Assalamualaikum dan salam 1 akidah.Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memberikan kita peluang untuk mengecapi nikmat iman dan Islam.Sebenarnya,untuk mencoret kata-kata dalam blog ni bukanlah sesuatu yang mudah.Memerlukan masa yang sesuai untuk mendapat ilham untuk dikongsi bersama para pembaca.
Kali ini,saya tertarik menulis tentang perbualan seorang sahabat dengan sahabatnya. Sama-sama kita renungkan…
'Susahlah hidup di alam remaja ni!!!!Macam-macam perkara yang tidak baik ada di depan mata.Kalau iman tak kuat dah lama terpengaruh.'Luah hati seorang insan bernama muslimah.
‘Ana rasa macam nak kahwin je.Ana rasa malas sangat nak layan lelaki-lelaki yang tidak putus asa mahu memenangi hati ana.Ana tak tahu kenapa mereka ni tertarik dengan ana.Bukan ada kelebihan apa-apa pun.Nak cakap ana layan mereka jauh sekali.Kadang-kadang terdetik jugak rasa kesian pada lelaki-lelaki ini.Tapi,alhamdulillah ana masih mampu menangkis hasutan syaitan.Mungkin sekarang ana mampu,tapi…esok lusa siapa yang tahu..nauzubillah.'
‘Enti mesti sabar menghadapi mehnah ini.Kahwin adalah satu ikatan yang suci.Memang niat enti baik untuk berkahwin untuk mengelakkan maksiat..tp,sudah bersediakah enti menghadapi alam perkahwinan.Masa dulu,kayak ana pernah bagitahu ana bahawa dengan perkahwinan kita dapat menundukkan pandangan.Ana pegang kata-kata kakak ana sampai sekarang.Tapi,ana percaya setiap insan yang dalam proses pentarbiyahan insyaallah bersedia menghadapi alam perkahwinan ini.’
‘Sudah bersedia atau tidak itu bukan menjadi masalah.Apabila kita berkahwin barulah kita tahu kita bersedia atau belum.Masa itulah kita mahu mempraktikkan npersediaan kita.Analoginya,seorang pelari akan diberikan arahan ke garisan sedia……then mula.Kalau kita tidak memulakannya sampai bila2 tiada cabaran.Takkan berada di garisan sedia sahaja sampai bila2.Mungkin usia ana ni masih muda,tapi tidak menjadi masalah jika ana ingin membina bait muslim.Ramai kenalan-kenalan ana yang mendirikan rumah tangga semasa belajar bersama pasangan sefikrah.Alhamdulillah,hidup mereka bahagia kerana cinta mereka berputik atas keberkatan dari Allah.Cinta mereka lahir selepas akad nikah.Tidakkah itu yang diinginkan oleh setiap insan yang ditarbiyyah.’
‘Ana setuju dengan enti.Ana juga inginkan hubungan yang diberkati oleh Allah.Tidak lain tidak bukan ialah cinta yang berputik antara zauj dan zaujah selepas sahaja akad nikah.Kadang-kadang ana pun rasa macam yang enti rasa.Rasa nak cepat-cepat kahwin sebab nak jaga ikhtilat.Nak jaga hati.Macam-macamlah kne jaga.Sentuh bab ikhtilat,masih ramai antara kita yang masih keliru.Mereka menganggap orang yang mempunyai urusan dengan bukan mahramnya tidak menjaga ikhtilat.Ikhtilat ni adalah percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya.Islam membenarkan kita berurusan dengan bukan mahram untuk kemenangan Islam.Contohnya,dalam berpersatuan.Komunikasi antara muslimin dan muslimat ini dianggap muamalat selagi ia tidak bercanggah dengan syariat.Ana anggap ini semua satu ujian dari Allah untuk menguji hamba-hambanya.Sama-samalah kita berdoa supaya kita dan bakal zauj kita sentiasa dipelihara iman oleh Allah.’
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
‘Ana teringin sangat nak pakai niqab.Ana rasa kesian sangat kat lelaki yang tidak menjaga pandangan.Rasa rimas kalau pergi mana-mana.Ada sahaja mata yang memandang.Ana ni bukanlah cantik macam artis-artis pun.Betullah,syaitan ni akan mencelak kaum hawa apabila mereka keluar dari rumah.Kaum Adam akan melihat kaum hawa ni sangat cantik.Disebabkan itulah kaum hawa disunatkan menutup muka apabila keluar dari rumah yakni memakai purdah.Walaupun,ia bukanlah sesuatu yang wajib,tetapi ia amat memberi manfaat kepada kaum hawa dan kaum adam.Kaum Adam dapat merendahkan nafsunya.Tetapi,untuk memakainya sekarang agak susah kerana tugas kita sebagai penuntut.Peraturan tidak membenarkan kita memakainya.Ana harap suatu hari nanti,Allah akan memudahkan kita untuk memakai niqab.’
‘Ana pun pernah jugak pakai dulu.Tapi,kadang-kadang.Tidak istiqamah disebabkan masyakkoh yang tidak dapat dielakkan.Ana rasa bersalah.Insyaallah,ana harap satu hari nanti Allah akan memudahkan ana untuk memakainya.Ada kawan-kawan ana yang tidak bersetuju dengan pemakaian purdah ini.Mereka mengatakan bahawa ia sesuatu yang menyusahkan.Ana tidak bersetuju sama sekali.Bukankah ini pakaian isteri-isteri nabi?Setiap yang Islam ajar pasti ada kebaikan.Ana pernah mendengar satu ceramah daripada seorang ustaz.Dia berkata, ‘Apa yang disuruh dalam Islam ada kebaikan dan keburukan’.
Mula-mula ana cukup terkejut dengan kenyataannya itu.Dia menjelaskan bahawa Allah mensyariatkan wanita menutup aurat.Dia menyuruh kami menyatakan keburukan memakai tudung.Keburukannya ialah berasa panas.xdapat tunjuk rambut yang cantik.Puas kami mencari keburukan.Tidak banyak yang dinyatakan.
Kemudian,dia menyuruh kami menyenaraikan kebaikannya.Ternyata kebaikannya jauh lebih banyak dari keburukan.Dia mengatakan bahawa perkara yang disyariatkan oleh Allah sudah pasti kebaikan akan mengatasi keburukan.Kebaikan akan lebih banyak berbanding keburukan.Keburukan itu pun akan memakan diri kita sendiri juga akhirnya.Yakinlah dengan hukum yang telah Allah tetapkan.'
SEMOGA KITA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA PENGISIAN DI ATAS.
*Wahai sahabat,tegurlah saya andai saya melakukan perkara yang tidak syar’ei.
Wallahu’alam…
Kasih Dibajai, Huluran Dihargai
8 years ago
0 comments:
Post a Comment