BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

ahlan wasahlan

Monday, August 9, 2010

~Ramadhan Bulan "OPS SIKAP"~

Assalamualaikum....Kaifa imanukum?
Rasa sungguh pantas masa berlalu..Esok tibalah masa untuk melihat anak bulan bagi menentukan tarikh  umat Islam berpuasa di bulan yang penuh barakah.Sudah tidak sabar rasanya untuk menyambut 1 Ramadhan.Sempatkah kita untuk menyambutnya pada tahun in?
Persoalannya di sini, sudahkah kita bersedia untuk menyambut Ramadhan?Apakah persediaan yang perlu kita lakukan untuk menyambut Ramadhan?Jika sambutan hari raya,kita akan menyambut dengan pakaian yang baru,peralatan baru,langsir baru,dan macam-macamlah lagi yang baru.

Baru-baru ni,selesai solat di terminal bas,saya terdengar perbualan antara dua orang makcik.Salah seorang makcik mengeluh kerana Ramadhan sudah hampir tiba.Dia memikirkan tentang perbelanjaan untuk menyambut hari raya.Inilah sebenarnya salah faham yang telah menjadi budaya kita pada hari ini.Segala-galanya hendak baru.Baru tidak penting.Yang penting sebenarnya pakaian yang bersih,suci.Kesederhanaan dalam menyambut hari raya amat penting.Sepatutnya,amalan yang perlu dilakukan di bulan Ramdhan difikirkan..............

Bulan Ramadhan ini merupakan satu ujian utk menguji keikhlasan hamba-hambanya yang beriman.
Bagi orang yang berpuasa itu ada 2 kegembiraan.Yang pertama ketika berbuka puasa dan kedua ketika bertemu Allah di akhirat kelak.

Kenapa nama Ramadhan?
Ramadhan bererti terik mentari.Oleh itu,dalam bulan ini,kita memerlukan mujahadah yang lebih.
Apa peristiwa menarik yang berlaku pada bulan ramadhan?
Banyak peperangan yang membawa kemenangan yang berlaku pada bulan Ramadhan antaranya ialah
  • Perang Badar(perang pertama dalam Islam)
  • Perang Ain Jalut(Tentera mesir yang sedikit bertembung dgn tentera Monghul)
  • Pembukaan Andalus(Oleh Thariq b. Ziad)
  • Perang Bar Lev(Mesir dgn Israel pada 20 Ramadhan)
  • Perang Hittin

Ramadhan bulan memebuang tabiat lama.Bulan training dgn offer ganjaran dahsyat dari langit.

 EXTERNAL FACTORS BULAN RAMADHAN
  •  Syaitan dirantai
  • Pahala digandakan
  • Pintu syurga dibuka
INTERNAL FACTORS

  • Ibadah lebih dari 1000 bulan(atas permintaan Nabi Muhammad)
  • Barakah sahur untuk menjaga qiam

Apakah muthabaah yang perlu kita lakukan di bulan Ramadhan bagi mendidik jiwa istiqamah di bulan2 lain?

  1. Menyempurnakan solat lima waktu
  2. Menunaikan solat Dhuha
  3. Membaca Al-Quran 1 juzuk sehari
  4. Membaca Al-Ma'thurat selepas subuh n asar
  5. Menunaikan solat tarawikh n witir
  6. Menunaikan qiamullail di 2/3 malam
  7. Selawat n beristighfar
  8. Banyakkan berdoa
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari dulu.Istiqamahkan diri antum dalam mengabdikan diri kepada Allah sebagai tanda bersyukur...............Sekian....Wassalam
Wallahu'alam..............................

0 comments: