BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Sunday, April 11, 2010

Bengkel Penulisan Novel Islam


Assalamualaikum..Rasanya sudah lama saya tidak update blog ni.Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk update blog ni.Ini merupakan post kedua dalam blog ni.Syukran jazilan kepada sahabat saya,Aisyah Meor dan Najwa kerana membantu saya dalam mencantikkan blog ni.

Pada 10 April 2010,saya berasa cukup bertuah kerana diberikan kesempatan untuk menghadiri bengkel penulisan Islam yang dianjurkan Kelab Rakan Masjid IPTHO.Penceramah yang dijemput tidak asing lagi dalam kalangan peminat novel Islam.Beliau ialah Ustaz Yazid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar,penulis buku bestseller, ‘Salju Sakinah’.Perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh kata2 kerana akhirnya Allah pertemukan juga saya dengan Zaid Akhtar.Banyak ilmu yang ditimba sepanjang bengkel yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 1.30 petang.

Selepas menghadiri bengkel tersebut,barulah saya sedar betapa pentingnya kita sebagai umat Islam berdakwah menerusi medium penulisan.Sejak akhir-akhir ini,dunia penulisan novel Islam mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutamanya selepas lahirnya novel ‘ayat-ayat cinta’ hasil karya penulis dari seberang.Peminat2 novel sebenarnya dahagakan novel2 yang berunsur islamik.

KENAPA KITA PERLU BERDAKWAH DENGAN PENULISAN?

1) Ibadah yang perlu dipikul

2) Sebagai wasilah dan matlamatnya adalah Islam

Pengarang seharusnya berdakwah kerana sebagai umat islam,kita berperanan sebagai khaira ummah.Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 110,

110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Melalui novel Islam inilah akan memberikan kita ilmu yang mendalam tentang syariat Islam.Watak-watak yang baik yang ditonjolkan dalam novel Islam ini sedikit sebanyak menjadi ikutan kepada muda-mudi.Novel Islam seperti ‘tautan hati’ yang ditulis oleh Fatimah Syarha banyak memberikan kita input tentang ajaran Islam yamg sebenar seperti pentingnya mempunyai sahabat yang sejati,keutuhan institusi keluarga dalam mentarbiyah diri menjadi insan soleh dan solehah.Melalui pengalaman saya sendiri selepas membaca novel Islam ini,banyak perbendaharaan kata dalam bahasa Arab dapat dipelajari.Latar tempat kebanyakannya di Timur Tengah dan budaya-budaya masyarakat Arab ditonjolkan.

Akhir sekali,saya sarankan kepada sahabat dan diri saya sendiri agar menceburkan diri dalam penulisan Islam selain menyokong industri penulisan novel Islam di Malaysia.Sesungguhnya Allah tidak memandang hasil tetapi Allah memandang usaha yang kita lakukan untuk menaikkan martabat Islam.

0 comments: