BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Saturday, June 19, 2010

~Kelantan.....Serambi Mekah~


Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.Pada post kali ni,saya ingin berbicara secara santai….Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa post kali ini bertajuk “Kelantan….Serambi Mekah”.
Sudah lama saya tidak pulang ke negeri kelahiran saya ini.Selepas kematian mak(nama panggilan untuk nenek sebelah umi),saya dan keluarga jarang pulang ke kampung.Mungkin disebabkan rindu,jadi kali ini saya ingin bercerita tentang Kelantan.
Apa istimewanya negeri Kelantan ni?
Kenapa Kelantan digelar negeri serambi Mekah?

Soalan tersebut sering disoal oleh sahabat2 saya.Kalau nak cerita pasal keistimewaan,rasanya tak habis.Terlampau banyak keistimewaannya.Rasa diri ini sangat beruntung kerana dilahirkan di negeri yang digelar serambi Mekah ini.

Persoalannya.layakkah Kelantan digelar negeri serambi Mekah???
Layak atau tidak ia bergantung kepada kebijaksanaan dan keadilan pemimpin Kelantan dalam melaksanakan syariat Allah dan ketaatan masyarakat di Kelantan kepada pemimpinnya.

Banyak sangat cerita yang ingin saya ceritakan sepanjang pemerhatian saya terhadap negeri ini walaupun tidak pernah menetap di sini.

Apa yang saya lihat di Kelantan ini ialah,rata2 kaum wanita memakai tudung.Jarang sangat nak jumpa perempuan tidak memakai tudung.Rasa janggal kalau tengok perempuan tak pakai tudung di sana.Pernah seorang sahabat saya yang tinggal di Pahang menceritakan bagaimana dia berasa sangat malu kerana memakai jeans n t-shirt semasa  di pasar di Kelantan.(xingat dah psr ape).Dia mengatakan  majoriti perempuan di pasar tu memakai baju kurung. 

Satu hari saya mengikut umi saya ke Pasar Lama,Kota Bharu.Saya pergi ke kedai buku Jaafar Rawas yang berdekatan dengan Pasar Lama utk membeli buku-buku agama.Kitab2 pun banyak di sini spt furu’ masail,bidayatul mujtahid, dsb.Suasana di Kota Bharu ini sgt berbeza dgn ibu negeri lain.Di sini,memakai serban,tudung labuh,dan purdah sudah menjadi kebiasaan.Orang ramai tidak akan memandang mereka dgn pandangan pelik berbanding di negeri2 lain.Hmm…kalau kat lain….pakai tudung labuh pun orang dah pandang pelik inikan pulak nak pakai purdah.Macamlah buat salah….

Ummi saya pernah cerita keadaan di pasaraya Mydin di Kelantan semasa azan berkumandang di masjid berdekatan.Sebaik sahaja azan dilaungkan,semua pekerja di Mydin akan berhenti melakukan kerja.Cashier pun akan stop scan barang bagi menghormati azan.Bayangkanlah!negeri mana lagi yang dapat kita lihat suasana begini.Jangan kata  nak berhenti buat kerja…..tv kat kedai makan  time azan dilaungkan pun xreti2 nak tutup.Memalukan je…

Kalau kita lihat ditepi-tepi jalan,iklan-iklan yang ditayangkan seperti iklan syampu…wanitanya bertudung.Pimpinan Kelantan telah melancarkan kempen menutup aurat.Hal ini dapat mengurangkan kadar jenayah seperti rogol,zina dsb.

Ha!satu lagi yang ingin saya ceritakan ialah bahasa kelantan ini susah sgt nak ditiru…mmg boleh cam lah kalau org tu bukan org kelantan pure kalau nak tiru ckp Kelantan.Lagi istimewa,orang cina dan india di negeri Kelantan mmg petah bercakap Melayu.Mereka fasih berbahasa Kelantan.Kadang2 xsgka pun mereka Chinese.Dari segi pakaian pun mereka ikut cara Melayu.Perkara ini boleh mengekalkan semangat perpaduan.

Ada lagi satu yang saya nak kongsi.Ingat x dulu…..Penyanyi Mawi pernah datang ke Kelantan buat konsert.Masa tu Tuan Guru NIk Aziz pun ada.Yang bagusnya ialah,penonton perempuan dan lelaki diasingkan.Tindakan Tuan Guru NIk Aziz membenarkan Mawi buat konsert ini ialah mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa berhibur tidak salah selagi kita menjaga batas2 yang ditetapkan Islam.Mengasingkan penonton lelaki dan wanita ini satu perkara yang wajib dilakukan.Kalau tengok konsert dalam tv,ikhtilat yang haram berlaku.Percampuran lelaki dan perempuan berleluasa.Perkara ini boleh menyumbang kepada gejala penzinaan dan maksiat.

Sebenarnya,perkongsian saya ini adalah semata2 ingin memberikan ilmu kepada sahabat2.Bukan tiada langsung jenayah di Kelantan.Jenayah tetap ada tetapi usaha2 untuk mengurangkan jenayah banyak dilakukan mengikut Al-Quran Dan As-Sunnah.Bagi sahabat2 yang tidak pernah berkunjung ke Kelantan….antum amat dialu-alukan untuk ke sana bagi melihat sendiri biah solehah yang ditunjukkan di negeri Kelantan.Sesungguhnya,untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian,ajaran Islam dan hukum2 yang Allah telah tetapkan wajib dilaksanakan.Tidak perlu dibahaskan hukum2 yang telah Allah tetapkan.
WALLAHU ‘ALAM………

2 comments:

Anonymous said...

Sape yang kata serambi mekah kat kelantan tu? Kalau aceh memang dh tahu ulamak arab bagi.jadi mekah ada 2 serambi?

Netz said...

salahkah mekah ada 2 serambi?