Assalamualaikum......
Sedar tidak sedar,negara kita telah menyambut kemerdekaan kali ke 53.Pada masa terdekat ini,kita meraikan Ramadhan,kemerdekaan dan bakal menyusul...aidilfitri.
Merdeka!Merdeka!Merdeka!Laungan keramat dilaungkan.Persoalannnya,adakah benar kita telah merdeka?
Mungkin dari segi pembangunan,teknologi,ekonomi kita telah merdeka.Tetapi,adakah kita telah merdeka daripada serangan pemikiran?????
Bagi saya,merdeka itu adalah bebas daripada satu kehidupan yang jahil.Kita bebas daripada didoktrin dengan pemikiran sekular,liberal,dsb....
Jika sebut sahaja mahasiswa mesti terbayang di wajah kita golongan remaja.Mahasiswa atau remaja ini merupakan aset penting dalam menyumbangkan kemerdekaan dan kemajuan sesuatu bangsa dan agama.Jiwa anak muda yang kuat dan mantap dari segi rohani amat diperlukan untuk membangunkan negara.Jika kita mahu melihat negara pada masa hadapan,maka lihatlah golangan remajanya.Jika baik remajanya,maka baiklah negara.
Jika kita kaji sejarah,berapa banyakkah sumbangan remaja dalam pembangunan ummah.Usamah b.Ziad, dilantik menjadi panglima perang dalam usia remaja.
Sultan Muhammad Al-Fateh telah menaiki takhta menggantikan ayahnya ketika usia remaja dan berjaya menakluk Kota Konstantinople pada usia yang muda.Bagindalah sebaik-baik raja yang disabdakan oleh Nabi S.A.W.
Banyak lagi sumbangan golongan-golongan remaja dalam menegakkan Islam.Saya suka mengingatkan,Abu 'Ala Al-Maududi ada mengatakan bahawa, dia berasa bimbang jika mahasiswa hanya membawa segulung ijazah selepas keluar dari universiti.Maksudnya disini ialah hanya menghadap buku pelajaran sahaja tanpa menjalankan tugas sebagai daie.Realitinya, inilah yang berlaku dalam jiwa mahasiswa kini.Hanya mementingkan duniawi dan mengabaikan ukhrawi.
- Terlampau takut dengan Allah
- Beramal dengan perkara yang diturunkan
- Redha dengan benda yang sedikit(ketetapan)
- Bersedia menghadapi hari kematian
0 comments:
Post a Comment