BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Wednesday, October 6, 2010

~Tarbiyyah dari seorang kanak-kanak ~_^^_

Pertama dan selama-lamanya,marilah kita merafa'kan kesyukuran kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan kepada kita.Tiada perkataan yg mmpu diucapkan selain kalimah suci Alhamdulillah wa syukurillah padaMu Ya Allah......
Syawal sudah mahu meningglkan kita dan disusuli dgn bulan Zulkaedah pula.Terasa seperti baru sahaja pulang dari rumah.Rupa-rupanya sudah hampir 3 minggu saya berada di selatan tanah air ini bagi meneruskan perjuangan menuntut ilmu.Sebenarnya,tidak tahu bagaimana hendak melahirkan perasaan teruja dan bersyukur pada Allah apabila saya dipertemukan dengan sebuah keluarga yg cukup bahagia hasil proses tarbiyyah Islam.
Keluarga ini mempunyai 2 org cahaya mata yang bagi saya bakal menjadi pejuang Islam pada suatu hari nnti.Anak sulungnya bernama Fathonah yg kini berusia 5 tahun.
Fathonah,seorang kanak-kanak yg istimewa di hati saya tatkala kali pertama mendengar bait-bait ayat yg dikeluarkan dari bibirnya.Makna namanya yg bermaksud bijaksana cukup sesuai dgn dirinya.Sungguh ikhlas dan suci hatinya.Seronok sgt mendengar kata-kata yg keluar dari mulutnya.Kata-katanya itu bnyk memberikan kesan yg mendalam.
Dia sanggup berjaga malam bagi mengikuti abi dan umminya meneruskan perjuangan dalam menyebarkan dakwah.Tidak sedikit pun dia menunjukkan riak wajah yg tidak ceria n letih walaupun terpaksa mengikuti abi n umminya ke program2 agama.Saya sendiri pun tidak secergasnya.Muka cepat je lesu kalau lama-lama sgt ikuti program...Subhanallah....
........................................................
'Fathonah,kat sekolah cikgu ajar Fatonah nyanyi lagu apa?Try nyanyi.Akak nak dengar.'

Al-Amal,Al-Amal,Al-Amalulillah.........

Subhanallah....Terkesima saya mendengarnya.Saya jangkakan dia akan menyanyikan lagu 'twinkle twinkle little star ke apa....Rupa-rupanya,lagu perjuangan..Kanak-kanak seusianya pun dah tahu lagu perjuangan ni.Rasa-rasanya,masa dah besar ni lah baru saya dgr lagu ni.Mana tidaknya,dia belajar di sekolah PASTI yang menerapkan 100% ajaran Islam.Lagi pula,didikan ustaz dan kak yang mantap.

'Akak,klau nak pakai tudung kene tutup dada.Mana boleh xtutup dada.' Fatonah menegur saya selepas melihat tudung saya terselak.

'Oh...ye ke....(sambil betulkan tudung)...Takpelah,perempuan je kat sini.' Saya cukup kagum dengan ketelitiannya walaupun dia belum faham sepenuhnya.Yang dia faham,kalau pakai tudung wajib tutup dada.

'Akak,esok Fathonah nak solat subuh ngan akak-akak ye.Kejut Fatonah tau'...Pesannya sebelum kami tidur.

Pagi esoknya,usai menunaikan solat subuh,saya mengejtkannya utk soolat subuh.Dia bingkas bgun tanpa merengek pun.Selepas,kami bersiap-siap dgn membawa beg ke kereta,dia dtg ke blik kami dan bersalam dgn kami....

Dia hanya mendiamkan diri sahaja selepas melihat kami membawa keluar beg-beg dari bilik.Kak ckp kpd kami yg dia sedih kami dah nk balik.Sepatah perkataan pun tidak keluar dari mulutnya.Hati ni rasa sgt hiba melihat telatahnya...Rasa rindu sgt dgn Fatonah.Insan yang dianugerahkan kecerdikan dan kafahaman tentang Islam sejak dari kecil lagi.Umminya mgtakan,semasa mengandungkannya,dia selalu membaca Al-Quran.

Inilah sedikit sebanyak tarbiyyah yg saya peroleh dri seorg kanak-kanak kecil...Tarbiyyah ibarat jantung yang sentiasa berjalan..Walaupun dalam keadaan sedar atau tidur,jantung tetap berjalan kecuali kita mati.

*Semoga ukhuwah yg terjalin ini mendapat mndpat keberkatan dari Allah.
*Kepada Ustaz Zubair dan Kak Shahamah,semoga terus istiqamah dalam perjuangan....
*Kepada Fathonah dan Muhammad Mus'ab,semoga kalian menjadi waris pejuang gerakan Islam dan ansorullah.....


 Takbir!!!!!!

0 comments: