Assalamualaikum semua...
Mesti ramai yang tertanya2..knplah tjuk post kali ini telur oh telur..Sebenarnya dah lama saya nak menulis psl telur ni.tp..belum diizinkan Allah..Alhamdulillah.hari ni dapat juga menulis post tentang ini.Jarang saya dengar org xsuke makan telur.Btul x??Majoriti akan suka makan telur.Kalau org kelantan ckp...'make nasik campur telor nge budu pun jadi lah'...
Tp,bukan saya nk cerita pasal makan telur dgn budu.Apa yang dah lama berada di fikiran saya ialah,
'Knapa ramai peniaga2 yang tidak membasuh telur kalau nak buat roti canai,murtabak,benjo n so on..Yang paling ketara saya nampak ialah peniaga roti canai dan benjo(burger telur).Mood saya selalu hilang kalau saya ke tmpat mnjual roti canai or benjo then nampak telur yg masih ada najis bertempek kat kulit telur.Ya Allah...mmg geramlah kt peniaga2 yg xjaga kebersihan n xpeduli bab2 hukum ni.Kalau ikutkan keberanian..nak je ditegur.Tp,hanya cegah dgn selemah2 iman (HATI).& terus tidak dibeli makanan tersebut.
Hukum makan roti canai yang bercampur dgn najis samalah juga seperti memakan najis=HARAM.
Walaupun kita x tempah roti canai telur,penebar roti canai mungkin telah menyentuh najis pada kulit telur dan kemudian dia menebar roti2 lain.Adakah rezeki yg dia peroleh itu HALAL???
Saya masih ingt masa zaman kecil2 dulu.Semasa umi berniaga nasi di gerai,ayah memang mewajibkan kami adik beradik basuh telur elok2 sampai hilang najis.Basuh telur mesti guna span n sabun.Dulu,saya pelik lah juga kenapalah ayah pentingkan hal ni.Saya tanya ayah kenapa mesti basuh guna sabun n bersih2..Ayah cakap,nak bagi org makan mesti bersih2.Rezeki yang kita dapat baru lah halal.Ya Allah,sungguh kagum dengan ayah,Alhamdulillah,kami mendapat tarbiyah dari ayah sejak kecil lagi.
Ya Allah..hati tiba2 rase rindu kat umi,ayah,adik beradik lps dibah call tadi.Rasa rindu nk berbicara dan mendengar kata2 semangat dari dibah.Hampir 3 tahun tidak berjumpa selepas my sis ke Mesir.Dari dlu,saya lah selalu xde klu ada apa2 event dlm keluarga sbb duduk berjauhan utk menuntut ilmu.Saya lah satu2 nya yg xpergi hntar my sis ke airport mse nk ke Mesir.Org terakhir smpi rumah mse hari perkahwinan kakak sulung.Byk lagi lah yang sy selalu ketinggalan.Sedih juga rasa.Saya anggap ini satu cabaran dalam hidup.Berjauhan dengan keluarga ni membuatkan saya rasa lebih berdikari dan matang.Sekarang pun,tercampak ke selatan tanahair.Tp,rasa bersyukur kerana ada kemudahan teknologi bagi menghubungkan kami.Tu pun saya jarang call..
Semoga mahabbah kami sekeluarga membawa ke Syurga..
Saturday, February 26, 2011
~Telur oh Telur~
Posted by Murobbiah at 10:09 AM 0 comments
Tuesday, February 22, 2011
~Berakhirnya MUTTHQSN~
Assalamualaikum shbt2 yang dirahmati Allah sekalian.Sekejap shj masa berlalu pergi.Betullah apa yg Imam Al-Ghazali katakan kepada anak muridnya,perkara yg paling jauh dengan kita adalah masa yang sudah berlalu.Dalam bulan Februari ni,rasenya banyak perkara yg telah berlaku.Ada manis dan ada juga yang pahitnya.Itulah lumrah kehidupan.Dalam kesibukan kita belajar,jgnlah sesekali kita lupa akan tujuan hidup kita iaitu mengabdikan diri kepada Allah.Kesibukan dalam medan dakwah ini adalah satu anugerah dari Allah kepada umat Islam.Kerana dgn kesibukan itu,masa utk kita melakukan perkara yg tidak berfaedah semakin berkurang.
Baru2 ini,bermula pada 10 Februari 2011 sehingga 17 Februari 2011,Jabatan Pendidikan Islam & Moral dengan dibantu oleh pelajar pengajian islam telah menganjurkan satu Majlis Ujian Tilawah Tafsir Hafazan Syarahan Nasyid (MUTTHQSN).Syukran jazilan kepada peserta2 & ajk2 yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut.Semoga dengan usaha kecil ini dapat memberikan kesedaran kepada non-muslim & muslim khususnya tentang keindahan yang terdapat dalam Islam.Sambutan daripada setiap semester amat menggalakkan.Saya diberi tugasan sebagai ajk teknikal.Tetapi,tugas teknikal ni tidak dibuat sebab ajk lelaki labih arif dalam bidang teknikal ini.Hanya menjadi jurukamera pada majlis tersebut.
Tekun ustaz2 mengira markah pertandingan hafazan |
Kumpulan Nasyid Lelaki mewakili pelajar sem 2 PPISMP |
Ustaz2 yang amat dikagumi.Menjadi hakim pertandingan tilawah al-quran |
Posted by Murobbiah at 5:17 AM 0 comments
Wednesday, February 2, 2011
~Menanti Kepulangan~
Assalamualaikum..Pertama dan selama2nya,kita merafakkan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yg telah Allah kurniakan kpd kita iaitu nikmat iman dan Islam dan tidak lupa nikmat kesejahteraan dan keharmonian di tanah air yang tercinta.
Pada 30 Januari yang lalu,saya baru membaca mesej tentang rusuhan yang berlaku di Mesir ekoran rakyat mahukan pengunduran pemerintahnya yg diketuai oleh Husni Mubarak.Sebelum ni,ada juga terbaca di newspapaper tentang anaknya melarikan diri.Tp,masa tu xambil tahu sgt.Tak sgka keadaan boleh jadi seteruk sekarang.Bayangkan...rakyat mana yang sanggup berada di bawah kepimpinan pemerintah yang kejam???Tidak wajib kepada kita taat kpd pemerintah yang kejam dan maksiat pada Allah.
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud,
Umi di rumah tenang walaupun org diluar sana sibuk risaukan anak2 n saudara mara di sana.Umi cakap,Allah kan ada.Serah pada Allah.InsyaAllah k.bah xde apa2.Solat hajat byk2.Instict seorang ibu.Saya tahu mse mula2 umi nak lpskan dibah ke Mesir,umi dah redha dgn apa yg akan berlaku.
Ayah memang xthu lagi psl berita ni sbb berada di Bangladesh.Alhamdulillah,umi dapat call dibah pada 1 Februari.Dia di Iskandariah alhamdulillah xde apa2...selamat.Cuma ada masa yang xboleh keluar.Lagipun dia dah packing barang.Cuma tunggu arahan utk dibawa pulang.Tp,mereka akan transit di Jeddah dahulu.Smpai di M'sia xtahu tarikh yang sebenar.
Syukur Alhamdulillah.
Hari ni,dapat panggilan bertubi2 daripada saudara2.Mereka risaukan dibah di sana.Smpai pakcik bising2 sbb umi xangkat call.Relaks...Dlm menghadapi perkara ni,kita kena sentiasa tenang dan tabah.
Pakcik saya bgthu,ada kwnnya sampai xselera makan sebab risaukan anaknya di sana.
Hari ni barulah pesawat dari Malaysia dihantar ke sana utk membawa pulang rakyat M'sia ke tanah air setelah mendapat desakan daripada ibubapa terbabit.Akhirnya,kerajaan akur jua dgn suara rakyatnya..Barulah dinamakan rakyat didahulukan..terima kasih kerana menepati tema rakyat didahulukan.
Pelajar2 Mesir akan memulakan sesi pengajian pada 12 Februari ini,tetapi mungkin akan dilambatkan ekoran daripada perintah darurat ini.Ada desas-desus mengatakan universiti Al-Azhar akan bercuti selama 1 tahun.Keputusan ini masih belum diputuskan oleh pihak universiti.Berita ini amat menyedihkan pelajar2 lpsan STAM terutamanya adik lelaki saya.Kalau sahih berita ini,terpaksalah dia menyambung pengajian di Malaysia dulu.Ada hikmah di sebaliknya.
Suasana aman di sebuah pantai di Iskandariah |
Sama2 kita doakan shbt2 kita di sana selamat dan selamat kembali ke M'sia.Semoga Ikhwanul Muslimin mendapat kemenangan di Mesir dan diseluruh dunia am nya.Semoga ruh2 jihad kembali menyinar di bumi Allah..
p/s: xsabar2 menanti kepulangan my sis, siti adibah.
Posted by Murobbiah at 11:08 AM 1 comments