BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Thursday, September 29, 2011

~Mencari Yang Halal Satu Kefardhuan~

Salam 'alaik kpd semua..Setiap kali ingin memulakan penulisan di blog ini,perkara yang agak rumit utk saya fikirkan ialah ayat permulaan penulisan.Mungkin disebabkan susah nk fikir ayat nak tulis di permulaan menyebabkan saya lambat update blog ini.(alasan je sbnrnya)..

Ok lah,kite jump terus ke tajuk yang saya ingin fokuskan iaitu mencari yang halal satu kefardhuan.Idea utk menulis tentang makanan ni tercetus setelah mendengar siaran di radio IKIM bersama Chef pada 30 September 2011 jam 10 pagi.Tips2 yang diberikan sangat bagus untuk diamalkan oleh setiap muslim.Apa yang terkesan di hati ini ialah chef tersebut mengatakan bahawa sesiapa yang berpeluang untuk berniaga di premis2 seperti di tempat belajar cthnya IPTA n etc mesti grab peluang ni utk melakukan servis yang terbaik kerana jika pelajar tersebut berjaya,peniaga juga berjaya.Mungkin makanan yang halal n bersih tersebut faktor kepada kejayaan tersebut.Peniaga mendapat pahala yang berterusan daripada penyediaan makanan yang halal n bersih n suci.Baru2 ni,banyak berita yang tidak elok yang didengari di telinga ini tentang penyediaan makanan di kafeteria tempat saya belajar.Tahap kebersihan yang kurang memuaskan dan terdapat sedikit keraguan tentang makanan tertentu.Ketahuilah bahawa sebagai org Islam,niat utama kita berniaga ialah utk mencari redha Allah n meramaikan umat Islam dalam perniagaan bukannnya mencari keuntungan semata2.Keuntungan itu boleh diambil kira setelah segala2nya yang disyariatkan telah kita laksanakan.

Bab makanan ni memang kita xboleh lari sebab fitrah manusia adalah memerlukan makanan.Pernah suatu ketika dahulu,seorang ibu saudara saya mengatakan,'Budak2 sekarang ni makin teruk2 mungkin sebab faktor susu.Tgoklah,ibu2 sekrg kbnykannya bekerja dan tidak menyusukan anak.Anak diberi susu formula yang sumbernya daripada lembu.Patutlah ada budak2 sekarang yang perangai macam lembu,dah minum susu lembu dari kecil.'
Memang agak kasar kalau kita baca statement ni.Tapi,apabila fikir semula.Betul juga statement tu.Bagi saya,Ibu bekerja tidak menjadi masalah,asalkan tanggungjawab sbg ibu dilaksanakan denagan sebaiknya.Bukan sesuatu yang mustahil ibu bekerja dapat menyusukan anak tanpa menggunakan susu formula.Banyak contoh yang sudah saya lihat.Orang yang terdekat dengan saya iaitu kakak sulung saya sendiri.Dia pun bekerja tetapi masih boleh menyusukan anaknya.Dia ckp dy xnak bagi susu selain susu ibu kpd anak dy sbb selagi susunya ada dy akan beri.Makanan pertama yang masuk dlm mulut bayi adalah susu ibu.Bermula dari makanan jua lah akhlak2 anak2 akan terbentuk.Usah salahkan mereka jika akhlak mereka tidak elok.Saya sendiri agak ragu tentang status halal susu formula di pasaran.Jadi,menjadi fardu kifayah kepada umat Islam utk menghasilkan produk susu formula yang halal dan bersih.
Hadis ke 6 dalam matan Arba'in oleh Imam An-Nawawi.

'Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara kedua2nya ada perkara yang samar-samar(syubhah).......................'


Sebelum menutup penulisan ini,saya ingin berkongsi bait lagu yang menjadi inspirasi kepada saya iaitu Lagu Tema Imam Muda yag bertajuk 'HambaMu'.Almost everyday dengar lagu ni kerana lagu ini mempunyai makna yang sangat terkesan di hati iaitu manusia biasa yang menjadi luar biasa...Syukran kpd roomate sbb bagi lirik lagu favourite ni..Bawah ni,antara bait lagunya,nak yang full,antum search sendiri ye..

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati


Usaha dengan doa,
Masanya akan tiba,
Dengan restu Ilahi,
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang...
Allah...
Tunjukkan jalan 
Seandainya hilang...Allah
Tagakkan perjalanan 
Yang bakal ditempuh...


Tagakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisiMu ku berserah,
Terimalah
HambaMU Allah.......

#InsyaAllah,kita semua manusia biasa yang mampu menjadi manusia luar biasa apabila mempunyai semangat jihad dan pengorbanan.Kuasa imaginasi,Kuasa Strategis dan Kuasa Pergantungan yang tinggi kepada Allah..

~Generasi Al-Fateh yang dinantikan pada abad ini...~


3 comments:

Nur Adibah Ridzuan said...

mencari aisyah memang wajib(bila x nampak muka dalam kelas)

Murobbiah said...

wajib mse awl2 dlu je...skrg dh jadi harus ..hehe

myviputih said...

saya setuju