BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Wednesday, February 2, 2011

~Menanti Kepulangan~

Assalamualaikum..Pertama dan selama2nya,kita merafakkan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yg telah Allah kurniakan kpd kita iaitu nikmat iman dan Islam dan tidak lupa nikmat kesejahteraan dan keharmonian di tanah air yang tercinta.

Pada 30 Januari yang lalu,saya baru membaca mesej tentang rusuhan yang berlaku di Mesir ekoran rakyat mahukan pengunduran pemerintahnya yg diketuai oleh Husni Mubarak.Sebelum ni,ada juga terbaca di newspapaper tentang anaknya melarikan diri.Tp,masa tu xambil tahu sgt.Tak sgka keadaan boleh jadi seteruk sekarang.Bayangkan...rakyat mana yang sanggup berada di bawah kepimpinan pemerintah yang kejam???Tidak wajib kepada kita taat kpd pemerintah yang kejam dan maksiat pada Allah.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud,

'Tiada ketaatan kepada pemimpin dalam kemaksiatan kepada Allah.'

Umi di rumah tenang walaupun org diluar sana sibuk risaukan anak2 n saudara mara di sana.Umi cakap,Allah kan ada.Serah pada Allah.InsyaAllah k.bah xde apa2.Solat hajat byk2.Instict seorang ibu.Saya tahu mse mula2 umi nak lpskan dibah ke Mesir,umi dah redha dgn apa yg akan berlaku.
Ayah memang xthu lagi psl berita ni sbb berada di Bangladesh.Alhamdulillah,umi dapat call dibah pada 1 Februari.Dia di Iskandariah alhamdulillah xde apa2...selamat.Cuma ada masa yang xboleh keluar.Lagipun dia dah packing barang.Cuma tunggu arahan utk dibawa pulang.Tp,mereka akan transit di Jeddah dahulu.Smpai di M'sia xtahu tarikh yang sebenar.
Syukur Alhamdulillah.

Hari ni,dapat panggilan bertubi2 daripada saudara2.Mereka risaukan dibah di sana.Smpai pakcik bising2 sbb umi xangkat call.Relaks...Dlm menghadapi perkara ni,kita kena sentiasa tenang dan tabah.
Pakcik saya bgthu,ada kwnnya sampai xselera makan sebab risaukan anaknya di sana.
Hari ni barulah pesawat dari Malaysia dihantar ke sana utk membawa pulang rakyat M'sia ke tanah air setelah mendapat desakan daripada ibubapa terbabit.Akhirnya,kerajaan akur jua dgn suara rakyatnya..Barulah dinamakan rakyat didahulukan..terima kasih kerana menepati tema rakyat didahulukan.
Pelajar2 Mesir akan memulakan sesi pengajian pada 12 Februari ini,tetapi mungkin akan dilambatkan ekoran daripada perintah darurat ini.Ada desas-desus mengatakan universiti Al-Azhar akan bercuti selama 1 tahun.Keputusan ini masih belum diputuskan oleh pihak universiti.Berita ini amat menyedihkan pelajar2 lpsan STAM terutamanya adik lelaki saya.Kalau sahih berita ini,terpaksalah dia menyambung pengajian di Malaysia dulu.Ada hikmah di sebaliknya.

Suasana aman di sebuah pantai di Iskandariah
Tadi,adik mentee saya,najihah yang belajar di Iskandariah online.Keadaannya baik dan sekarang dia tinggal di asrama mara.Jadi,xrasa bahaya.Kalau malam2 ada lah juga dengar tembak-menembak.Katanya,esok curfew 24 jam sebab mybe Jumaat ni ada rusuhan.Wallahu'alam..

Sama2 kita doakan shbt2 kita di sana selamat dan selamat kembali ke M'sia.Semoga Ikhwanul Muslimin mendapat kemenangan di Mesir dan diseluruh dunia am nya.Semoga ruh2 jihad kembali menyinar di bumi Allah..

p/s: xsabar2 menanti kepulangan my sis, siti adibah.

                                          Gambar semasa menanti kehadiran
                                                      new student di airport

1 comments:

aisyah said...

~Semoga ada wakil2 PMRAM yang snggup berjihad mmbebaskan bumi mesir dari rejim kezaliman di sana~TAKBIR!!!