BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

ahlan wasahlan

Tuesday, February 22, 2011

~Berakhirnya MUTTHQSN~

Assalamualaikum shbt2 yang dirahmati Allah sekalian.Sekejap shj masa berlalu pergi.Betullah apa yg Imam Al-Ghazali katakan kepada anak muridnya,perkara yg paling jauh dengan kita adalah masa yang sudah berlalu.Dalam bulan Februari ni,rasenya banyak perkara yg telah berlaku.Ada manis dan ada juga yang pahitnya.Itulah lumrah kehidupan.Dalam kesibukan kita belajar,jgnlah sesekali kita lupa akan tujuan hidup kita iaitu mengabdikan diri kepada Allah.Kesibukan dalam medan dakwah ini adalah satu anugerah dari Allah kepada umat Islam.Kerana dgn kesibukan itu,masa utk kita melakukan perkara yg tidak berfaedah semakin berkurang.

Baru2 ini,bermula pada 10 Februari 2011 sehingga 17 Februari 2011,Jabatan Pendidikan Islam & Moral dengan dibantu oleh pelajar pengajian islam telah menganjurkan satu Majlis Ujian Tilawah Tafsir Hafazan Syarahan Nasyid (MUTTHQSN).Syukran jazilan kepada peserta2 & ajk2 yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut.Semoga dengan usaha kecil ini dapat memberikan kesedaran kepada non-muslim & muslim khususnya tentang keindahan yang terdapat dalam Islam.Sambutan daripada setiap semester amat menggalakkan.Saya diberi tugasan sebagai ajk teknikal.Tetapi,tugas teknikal ni tidak dibuat sebab ajk lelaki labih arif dalam bidang teknikal ini.Hanya menjadi jurukamera pada majlis tersebut.


Tekun ustaz2 mengira markah pertandingan hafazan
                                                            

Kumpulan Nasyid Lelaki mewakili pelajar sem 2 PPISMP


Ustaz2 yang amat dikagumi.Menjadi hakim pertandingan tilawah al-quran

* Syukran jazilan kepada sahabat2 yang bertungkus lumus dalam penyediaan makanan.Walaupun mengalami masyakkoh..alhmadulillah,makanan tetap terhidang..Semoga jasa antum mendapat rahmat dari Allah..Ameen.

0 comments: