.Berusahalah melawan nafsu itu.
Post ini bukan bertujuan utk mengkritik perokok2 tetapi sekadar peringatan kepada diri dan saudara2 seagama yang disayangi kerana Allah...Hawwil!!!!