BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Thursday, August 4, 2011

~ Semarak Ramadhan..Dari Keimanan menuju Ketakwaan~

Alhamdulillah..syukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk menjalani bulan Ramadhan pada tahun 1432 hijrah ini.
Kenapa bulan Ramadhan ini adalah dari keimanan menuju ketakwaan?Kita lihat firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yg bermaksud:
'Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


Taqwa bermaksud melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.Bulan Ramadhan inilah bulan transformasi kepada kita ke arah ketakwaan kepada Allah.Kita perlu membebankan hawa nafsu kita dengan solat tarawih,qiamullail,menahan diri daripada berkata yg keji dan sbgainya.Apabila kita berjaya menundukkan hawa nafsu kita,insyaAllah segala suruhan Allah dpt kita laksanakan dengan penuh keikhlasan.Usahlah menjadi hamba kepada Ramadhan tetapi jadilah hamba Allah yang istiqamah.Jika di bulan Ramadhan ini kita mampu menghabiskan Al-Quran 30 juzuk,kita cuba istiqamah di bulan lain juga.Peringatan ini kepada diri saya juga.


Pada 1 Ramadhan lepas,alhamdulillah dpt iftor bersama umi dan 3 adik yg lain di rumah.Walaupun hanya sehari sempat berbuka di rumah,saya tetap rasa gembira.Ada satu peristiwa yang agak mengecewakan saya.Semasa berjalan bersama umi di bandar kuantan,saya terpandang seorang lelaki yang sedang makan di belakang restoran.Pada mulanya,husnu zhon.Dalam fikiran saya,maybe dy tu non-muslim.Tetapi,sebaik shj saya n umi memandangnya,jelas kelihatan ketakutan di mukanya dan dia terus bangun.Oh..Islam rupanya.Astaghfirullah.Terfikir juga di fikiran saya,betapa nikmatnya seorang kaum Adam tidak diberikan cuti.Full puasa tidak seperti kaum hawa.Tetapi,masih ada kaum Adam yang tidak puasa.


Bilakah lagi kita nak lihat kaum pemuda ini menguasai dunia seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yg merupakan sebaik-baik raja yg berjaya menawan Kota Konstantinople.Dalam dua tiga hari ni,saya membaca semula buku Kuasa kepimpinan Al-fateh tulisan Ustaz Muhammad Syaari.Bayangkan seorang manusia biasa menjadi luar biasa.Semasa membaca buku ni,saya tertanya2..'kenapa pemuda sekarang x jadi macam Al-Fateh?Kalau nak bandingkan dgn Rasulullah,mmg xboleh lah.Jauh sekali n xkan dpt disamakan.Kita bandingkan dgn Al-Fateh yg merupakan manusia biasa.Di mana silapnya pemuda sekarang sehingga tidak boleh menjadi seperti Al-Fateh??Bayangkan pada usia yang sangat muda iaitu 22 tahun sudah berjaya menawan Konstantinople?
Ada pepatah Arab,'Bukan digelar pemuda seorang yg berbangga dengan sejarah ayahnya,tetapi seorang pemuda adalah yang mengatakan ini adalah aku.


Semasa menggali parit utk Perang Khandak di bulan Ramadhan,Rasulullah bersabda,'Konstantinople akan jatuh ke tangan Islam dimana Rajanya adalah sebaik2 raja dan tenteranya adalah sebaik2 tentera.Akhirnya sabdaan nabi ini direalisasikan oleh seorang anak muda yang berimaginasi tinggi,berstrategis,bertakwa dan meletakkan sepenuhnya kebergantungan pada Allah.


Semangat golongan muda ini lah yg diperlukan utk Islam.Inilah asbab Zionis mensasarkan pembunuhan ke arah golongan anak2 kecil di Palestin.Tatkala membaca buku tersebut,terasa berada di zaman tersebut.Kesusahan dipermulaan yang akhirnya membawa kepada kemenangan kepada umat Islam.Kecekalan seorang panglima iaitu Hassan Tullbate yamg mati syahid ketika memacakkan panji di tembok Konstantinople.Kehebatan seorang raja yang memang layak digelar sebaik2 raja kerana akhirnya beliaulah yang terpilih menjadi imam utk mengimami solat kerana beliaulah yang paling layak dek kerana selepas baligh beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu,solat rawatib dan solat tahajjud.Inilah sumber kekuatan kepadanya.Beliau tidak pernah lena tidur kerana memikirkan sabdaan nabi ini.


Saya berharap shbt2 sekalian dapat membaca buku ini yang insyaallah dpt menaikkan semangat antum terutamanya pemuda.
Wahai pemuda!renunglah...Kenapa diri antum masih belum boleh mencapai tahap seperti Al-Fateh ini..


Wahai muslimat!Antunna juga antara penyumbang bagi melahirkan pemuda2 harapan agama yg sentiasa rindukan mati syahid,Peliharalah dirimu daripada sekarang terutamanya dri segi aurat,pergaulan dgn lelaki ajnabi dan sebagainya kerana mungkin kesilapan kita yang akan menyebabkan pemuda2 yang hebat seperti al-Fateh ini tidak dpt dihasilkan.


Wallahu'alam..Salam Ramadhan..Transformasi diri bermula di bulan ini..


Dibawah ini buku yang saya baca.Harganya RM 19 shj.Infaqkan wang antum utk kepentingan Islam.







0 comments: