BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

ahlan wasahlan

Sunday, November 13, 2011

~In Tansurulloha Yansurkum~

Assalamualaikum..Pejam celik,pejam celik, tirai sesi pengajian tahun 2011 sudah hampir ke penghujungnya.Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi berada di selatan tanah air ini bagi menghabiskan imtihan dan pulang ke rumah.Misi dakwah seterusnya menanti di bumi Pahang.Semoga Allah memudahkan urusan di kampung halaman.Terasa baru shj melangkah masuk ke program ijazah ini.Dengar mcm gah je kan program ijazah.Tak tahulah ilmu yang dipelajari fis sutur au fis sudur.Harap-harap,apa yang dipelajari fis sudur dan dapat diaplikasikan dalam pengajaran kepada anak-anak didik kelak.

$pkšr'¯»tƒ z`ƒÏ%©!$# (#þqãZtB#uä bÎ) (#rçŽÝÇZs? ©!$# öNä.÷ŽÝÇZtƒ ôMÎm6s[ãƒur ö/ä3tB#yø%r& ÇÐÈ
 Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Surah Muhammad ayat 7 inilah menjadi ubat dan motivasi  kepada saya dan juga kpd yg bergelar da’ie.Setiap kali saya terasa bebanan dalam dkwah ini dek kerana timbunan assignment dan exam.Ayat inilah yang akan saya tadabbur.Sungguh hebat ayat2 dari Allah utk hambanya.Dakwah No 1 tetapi belajar bukan No 2.Ini bermakna ia mestilah berjalan seiring.Selalu juga saya berada dalam dilema.Antara program dakwah dan exam nak dkt atau assignment yang belum selesai.Dan saya pasti inilah juga yg menjadi dilema kepada sahabat say diluar sana.Setiap kali berada dlm dilemma inilah,saya akan ingt kembli ayat ini.Intansurullohayansurkum……Ya Allah,sungguh indah ayat motivasi dariMu.Memang benar!Allah menolong hambanya yang menolong tegakkan Islam.Segala2nya Allah permudahkan.Assignment yang bertimbun dapat disiapkan dan dihantar pada waktunya.Inilah bukti yang Allah tunjukkan kpdaku ttg ayat yang Allah janjikan ini.

Sahabat2 sekalian,
Kita bukan berada di zaman Abrahah atau zaman2 nabi sebelum Nabi Muhammad dimana zaman yang menghasilkan kemenanagn tanpa keringat dan syarat.Kita umat terpilih dimana kita lah yang mesti mencetuskan kemenangan Islam tersebut,Usah ditunggu bantuan seperti Ababil pada zaman Abrahah yang menghancurkan tentera2 bergajah yang mahu menyerang kota Mekah.Kerana Apa???Kerana kita Umat yang perlu melalui sunnatullah yang berbeza dari umat2 terdahulu iaitu, ‘Jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongmu(mencapai kemenangan)dan meneguhkan kedudukanmu’.Surah Muhammad ayat 7.

Pernah x kita terfikir di benak masing2..Bilakah Islam akan kembali berdaulat dan bilakah kemenangan akan dapat dicapai?
Saudara sekalian,Umat Nabi Muhammad  tidak memperoleh pertolongan tersebut hanya dengan duduk menunggu janji2 kemenangan tersebut.Ya,kita yakin bahawa Islam pasti akan menang suatu hari nnti,Tidakkah kita mahu menjadi sbhgian yang memenangkan Islam itu??Tanya lah iman kita masing2.Kita brdoa saban hari utk kemenangan Islam.’Ya Allah binasakan lah org2 yang zalim menerusi perbuatan jahat mereka’.Tetapi doa itu tidak menampakkan kebenaran sepantas kilat,tiada apa pun perubahan yang berlaku setelah doa itu dibacakan.
Adakah Allah tidak memakbulkan doa kita itu????
Tidak wahai sahabat2 seakidahku.Allah pasti memakbulkan doa tersebut.Tetapi mesti dengan gerak kerja,bukan hanya menunggu mukjizat dan menunggu turunnya Imam Mahdi.Seorang aktivis gerakan Islam mestilah mendokong ayat. ‘Jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’

Hebat kan ayat tersebut sebagai motivasi pada kita.Umat Islam lah yang akan masuk ke dalam syurga terlebih dahulu sebelum umat2 sebelumnya.Kerana apa??Kerana umat Islam perlu mujahadah yang lebih dan melakukan gerak kerja tanpa mengenal erti penat.Usahlah kita rasa kerja dakwah ini membebankan.
Ayah saya selalu ingtkan…Kita adalah umat dakwah.Setiap hari mesti dihiasi dgn dkwah dari bangun tidur sehinggalah kembali utk tidur semula.
Oklah..smpai disini shj coretan saya yang tidak seberapa ini.Doakan kejayaan saya dalam imtihan.

0 comments: