BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Friday, September 10, 2010

~Syawal: Antara Adat & Ibadat~

Selamat menyambut lebaran kepada seluruh muslimin & muslimat di seluruh dunia.
Berakhirnya Ramadhan bukan bermakna berakhirnya amalan yang dilakukan seperti tadarus,qiamullail,bersedekah, dsb.Kita bukan hamba kepada Ramadhan tetapi hamba kpd Allah.Jika kita sedar kita adalah hamba Allah,nescaya kita akan istiqamah melakukan amalan kebaikan dan meninggalkan segala laranganNya.

Bagaimana sambutan aidilfitri dikira adat atau ibadat???
Sambutan yg dismbut oleh org yg tidak berpuasa dibulan Ramadhan dikira adat.Sambutan yg penuh dgn pembaziran dan mempunyai unsur2 yg tidak bagus spt bersalaman antara llki n perempuan yg bukan mahram dan maraikannya dgn perkara yg lagho(menonton siaran tv yg melalaikan).
Sambutan syawal mestilah diraikan dgn penuh kesyukuran kpd Allah dgn mengeratkan ikatan silaturrahum.Amalan ziarah menziarahi dikira sbg pahala.

Bagaimana budaya memberi duit raya dari sudut Islam???
Apabila kita menggembirakan orang,perkara ini sgt mulia di sisi Islam.Berilah duit mengikut kemampuan dan niatkan sebagai sedekah.Ibubapa perlu menerapkan kpd anak-anak sejak kecil supaya menerima pemberian org lain dan tidak mengomel jika tidak diberi.

Saya psti antum mesti ingat,negara kita pernah mengadakan sambutan DEEPARAYA,GONG XI RAYA..Adakah perkara ini dibenarkan dalam Islam?
Kita lihat firman Allah dalam Al-Quran,
'Sesungguhnya agama disisi Allah adalah Islam'
Allah telah menegaskan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yg diredhai Allah.Mana mungkin kita menggabungkan perayaan ini.Perayaan dalam Islam tidak boleh dikongsi dgn perayaan agama atau kaum lain.Perayaan aidilfitri adalah hak mutlak umat Islam.

Hiasilah Syawal kita dgn puasa sunat 6 hari.Bagaimana mengerjakannnya???
"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada
bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).
Pendapat ulama' ttg puasa enam:
1)Mendahulukan puasa sunat dan seterusnya puasa qada'
2)Mendahulukan puasa Qada' dan seterusnya puasa sunat
3)Menggabungkan puasa Qada' dan Puasa sunat

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat
puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :

"Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran

bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi
dan tidak mendapat ganjarannya." (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

Akhir sekali,saya ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada ahli keluarga sebelah umi di Kelantan,keluarga ayah di Besut,Terengganu serta guru2 dan rakan2 Tabika Kemas Pengkalan TUDM,SK Pengkalan Tentera,SBPI Tun Abdul Razak,Kem PLKN Pinggiran Pelangi.Muadzam Shah,Kolej Matrikulasi Pahang, dan IPG Kampus Tun Hussein Onn dan tidak lupa kepada pembaca2.
Asif jiddan 'ala kulli hal.

0 comments: