BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Thursday, April 22, 2010

Bagaimana kita????

Assalamualaikum... Hanpir dua minggu saya tidak mengupdate blog ini kerana banyak tugasan yang perlu dibereskan.Alhamdulillah,amali bahasa Arab telah selamat dijalankan.Sekarang sedang menunggu amali hafazan sesi kedua.Syukur Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar dengan izinNya.

Ikhtilat?????
Sesungguhnya menjadi kewajipan bagi seseorang muslimin-muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul itu menjauhi ikhtilat yang haram antara lelaki dan perempuan. Hendaklah seorang wanita itu apabila telah cukup ilmu dan fahamnya dan terlibatnya di dalam dakwah untuk memastikan dirinya jauh dari ikhtilat (percampuran lelaki-perempuan) yang bukan mahramnya.
Perlanggaran batas-batas pergaulan muslimin-muslimat masih terjadi dan hal ini mungkin disebabkan kerana :
1. Belum mengetahui batas-batas pergaulan.
2. Sudah mengetahui, namun belum memahami.
3. Sudah mengetahui namun tidak mahu mengamalkan.
4. Sudah mengetahui dan memahami, namun tergelincir kerana lalai.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Pelanggaran batas-batas pergaulan Ikhwah dan Akhawat masa kini...
1. Tidak Menundukkan Pandangan ( Gadhul Bashar )
Bukankah ada pepatah yang mengatakan, ” Dari mana datangnya cinta ? Dari mata turun ke hati”.

2. Couple
Duduk berdua di taman-taman, tepi-tepi malah ada yang lebih licik dengan menggunakan platform rasmi yang bernama ‘meeting’ ditempat2 yang mencurigakan.

3. “Chop awal2″ Untuk berkahwin
Fenomena begini sering berlaku,chop awal2 untuk berkahwin terutamanya golongan yang masih belajar.Ikhwah takut akhawat dikebas orang.Dengan kata mudah ‘kalau rasa diri sudah berpunya dan serius dalam hubungan, eloklah dipercepatkan urusan akad antara keduanya takut-takut terjerumus kekancah maksiat. Justeru, mana mungkin hubungan suci suami isteri akan terbina kekal di atas timbunan sampah kemaksiatan. ‘

4.Telefon Tidak ‘Urgent’
Menelefon dan berborak tidak tentu arah yang tidak ada nilainya sama ada soal pengajian mahupun atau soal tugas berpersatuan.Ada yang menggunakan kemudahan ini dengan sesi luahan hati,bertanya khabar dan perkara yang tidak syar'i.

5.Berbicara Mendayu-Dayu
Bercakap sambil tertawa kecil dan terdengar sedikit manja.Bukankah Allah berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 32
'Wahai isteri-isteri nabi!kamu tidak seperti perempuan2 lain jika kamu bertakwa..Maka jgnlah kamu tunduk(melemah lembutkan suara)dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yg baik'.
Walaupun ayat ini menyebut isteri-isteri nabi,ia wajiblah dipraktikkan dalam kehidupan seorang muslimah yang lain.Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Al-Quran dulu baru kita nak ikut.'Wahai si fulanah bt Fulan......
Layakkah kita untuk disebut nama dalam Al-Quran...Fikir-fikirkan
Ikhtilat antara ikhwah dan akhawat, bagaimana dengan kita? Adakah kita terlibat sama?.


Ingatlah wahai sahabat dan sahabiah....

Syaitan akan menggunakan pelbagai cara untuk menipu kita!Syaitan akan cuba membuatkan kita rasa perkara yang haram itu halal.
Sesungguhnya telah tercatat nama pasangan kita di luh mahfuz..Insyaallah sahabat-dan sahabiah,masanya akan tiba.Isbir!
Untuk memperoleh pasangan yang soleh adalah bermula dari kita.Jgn mengharapkan pasangan kita yang berubah..ttpi,kitalah yang perlu mengubah diri kita ke arah kebaikan.
Wallahu'alam

