Assalamualaikum dan salam satu akidah.Terus kepada tajuk...Mesti antum tertnya-tanya kenapa lah malu sgt ni.
Saya rasa selepas saya cerita peristiwa ini psti antum semua akan rasa benda yang sama seperti yang saya rasakan.
Peristiwa ini berlaku semasa saya menaiki sebuah teksi yang dipandu oleh seorang lelaki tua beragama Buddha dua hari lepas.Saya bersama seorang sahabat saya menaiki teksi tersebut untuk ke Summit.Beberapa minit selepas menaiki teksi tersebut,tiba2 uncle tu bertanya soalan kepada kami berdua.
Uncle:Pakai tutup2 muka ni agama apa?
Saya dan sahabat saya saling berpandangan dengan soalan yang xdijangka itu?uncle tu bertnya sebaik shj melihat shbt sy memakai niqab.Saya menjawab soalan uncle tadi.
Saya:Agama Islam uncle.
Uncle:Ohh..Islam.Sama ke dgn yang pakai tutup semua warna hitam tu?
Saya:ha'ah sama.
Uncle:Kenapa nak tutup muka tu?
Saya:Sebenarnya,wanita ni cantik.lelaki selalu memandang wanita ini dengan kecantikan.Jadi,Islam menggalakkan kaum wanita menutup muka bagi mengelakkan diganggu oleh golongan2 lelaki yang tidak baik ini.Pakai niqab ni adalah salah satu perkara yang dibuat oleh isteri2 nabi.
Uncle:Ohh..nak elak diganggu lah.Ni pendapat saya lah.Orang yang pakai elok2...sembahyang kuat ramai je yang mencuri,menipu...Dialah yang kuat solat dan dy jugalah yang kuat mencurinya.Org Buddha pun mcm tu.Yang kuat sembahyang tu lah yang kuat mencurinya.bagi saya yang penting hati.
Saya:Sebenarnya uncle....Dalam Islam,solat dapat mencegah benda2 yang xbaik.Org yang melakukan kejahatan walaupun dia solat kemingkinan solatnya x sempurna.
Uncle:x....yang penting hati..Apa yang saya lihatlah...menteri-menteri tu solat jugak tp.... kuat rasuah.Lebih baik saya ni kerja bawa teksi x menipu org walaupun xkuat sembahyang.
Saya agak tergamam apabila dy mengatakan menteri2.Kalau dalam fikiran kitalah majoriti menteri adalah Melayu Islam.Saya rasa cukup malu dengan kenyataannya.Nak cerita lebih2 tkot dy xfaham.
Kiranya, dy menafikan solat yang Islam anjurkan tu dapat elakkan maksiat selepas melihat contoh2 yang tidak baik yang ditunjukkan oleh orang Islam itu sendiri.Masyaallah...ini fitnah utk Islam.
Selepas lama mendiamkan diri...uncle tu bertnya saya tinggal di mana?Saya menjawab Kuantan,Pahang.
Uncle:Sebenarnya saya geram sangat dengan orang yang kutuk negeri Kelantan.Semua tu Politik semata-mata.
Saya terkesima mendengar kata2 uncle tu.Saya dan sahabat hanya mendengar kata2 uncle tu.
Uncle:Saya puji org2 di Kelantan.Sebab kes kecurian xbnyak.Mana ada dyorg nak mencuri2 ni.Aman je suasana di Kelantan.Dyorg sedap2 je kutuk Kelantan..Pergi dulu lah tgok keadaan Kelantan mcmne.Klau xpernah pergi jgn nak kutuk2.
Itulah ayat2 yang melekat di ingatan saya.Sangat kagum dengan kata2 seorng pakcik yang bukan baragama Islam.
Saya:Uncle....Klau uncle nak tahu,itulah ajaran Islam yang sebenar.Nak tengok Islam yang diamalkan betul2...itulah dy.
Uncle:Betul....saya tahu tu sebenarnya ajaran Islam yang sebenar.Tp,org melayu Islam kat cni xbleh pakai.sedikit pun.. saya xpercaya.Saya ni dah lama bawak teksi...saya thu org melayu kat cni mcmne.org melayu yang naik teksi saya..hmmm..mmg xthu nk ckp.Kat cni..yang melayu lah bohsianya.Kalau kat kelantan,bar,kedai judi mane ada.Kat cni banyak.Kat Kelantan mn ada pemerintah dy halang nak bina tokong besar2.Org bukan Islam dilayan dgn baik kat sna.
Saya:Uncle...agama Buddha pun haramkan judi kan?
Uncle:Ye lah...Buddha pun haramkan judi.mana boleh berjudi.
Saya:Yelah uncle....semua tu sebnrnya atas kebijaksanaan pemerintah dalam memerintah dengan penuh keadilan tanpa RASUAH.Kelantan lah salah satu contoh pemerintahan Islam sebenar.
Uncle thu x?kat kelantan kalau azan kebnykan tempat perniagaan akan tutup utk menunaikan solat.Sikap yg baik mcm tulah menandakan solat mereka sempurna.
Uncle:Betul....
Beberapa minit selepas tu,kami mengakhiri perbualan sbb dah smpai ke tempat destinasi.
Ya Allah...betapa kagumnya saya dengan seorang yang bukan Islam yang boleh berfikiran begitu.Tak thulah kalau org Islam sendiri masih xdpt menilai.Kadang2 sikap sesetengh org Islam yg xbaik inilah yang menjadi fitnah kepada Islam.
Ingtlah sahabat2...kita ini membawa imej Islam.dimana2 shj org memerhatikan kita.Tunjuklah contoh yang baik kepada masyarakat terutamanya non-muslim supaya mereka tertarik dgn ajaran Islam.Jgnlah jadikan diri kita ini sbg fitnah kepada Islam.Malu dgn golongan yang bukan Islam jika kita menunjukkan contoh yg tidak baik sehingga agama kita menjadi fitnah.
Semoga post kali ini dapat menyedarkan kita sebagai umat Islam utk mencontohi sifat baginda s.a.w.Menunjukkan contoh yang baik kepada semua org.
Wallahu'alam....
0 comments:
Post a Comment