BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Tuesday, March 29, 2011

~Nice Experience~

Assalamualaikum....dah lama rasanya tidak mengupdate dan menjenguk blog2 sahabat.Kesibukan menguruskan banyak perkara sehinggakan lupa untuk meng'update' blog ini.
Yat yang sentiasa memotivasikan saya ialah,'Kesibukan itu bukan suatu yang perlu dikeluhkan jika ia utk Islam.Jgnlah kita mengeluh dek kerana sibuk dalam mencari redha Allah kerana dengan sibuknya kita dalam perjuangan Islam ini,masa utk kita melakukan sesuatu perkara yang lagho semakin berkurang'.
Beruntunglah bagi mereka yang Allah beri nikmat dalam merasai kesibukan dalam mencari redha Allah.

Baru-baru ini,banyak pengalaman yang ditimba sepanjang melaksanakan Pengalaman berasaskan sekolah (PBS) selama seminggu.Saya memilih SK Pengkalan Tentera yang merupakan sekolah rendah saya dari standard 1 until standard 6.Sudah lama rasanya tidak menjejakkan kaki ke sana.Kali terakhir pada tahun 2009 semasa reunion bersama kawan2 sekolah.
Semasa mula2 menghadiri perhimpunan pada pagi Isnin,rasa sedikit teruja apabila melihat pelajar yang menjadi MC dan berbahasa Inggeris.Kalau zaman saya dulu,tidak pernah pelajar menjadi Mc di hadapan.Lagi2 dalam bahasa Inggeris.Saya difahamkan sekolah ini amat menitiberatkan Bahasa Inggeris sehinggakan ada pertukaran nama bagi kelas dari BM ke BI.Dulu,Berlian,Delima,Intan.......Sekarang sudah jadi Diligent,Intelligent,Tolerent,Confident....

Yang paling seronok apabila berjumpa guru-guru lama.Terharu apabila Cikgu Khairiah yang tidak pernah mengajar saya tetapi pernah jadi jurulatih sms bola jaring masih ingat nama saya walaupun saya tidak memakai name tag.Cikgu2 lain juga ramai yang masih ingat saya walaupun nama xberapa ingat.
Pengalaman selama seminggu ini sedikit sebanyak memberikan saya banyak pengetahuan tentang pedagogi dalam pendidikan.

Di bawah ini sedikit sebanyak gambar2 yang di ambil semasa PBS.

Semasa perhimpunan pagi

Kanak-kanak Prasekolah sibuk membuat latihan


0 comments: