BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Monday, March 7, 2011

Ujian?? Mehnah?? Tribulasi?? Ibtila'??

Ujian???Mehnah???Tribulasi??Ibtila'???...Sama ke semua ni?
Keempat-empat perkataan ini sebenarnya mempunyai maksud yang hampir sama iaitu sesuatu yang didatangkan oleh Allah kepada hamba2Nya utk menguji tahap keimanan.Bukan perkara yang kita rasa buruk shj yang diklasifikasikan sbg ujian,tetapi perkara yang menyenangkan kita pun dianggap ujian cthnya mempunyai harta yang banyak dsb.

Ya Allah,kenapa aku yang diuji??
Aku tak larat nak hadapi semua ini??

Soalan beginilah yang sering kita persoalkan jika mendapat ujian dari Allah.
Ayat Allah jua lah yang mampu menjawab persoalan2 ini.
Firman Allah dlm surah Al-Ankabut ayat 2 yg bermaksud:
Apakah manusia  mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan 'Kami telah beriman'.sedangkan mereka tidak diuji???
Mufassirin menafsirkan bahawa ujian yang dimaksudkan adalah ujian apabila kita menegakkan Islam.


Ya Allah..sungguh terkesan di jiwa ini dgn ayat2 Allah.
Andaikata kita diuji oleh Allah dari segi kesihatan,jodoh,akademik dsb,Ingatlah bahawa segala ujian yg Allah berikan itu hanya semata-mata untuk meninggikan tahap keimanan hamba2Nya.
Bersyukurlah bagi yang menghadapi masalah dari segi kesihatan kerana dgn itu kita akan sentiasa mengingati mati.Kematian itu satu kepastian.Neraka pun pasti bagi kita.Yang tidak pasti adalah sama ada  kita akan masuk syurga.Kerana org yang masuk syurga adalah kerana rahmat dari Allah.Kerana Allah redha padanya.

Teringat saya tentang satu peristiwa di mana ada seorang perempuan yang berpenyakit sawan datang kepada Rasulullah.Dia memohon agar Rasulullah mendoakannya sembuh dari penyakit itu.Apabila dia sawan,seluruh auratnya akan terbuka.Lalu Rasulullah berkata kepadanya,'Pertama,kalau kamu nak sembuh,aku doakan,Kedua,jika kamu sabar syurga bagimu.
Lalu wanita tersebut menjawab,'Aku memilih sabar tetapi aku mohon engkau mendoakan aku supaya jika aku sawan,auratku tidak terbuka.'

Subhanallah..Ya Allah Ya Bari'..Begitu indahnya nikmat kesabaran itu.Apabila makin sakit,kita hendaklah lebih dekat pada Allah.Dengan mengingati Allah,hati akan menjadi tenang.

Sahabat2 seislamku,
Kunci kejayaan hidup adalah sabar dengan ujian dari Allah.Ujian adalah tarbiyah dari Allah..
InsyaAllah..saya kuat dan antum juga kuat.Hadapilah ujian ini dengan berlapang dada.Allah datangkan ujian semata2 utk meninggikan lagi darjat kita disisi Allah.Dan ujian itu mengikut tahap kemampuan kita.Setiap org pasti meghadapi masalah.Andaikata kita diuji dengan ujian yang sahabat kita tempuhi,belum tentu kita boleh hadapinya.Sama2 kita mendoakan kebahagiaan hidup di dunia sebagai jambatan kebahagiaan di akhirat kelak..