BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Friday, May 14, 2010

~Amanah itu....

Assalamualaikum....Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.Syukur alhamdulillah kerana Allah menggerakkan hati saya untuk mencoret sedikit kalam di sini.Akhirnya,cerita Adamaya di tv3 berakhir jua.Entah kenapa cerita ini menjadi kegemaran saya.Mungkin jalan ceritanya,pelakonnya,atau pengajaran yang boleh diambil daripada cerita ini.Lepas ni,dah berazam tak nak ralit dengan cerita2 ni.Tapi,banyak juga pengajaran yang boleh diambil daripada cerita Adamaya ni.Yang saya dapatlah....kita janganlah bercouple sebelum kahwin ..buruk akibatnya.Yang kedua,pilihan ibubapa is the best choice for us..Setiap cerita ada kebaikan dan keburukan.Itu terpulang kepada kita untuk mengambil yang mana satu.

Pelbagai berita dan peristiwa berlaku pada minggu ini.Saya mendapat berita tentang kematian Abuya Ashaari(al-arqam) dan Al Habib Ali bin Jaafar Al Idrus(seorang yang alim di Batu Pahat).Al-fatihah kepada mereka.Semoga akan lahir ramai lagi insan yang berani menegakkan kebenaran di muka bumi Allah ini.Kehangatan peperiksaan kian terasa ibarat kehangatan skuad badminton negara dalam merebut piala thomas.Tetapi yang menyedihkan, Malaysia kalah dengan pasukan dari China.
Tinggal beberapa hari lagi peperiksaan bahasa inggeris dan bahasa arab akan diadakan.Banyak sangat yang perlu diulangkaji.Semoga Allah memberikan kekuatan pada diri ini untuk study.

Sebenarnya,saya ingin menfokuskan pada pilihanraya kampus yang baru sahaja tamat pada hari 14 mei 2010.Keputusan juga telah diumumkan.Sebenarnya,saya agak terkilan apabila mendapat tahu ada yang sengaja membuat undian rosak pada pemilihan majlis tertinggi.Tidak tahu nak cakap macamana dengan orang sebegini.Hanya mengambil mudah dan tidak menjalankan amanah.Sikap beginikan yang diajar oleh Islam?????Tepuk dada tanya iman kita....
Pada malam tersebut,satu mesyuarat untuk menentukan exco diadakan.Saya diberi taklifan sebagai naib pengerusi exco dakwah dan kerohanian JPP berganding bersama Akh Syahid dan Ukht Naqibatul Afiqah.Perasaan bercampur baur memikirkan bagaimana untuk mengendalikan program2 yang berbentuk islamik di bumi IPTHO.Amanah yang diberikan ini adalah sesuatu yang sangat berat.Sebelum saya dicalonkan sebagai exco JPP,saya ada bertanya pendapat seorang sahabat.

'Kawan2 ana nak calonkan ana sebagai exco JPP dan mungkin ana akan memegang jawatan exco kerohanian.Ana tak tahu nak terima atau tidak.Amanah tu berat.Lagipun ana masih muda.Pengalaman tak banyak lagi'.


'Baguslah...Memang setiap amanah itu berat.Mana ada amanah tak berat.Usia yang muda sekaranglah masanya untuk enti menimba ilmu dan pengalaman.Takkan enti nak bagi orang yang tak faham agama islam pegang jawatan.'

'Memang betul...Insyaallah ana akan cuba buat yang terbaik apabila diberi taklifan nanti'.



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Bermacam-macam nasihat yang saya terima daripada sahabat-sahabat.Syukran jazilan kepada sahabat yang tidak putus2 memberi nasihat dan sokongan.Kini,saya sedar...bukan mudah untuk kita memberi kefahaman kepada seseorang tentang Islam.Mungkin dengan memegang jawatan ini sebagai wasilah untuk saya menyampaikan dakwah.Janganlah kita hanya menjadi pemerhati.Jadilah seorang yang mampu bersuara bagi memperjuangkan syiar Islam.Betullah kata Imam Al-Ghazali...Perkara yang paling berat di muka bumi ini adalah amanah.
Saya sentiasa berpegang  kepada firman Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 110 yang bermaksud,
'Kamu(umat Islam) adalah umat terbaik yang  dilahirkan untuk manusia (kerana kamu) mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah'....

*Saya berharap agar sahabat2 menyumbangkan idea untuk menjalankan aktiviti bagi memartabatkan Islam di bumi Allah ini....Segala pertolongan  antum amatlah dihargai.Allah sahaja yang mampu membalasnya.

2 comments:

unofficial_reporter said...

salam perjuangan..semoga dapat mneruskan dakwah islami dgn segala wadah yg diberikan..

ibtisam~ said...

salam...
mabruk ya ukhti atas taklifan tu..
amanah yang dberi tu mmg sgt berat tapi kalu bukan kte siapa lagi yang akan ambil?
mungkin inilah masanya kita betulkan apa yang salah dan bentuk organisasi mengikut acuan Islam...insyaAllah..enti boleh..!!