BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

ahlan wasahlan

Thursday, December 30, 2010

~Untukmu dan Untukku~


Selamat kembali di dunia blog.
Mungkin dengan kehadiran tulisan ini akan menyakitkan para pembaca.Ingatlah sahabat-sahabatku yang dicintai kerana Allah,saya menulis ini bukanlah utk menyalahkan mana-mana pihak sama ada lelaki atau perempuan…ttpi ia hanyalah sekadar tanda sayang saya kepada kalian dan juga peringatan buat diri yang hina ini.
Pada mulanya amat berat utk saya menyatakan perasaan dan persoalan yg sudah lama tersimpan di hati ini.Alhamdulillah,Allah memberi kesempatan utk saya mencoretkn sstu di sini.
Persoalan yang selalu bermain di fikiran saya ialah…. 
kenapa ada golongan yg berkeinginan utk ber’couple’?  
Maaf sekali lagi,inilah yg sering berlegar2 di fikiran saya.Mungkin ada juga yg tertnya2 knp saya seringkali menulis tentang isu ini,Kerana isu ini bagi saya, isu yang sgt besar yang boleh melemahkan umat Islam dalam perjuangan Islam dan melambatkan dakwah.

Saya akui bhwa perasaan saling mnyukai antara lelaki dan perempuan itu adalah satu fitrah.Tidak pernah saya nafikan perkara itu.Tetapi ada golongan yang mendakwa org yg anti-couple ini adalah melanggar fitrah.Tanggapan itu salah sama sekali.Fitrah itu boleh bertukar menjadi fitnah apabila disalahgunakan.Cthnya menggunakan alasan fitrah ini sebagai menghalalkan hubungan sebelum perkahwinan yang sah.


‘Awak pernah alami ke perasaan suka kat lelaki ni?Awak tak rase apa yang kami rase.Jangan pandai cakap je’

Inilah soalan yang sering disoal oleh psgn yang bercouple kepada saya apabila saya cuba menasihati.Saya tidak ingin melihat sahabat2 saya hanyut dengan pekara  yg lagho ini.Mungkin cara saya agak kasar kerana saya tidak pandai cara  berlemah lembut utk menegur perbuatan mereka menyebabkan shbt2 jauh hati dgn saya apabila dinasihati.Tetapi,saya betul2 sayangkan sahabat2 dan tidak mahu melihat kalian terus melakukan pkr ini.
Secara jujurnya,mmg saya tidak pernah alami pglaman bercouple tetapi itu tak bermakna saya tidak pernah menyukai lelaki ajnabi.Dan tidak bermkna juga saya tidak tahu ttg perkara ini.Cukuplah pengalamn sahabt2 saya mengajar saya ttg pkr ini.Penat melayan nafsu….
Perasaan suka kepada kaum berlainan jenis ini memang tidak dpt dielakkan krn ia fitrah ttpi bukankah ada cara utk kita mengawalnya supaya tidak terus hanyut dgn mainan syaitan yg sentiasa mencari ruang utk sesatkan kita.Kita perlu blajar cara utk manage bisikan hati.Saya tidak suruh antum melawan tetapi kitaa perlu mengawal perasaan ini.Saya masih ingt pesanan mas‘ulah saya di matrikulasi dahulu.
‘Allah akan tarik nikmat saling mempercayai antara psgn suami dan isteri jika menjalinkan hubungan yang tidak sah sblum berkahwin.(bercouple).’
Ayat itulah yang memberikan impak dan motivasi yang besar dlm diri.

Kalau x couple mcmne nak kahwin?Itu salah satu usaha…Salah ke?

Sebelum tu saya nk tnya,percaya x pd jodoh yg Allah ttpkan pd kita?klu kita betul2 yakin,knp b’lkunya pkr ni?Kita berkahwin dgn seseorg bukn disebbkn kita jatuh cinta atau saling mnyukai ttpi kerana dia jodoh kita yg ditetpkn sjk azali.Tidak mustahil org yg pling kita benci itu jodoh kita.
Usaha?Adakah sunnatullah itu menepati syariatullah?Usaha yg dibuat mestilah mnepati syariatullah.Di mana letaknya keberkatan jika kita mlggr syariat Allah?Untuk membuat sesuatu perkara,kita mesti tanya diri kita,adakah Allah redha dengan apa yg aku buat?
Jika sudah tiba masanya,gunalah cara yg mnepati syara’ agar lebih terpelihara hubungan rumahtangga kelak.Gunalah org perantaraan ataupun terus berjumpa wali perempuan tersebut agar lebih terjaga.

Bagaimana cara untuk kita lupakan seseorang yang kita suka?Suka kerana nafsu.

