BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Saturday, June 12, 2010

~Palestin Oh Palestin~


Syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi Allah ini.Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Sudah lama rasanya saya tidak meng ‘update’ blog ini.Mungkin disebabkan cuti,maka otak pun ‘bercuti’.(alasan semata2)…

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kekejaman Israel dimana tentera Israel telah menghalang dan menawan kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.Isu kekejaman kaum Yahudi ini sudah lama diperkatakan.Semenjak kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah,mereka begitu memusuhi Islam.Mereka ingin menghapuskan Islam di muka bumi ini bagi memastikan agama mereka yang terbaik.
Tetapi Allah telah berfirman di dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud, 
‘Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah Islam’.
Sebenarnya,masih ramai dalam kalangan umat Islam sendiri tidak mengetahui apa yang terjadi di Palestin.
‘Apa yang terjadi di Palestin?’
‘Kenapa Israel nak serang Palestin?’
Ini adalah soalan yang ditimbulkan oleh umat Islam.Dari sini,kita dapat lihat masih ada umat Islam yang tidak mengetahui apa yang terjadi di Palestin dan kekejaman Israel?

Belum lagi ditanya apakah itu Al-Quds?Cerita pasal Al-Quds ni,mengingatkan saya sewaktu kali pertama menyampaikan tazkirah di hadapan pelajar2 sekolah menengah dulu bagi mengisi waktu antara Maghrib dan ‘Isyak.Tajuk yang saya sampaikan ialah Al-Quds.Sebelum memulakan tazkirah saya menyoal seorang junior lelaki tentang apa itu Al-Quds.Dia menjawab hujan sebab kebetulan masa tu waktu hujan.Takpelah mungkin Al-Quds ramai tak tahu tetapi apabila disebut Masjid Al-Aqsa ramai akan tahu.
Berbalik pada perbincangan tentang Palestin ini….
Agama apakah yang merebut Palestin?
1)      Islam
2)      Yahudi
3)      Kristian
Kenapa Palestin ini penting pada umat Islam?
1) Terdapat Masjid Al-Aqsa
Apa pentingnya Masjid Al-Aqsa?
1) Kiblat pertama umat Islam sebelum Masjid Al-Haram
2) Bumi Anbiya’
3) Masjid kedua dibina selepas 40 tahun pembinaan Baitullah Al-Haram
4) Tempat ke-3 paling suci bagi umat Islam
5) Rasulullah menjadi Imam bagi para nabi serta rasul.Ini simbol Rasulullah pemimpin mereka.

Apa yang berlaku di Palestin ?
Sedarlah! Palestin kini dikepung oleh tentera Israel.Rejim Zionis telah menawan Palestin pada tahun 1948.Kepungan ini telah berlaku sejak 60 tahun lebih yang lalu.
Pelbagai kekejaman yang dilakukan oleh Israel ini.Mereka telah membunuh umat Islam dan melakukan kemusnahan demi kemusnahan dengan tujuan menghapuskan bangsa dan tamadun Palestin di muka bumi ini.Mereka ingin menguasai Palestin kerana denagn menguasai Palestin seolah-olah menguasai dunia.

Bagaimana pula dengan perjuangan Hamas di Palestin?

Hamas telah diasaskan oleh Sheikh Ahmad Yassin yang telah berjuang membela nasib rakyat Palestin sejak sebelum wujudnya gerakan Intifada pada 1987.Hamas memperoleh 2/3 kerusi parlimen.Mereka turuta menjemput Fatah untuk membuat kerajaan campuran,namun ditolak.Ini membuktikan kepimpinan Hamas mementingkan perpaduan walaupun mereka layak membentuk kerajaan sendiri.Sebaik membentuk kerajaan,30 orang lebih ahli parlimen dan pegawai Hamas telah ditangkap dan dipenjarakan.Hamas diminta mempersetujui syarat yang tidak masuk akal.Pertama,Hamas diminta mengiktiraf negara Israel,kedua mematuhi perjanjian sebelum ini,dan ketiga adalah meletakkan senjata.Ini adalah tipu muslihat Yahudi laknatullah.Mereka juga berjaya menghasut Fatah untuk memusuhi Hamas.Lebih kuramg 2000 orang tentera Hamas menjaga di sempadan Gaza.Dan kesemuanya menghafal 30 juzuk Al-Quran.Subhanallah….

Biarpun Yahudi dianggap manusia paling bijak di dunia ini tetapi kerana tiada iman di hati,maka hilanglah harga diri mereka.Sebagai saudara seislam,marilah kita sama-sama kita menghulurkan bantuan dan sokongan kepada perjuangan Palestin.Jika tiada kemampuan dari segi harta,memadailah dengan mendoakan kemenangan pada umat Islam dan menghancurkan Yahudi laknatullah.Ayuh! sahabat dan sahabiah sekalian,marilah kita sama2 memboikot barangan keluaran Yahudi yang menyumbang kepada kehancuran umat Islam..Sokonglah barangan buatan umat Islam….
Sesungguhnya,umat Islam di Palestin adalah umat Islam yang terpilih untuk mati syahid dan berjuang untuk agama.Mereka diperangi kerana dengan hanya mereka mengucapkan kalimah syahadah.TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sebenarnya banyak lagi maklumat tentang Palestin yang ingin dikongsi.Tetapi,buat masa ini,inilah sahaja yang dapat dikongsi berkaitan dengan Palestin.Kalau tulis banyak,takut tidak sempat dibaca.Insyaallah…. kalau diizinkan Allah,saya akan sambung lagi tentang Isu Palestin.
WALLAHU’ALAM……………..

0 comments: