BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

ahlan wasahlan

Sunday, May 16, 2010

~Selamat Hari Pendidik~

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan sahabiah.Tanggal 16 Mei merupakan sambutan hari guru di mana pada hari ini,para pendidik akan diraikan.Jasa-jasa mereka tidak terhingga dengan mendidik anak-anak bangsa sehingga menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru yang tidak pernah jemu mengajar dan mendidik saya sehingga ke peringkat ini.Saya tujukan dedikasi ini kepada guru-guru yang pernah mendidik saya di Tabika Kemas Pengkalan Tentera Kuantan,SK Pengkalan Tentera,Fardhu Ain Pengkalan Tentera Kuantan,SBP Integrasi Pekan,Matrikulasi Pahang,dan IPTHO.Kalian lah insan yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya dari tidak mengenal apa2.
Seperti yang kita tahu,tugas seorang guru bukanlah mudah.Tugasnya bukan hanya terhad di dalam kelas tetapi di luar bilik darjah juga.Seorang guru bukan hanya mengajar subjek2 tertentu,malahan mendidik pelajar menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat.

Ingatlah!!!!
Di tangan guru lah seorang perdana menteri,peguam,doktor akan lahir.Dan di tangan guru juga lah seorang perompak,perogol bersiri,dan penjenayah akan lahir.
Menjadi seorang guru bukanlah tugas yang ringan.Wahai sahabat2 ku yang bakal menjadi pendidik,persiapkalah dirimu dengan ilmu bagi mendidik anak2 bangsa.

Semoga saya dan sahabat-sahabat yang bergelar guru pelatih dapat menanam semangat untuk mendidik anak2 bangsa.

0 comments: