BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

ahlan wasahlan

Friday, September 10, 2010

~Syawal: Antara Adat & Ibadat~

Selamat menyambut lebaran kepada seluruh muslimin & muslimat di seluruh dunia.
Berakhirnya Ramadhan bukan bermakna berakhirnya amalan yang dilakukan seperti tadarus,qiamullail,bersedekah, dsb.Kita bukan hamba kepada Ramadhan tetapi hamba kpd Allah.Jika kita sedar kita adalah hamba Allah,nescaya kita akan istiqamah melakukan amalan kebaikan dan meninggalkan segala laranganNya.

Bagaimana sambutan aidilfitri dikira adat atau ibadat???
Sambutan yg dismbut oleh org yg tidak berpuasa dibulan Ramadhan dikira adat.Sambutan yg penuh dgn pembaziran dan mempunyai unsur2 yg tidak bagus spt bersalaman antara llki n perempuan yg bukan mahram dan maraikannya dgn perkara yg lagho(menonton siaran tv yg melalaikan).
Sambutan syawal mestilah diraikan dgn penuh kesyukuran kpd Allah dgn mengeratkan ikatan silaturrahum.Amalan ziarah menziarahi dikira sbg pahala.

Bagaimana budaya memberi duit raya dari sudut Islam???
Apabila kita menggembirakan orang,perkara ini sgt mulia di sisi Islam.Berilah duit mengikut kemampuan dan niatkan sebagai sedekah.Ibubapa perlu menerapkan kpd anak-anak sejak kecil supaya menerima pemberian org lain dan tidak mengomel jika tidak diberi.

Saya psti antum mesti ingat,negara kita pernah mengadakan sambutan DEEPARAYA,GONG XI RAYA..Adakah perkara ini dibenarkan dalam Islam?
Kita lihat firman Allah dalam Al-Quran,
'Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam'
Allah telah menegaskan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yg diredhai Allah.Mana mungkin kita menggabungkan perayaan ini.Perayaan dalam Islam tidak boleh dikongsi dgn perayaan agama atau kaum lain.Perayaan aidilfitri adalah hak mutlak umat Islam.

Hiasilah Syawal kita dgn puasa sunat 6 hari.Bagaimana mengerjakannnya???
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada
bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).
Pendapat ulama' ttg puasa enam:
1)Mendahulukan puasa sunat dan seterusnya puasa qada'
2)Mendahulukan puasa Qada' dan seterusnya puasa sunat
3)Menggabungkan puasa Qada' dan Puasa sunat

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat
puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :

"Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran

bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi
dan tidak mendapat ganjarannya." (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada ahli keluarga sebelah umi di Kelantan,keluarga ayah di Besut,Terengganu serta guru2 dan rakan2 Tabika Kemas Pengkalan TUDM,SK Pengkalan Tentera,SBPI Tun Abdul Razak,Kem PLKN Pinggiran Pelangi.Muadzam Shah,Kolej Matrikulasi Pahang, dan IPG Kampus Tun Hussein Onn dan tidak lupa kepada pembaca2.
Asif jiddan 'ala kulli hal.

Wednesday, September 1, 2010

~Jiwa Merdeka~

Assalamualaikum......
Sedar tidak sedar,negara kita telah menyambut kemerdekaan kali ke 53.Pada masa terdekat ini,kita meraikan Ramadhan,kemerdekaan dan bakal menyusul...aidilfitri.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Laungan keramat dilaungkan.Persoalannnya,adakah benar kita telah merdeka?
Mungkin dari segi pembangunan,teknologi,ekonomi kita telah merdeka.Tetapi,adakah kita telah merdeka daripada serangan pemikiran?????
Bagi saya,merdeka itu adalah bebas daripada satu kehidupan yang jahil.Kita bebas daripada didoktrin dengan pemikiran sekular,liberal,dsb....
Jika sebut sahaja mahasiswa mesti terbayang di wajah kita golongan remaja.Mahasiswa atau remaja ini merupakan aset penting dalam menyumbangkan kemerdekaan dan kemajuan sesuatu bangsa dan agama.Jiwa anak muda yang kuat dan mantap dari segi rohani amat diperlukan untuk membangunkan negara.Jika kita mahu melihat negara pada masa hadapan,maka lihatlah golangan remajanya.Jika baik remajanya,maka baiklah negara.
Jika kita kaji sejarah,berapa banyakkah sumbangan remaja dalam pembangunan ummah.Usamah b.Ziad, dilantik menjadi panglima perang dalam usia remaja.
Sultan Muhammad Al-Fateh telah menaiki takhta menggantikan ayahnya ketika usia remaja dan berjaya menakluk Kota Konstantinople pada usia yang muda.Bagindalah sebaik-baik raja yang disabdakan oleh Nabi S.A.W.

Sabda Nabi yang bermaksud."Kota Konstantinople akan dibuka oleh seorang pemimpin dimana dia adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera."

Selepas 800 tahun,barulah hadis tersebut terjawab selepas Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya menawan Konstantinople.Saidina Ali,sahabat yang berani menegakkan kebenaran dan merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam.Beliau berani menggantikan tempat tidur Rasulullah semasa penghijrahan Rasulullah ke Madinah.Inilah jiwa remaja yang amat diperlukan..

Banyak lagi sumbangan golongan-golongan remaja dalam menegakkan Islam.Saya suka mengingatkan,Abu 'Ala Al-Maududi ada mengatakan bahawa, dia berasa bimbang jika mahasiswa hanya membawa segulung ijazah selepas keluar dari universiti.Maksudnya disini ialah hanya menghadap buku pelajaran sahaja tanpa menjalankan tugas sebagai daie.Realitinya, inilah yang berlaku dalam jiwa mahasiswa kini.Hanya mementingkan duniawi dan mengabaikan ukhrawi.

Tanamkan ketakwaan dalam diri.Saidina Ali mengatakan taqwa ada 4:
  • Terlampau takut dengan Allah
  • Beramal dengan perkara yang diturunkan
  • Redha dengan benda yang sedikit(ketetapan)
  • Bersedia menghadapi hari kematian
Bangkitlah wahai al-asybab....antum merupakan aset yang penting kepada negara.
Mahasiswa bukanlah generasi yang perlu disekat tetapi mahasiswa yang perlu menegakkan kebenaran...Bentuklah jiwa merdeka dalam diri!!!!