Ini adalah tips yang pernah diajar oleh kakak saya.
1)      Mengadu pada Allah.Minta Allah beri petunjuk kepada kita.Ya Allah,jika dia bukan jodohku,kau jauhkanlah dia drpku dan andaikata dia adalah jodohku,kau permudahkan urusan kami dalam mencari redhaMu dan pertemukan kami dalam keadaan yang Kau berkati.
2)      Ghaddul Basor(Tundukkan pandangan).Dengan cara ini,hati kita akan mudah lupa dgn insan yang kita suka.Biasanya,kita akan teringt2 kepadanya kerana kita selalu melihatnya.Apabila sudah berjauhan dan tidak berhubung,barulah kita mudah lupakannya.Betul x??????



Khas utk Muslimin Ansorullah,
 Saya nak tanya antum,Kenapa kalau muslimat tak beri layanan yang baik,atau bercakap kasar terus dilabel susah nak bekerjasama???Adakah utk bekerjasama dalam urusan penting dgn antum  perlu melemah lembutkan suara,bersenda gurau,memberikan senyuman...baru sesuatu kerja tu berjln lancar???Bukankah antum tahu,wanita ini adalah fitnah yang paling besar di akhir zaman?Wanita dilarang melemah lembutkan suara dihadapan lelaki ajnabi bahkan memberikan senyuman yang tidak perlu sehingga melemahkan iman kalian??Sepatutnya antum bersyukur bukannnya mengutuk kerana kami mahu menyelamatkan antum daripada fitnah ini.Sedarlah muslimin sekalian,kami tidak mahu menjadi fitnah akhir zaman yang disabdakan Nabi Muhammad.

Kenapa susah sgt antum nak tundukkan pandangan???

‘Pandangan pertama adalah rezeki dan pandangan seterusnya adalah dosa.’Kenyataan ini disalah ertikan oleh sebahgian drp antum.Ada yang memandang wanita sampai tidak berkelip kerana katanya adalah rezeki.Dan andaikata berkelip,dan memandang semula adalah dosa.Bukan itu maksudnya.Jika antum terpandang wanita ajnabi,antum mestilah mengalihkan pandangan secepat mungkin agar tidak mendatangkan penyakit hati. Bab tundukkan pandangan ini Allah berfirman dalam Surah An-Nur ayat 30:
‘Katakanlah kpd laki-laki yg beriman agar mereka mnjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya……..’
Allah menyebut nama lelaki dahulu di dalam bab menundukkan pandangan sebelum wanita.Betapa pentingnya ghaddul basor ini dalam menjaga hati supaya tidak dikotori dgn maksiat hati sehingga menjejaskan kekhusyuk kita ketika solat dan ibadah lain.Sama-sama bermujahadah dalam menjaga hati.

Khas buat Muslimat sayap kiri perjuangan Islam,

Wahai muslimat yang saya sayangi sekalian.Ketahuilah bahawa antunna adalah pendorong semangat kepada muslimin utk berjuang.Janganlah dikau menjadi pelemah kepada kaum muslimin dalam meneruskan perjuangan menuju syahid di jalan Allah.Wanita adalah fitnah yang besar di akhir zaman ini.Janganlah kita termasuk dalam fitnah ini.Nauzubillah..
Mengapa antunna seringkali ingin melemahkan iman muslimin ansorullah.Dengan pakaian yang mencolok mata,suara yang memukau mereka…Kenapa??Tidakkah antunna sayangkan mereka,Jika antunna sygkan mereka,peliharalah auratmu.Pakailah pakaian yang menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.Jika memakai purdah,itu adalah yang terbaik agar lebih terjaga.Kenapa antunna memakai pakaian tetapi seolah-olah bertelanjang??Tudung yg jarang,singkat(atas dada),pakaian yang jarang sehingga menampakkan warna kulit,seluar yang ketat sehingga menampakkan susuk kaki dan seolah-olah menyerupai pakaian lelaki.Kadang-kadang yang memakai tudung labuh pun,mereka tidak cakna dengan kejarangan tudung sehingga leher boleh kelihatan oleh lelaki ajnabi.Tidak takutkah antunna dengan azab Allah di akhirat kelak??Usahlah memandang remeh akan hal ini.
Kenapa apabila antunna berurusan dgn muslimin,antunna bersikap lemah gemalai tetapi tidak dengan muslimat lain?Kenapa??untuk dilihat baik oleh muslimin dan melemahkan iman mereka??Apabila muslimin buat kesalahan,mudah shj dimaafkan,tetapi….kalau muslimat lain buat kesalahan..susah nak maafkan.Kalau sakit atau susah,bukan muslimin pun yang tolong,muslimat juga yang tolong…Sedarlah………………

Setakat ini sahajalah yang mampu saya coretkan..Sama-samalah kita perbetulkan perkara yang salah.Allah Maha Penerima Taubat hamba2nya.Asif jiddan atas luahan ini..

P/s:Dalam 3 hari lagi,sesi pembelajaran akan bermula..Terpaksa berdepan dgn ramai org…Jadi,hati ini perlu dijaga sebaik mungkin agar tidak tercemar.Permudahkan Ya Allah…