BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

ahlan wasahlan

Saturday, July 16, 2011

Kuatkah aku???

Assalamu'alaikum...walaupun tangan ini berat utk menaip,saya teruskan shj demi  memenuhi permintaan shbt2 yg inginkan blog ni di'update'..1 month ago..itulah yg tertera pada pautan blog saya di blog shbt2..Asifni jiddan..

Petang tadi,sebaik sahaja balik dari Program Kesedaran Kampus Di UTHM,ayah call...
Sebaik shj saya memberi salam dan ayah menjwbnya,ayah terus memberi tazkirah dan kata2 motivasi kepadaku..Jiwa begitu tenang tatkala mendengar tazkirah dari ayah walaupun pendek tetapi mempunyai 1001 makna.Ayah meceritakan sirah sahabat nabi,Saidatina Ali.Bagiamana sbrnya saidina Ali tatkala pulang dan mendapati makanan tiada dirumah.Saidatina Fatimah memberitahu tiada makanan.Saidina Ali terus ke masjid Nabawi utk menunaikan solat sunat.Beliau balik semula ke rumah dan mendapati makanan still xde.Seterusnya,beliau terus menunaikan solat sunat.Slps itu beliau pulang dan mendapati mesin gandum bergerak dgn sendiri dan mengeluarkan gandum yg banyak.Selepas itu,Saidina Ali memegang alat tersebut lalu alat tersebut berhenti.Beliau mendapati hanya ada sebiji gandum shj didalamnya.Perkara ini dimaklumkan kpd Rasulullah.Rasulullah bersabda yang berbunyi ' Jika kamu tidak memegangnya,nescaya ia akan terus berjalan sehingga hari kiamat'.

Daripada yg diceritakan ayah saya ini,apa yang ayah saya ingin smpaikan ialah kite wajib bergantung harap hanya pada Allah.Kun fayakun.Jika Allah kata jadi,maka jadilah..Walaupun ada sebiji gandum,dgn izin Allah banyak gandum yang dapat dihasilkan.Subhanallah..

Ayah terus memberikan kata semangat yang dipetik daripada Sirah Nabawiyyah utk menguatkan lagi semangtku.Selepas menceritakan perihal sakitku yang kembali menyerang kepada ummi,ayah terus menelefon utk memberikan kata2 semangat supaya kuat.Insyaallah,AISYAH KUAT......
Ummi pun selalu menelefon utk memastikan aku dlm keadaan sihat..

Ya Allah,sedikit pun tidak pernah utk aku menyusahkan ummi dan ayah...Tetapi,apa daya ku utk melawannya sendiri..Selepas mengadu padaMu Ya Allah,ummi n ayah menjadi tempat aku mengadu.
InsyaAllah,akan ku lawan sehabis daya..Allah mengetahui yg aku mmpu melwannya..'Dia' xkuat...Aku lagi kuat kerana aku ada IMAN...