Wednesday, April 14, 2010

Isbiri...Ya Ukhti

Assalamualaikum dan selamat memperbaharui iman.Syukur kehadrat Allah kerana mengurniakan hambanya ini dengan nikmat Iman dan Islam insyaallah.Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang diperoleh semasa menemani sahabat saya di hospital.
Baru-baru ini,sahabat saya dimasukkan ke dalam hospital kerana beberapa masalah yang dihadapi.Saya cukup bertuah kerana diberikan kesempatan oleh Allah untuk menemani sahabat saya,Shahida sehingga malam.Pada mulanya,kami tidak menyangka dia akan dimasukkan ke dalam wad kerana keadaannya sudah kembali stabil setelah rawatan pada waktu pagi.Apabila kami mengangkatnya masuk ke dalam kereta maktab,malangnya keadaannya kembali serius.Akhirnya,kami mengangkatnya semula masuk ke dalam wad kecemasan.Dua orang daripada sahabat saya telah pulang dan tinggallah saya dan K.Nadiah bagi menemani Ida mendapatkan rawatan.Beberapa minit kemudian,kami mengiringinya ke dalam wad.Saya berasa sedih melihat keadaan sahabat saya.Dia mengerang kesakitan.Ramai yang memerhatikan kami semasa cuba menenangkannya.Beberapa ketika,Najwa dan K.Nadiah membersihkan diri Shahida.Tepat jam 7.50 malam,k.nadiah dan Najwa pulang ke kolej kediaman meninggalkan saya seorang diri untuk menguruskan Shahida kerana hanya seorang sahaja yang boleh menemani pesakit.Sbnarnya,saya agak kekok sikit menguruskan seorang diri.Alhamdulillah,Allah bagi kemudahan kepada saya.
Saya berasa sedikit lega apabila Ida melelapkan mata.Kesakitan yang dialaminya kembali reda.Datang seorang doktor pelatih perempuan dari IMU ke katil Ida.Kami besembang-sembang.Bbrapa ketika,seorang nurse yang agak berumur menegur saya dengan nada yang tinggi.Dia mengatakan bahawa saya tidak boleh menemani sahabat saya pada waktu malam.Saya berasa agak terkejut kerana maklumat yang saya dapat membolehkan saya menemaninya.Jam 10.00 malam saya baru dapat makluman perkara tersebut.Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya pada ketika itu.Saya rasa cukup2 nak marah dan kalau ikutkan hati dah lama saya tengking nurse tu.Mula2 ckp boleh.Last2 xboleh.Alhamdulillah saya masih boleh bersabar dan hormat nurse tu sbgai orang yg lebih tua.Fikiran tersngatlah buntu memikirkan bgaimn nk blik ke hostel dan meninggalkan Ida yg terlantar sakit itu.Pada waktu malam macam tu,memang susah nak balik.Pada mulanya saya buat endah tidah endah sahaja tapi selepas disuruh oleh pengawal untuk keluar dari wad tu, terpaksa lah keluar dengan perasan yang bercelaru. Setelah cuba meminta tolong daripada senior untuk mengambil saya di hospital,akhirnya ada senior yang ikhlas yang sanggup berkorban masa,tenaga dan keretanya untuk mengambil saya walaupun busy dengan praktikum.

Sebenarnya,melalui cerita yang saya kongsi ini,banyak pengajaran yang boleh diambil.Apa yang saya ingin sampaikan di sini adalah keikhlasan kita dalam sstu perkra terutamanya dalam persahabatan.Klu nak tgk seorang shbt yang betul2 sahabat tengoklah ketika kita dalam keadaan kesusahan.Sanggup membantu walaupun dlm keadaan busy dan letih.Tidak kisah lah siapa org yang ingin dibantu.Sama ada baik dgnnnya atau tidak!!!!

Tidak susah untuk menggembirakan orang lain.Mungkin hanya dengan kata2,mungkin dengan senyuman,ataupun doa.Berilah kegembiraan kepada orang lain,kegembiraan itu akan datang kepada kita semula.
Ha! Tidak lupa juga keikhlasan dalam menjalankan tugas.Kita sebagai umat Islam seharusnya menjalankan tugas dgn penuh ikhlas dan rasa tanggungjawab.Jgn melepaskan batuk di tangga sahaja. Barulah rezeki yang diperoleh itu mnjadi Berkat!!!!

Sepanjang saya menjaga Ida,banyak pengalaman yang diperoleh.Pengalaman ini saya akan apply pada masa akn datang.Rasanya baru beberapa hari lepas saya melihat kegembiraan di wajah Ida.Sekejap sahaja Allah menarik nikmat sihat daripada hambanya.So,kita mestilah menghargai nikmat kesihatan yang diberikan Allah sebelum nikmat itu ditarik.Segala kesakitan yang Allah berikan adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kita.Allah tidak akan membebani hamba2Nya jika bukan pada kemampuannya…Sentiasalah berbaik sangka dgn Allah.

*Asif jiddan kepada sesiapa yang terasa.Bukan niat untuk memburukkan tetapi sekadar peringatan kepada diri ini dan sahabat2 sekalian.Jadilah sahabat sejati dulu sebelum kita inginkan seorang sahabat sejati.
عند الشدائد تعرف الاصحاب'
'Pada waktu musibah berat barulah tahu siapakah kawan'

*Syukran jazilan kepada K.Nadiah,Aini,Najwa,ibu bapa najwa kerana sama2 bersusah payah membantu sahabat kita di dalam wad.

*Syukran jazilan kepada K.Azizah dan K.Asyikin kerana bersusah payah mengambil saya pada waktu malam di hospital.

*Wa akhiran,syukran kepada sahabat2 dan senior2 yang prihatin.
*SYAFAKILLAH YA UKHTI, SHAHIDA……


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, April 11, 2010

Bengkel Penulisan Novel Islam


Assalamualaikum..Rasanya sudah lama saya tidak update blog ni.Syukur Alhamdulillah kerana diberi kesempatan oleh Allah untuk update blog ni.Ini merupakan post kedua dalam blog ni.Syukran jazilan kepada sahabat saya,Aisyah Meor dan Najwa kerana membantu saya dalam mencantikkan blog ni.

Pada 10 April 2010,saya berasa cukup bertuah kerana diberikan kesempatan untuk menghadiri bengkel penulisan Islam yang dianjurkan Kelab Rakan Masjid IPTHO.Penceramah yang dijemput tidak asing lagi dalam kalangan peminat novel Islam.Beliau ialah Ustaz Yazid atau lebih dikenali sebagai Zaid Akhtar,penulis buku bestseller, ‘Salju Sakinah’.Perasaan yang tidak dapat digambarkan oleh kata2 kerana akhirnya Allah pertemukan juga saya dengan Zaid Akhtar.Banyak ilmu yang ditimba sepanjang bengkel yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 1.30 petang.

Selepas menghadiri bengkel tersebut,barulah saya sedar betapa pentingnya kita sebagai umat Islam berdakwah menerusi medium penulisan.Sejak akhir-akhir ini,dunia penulisan novel Islam mendapat tempat di hati rakyat Malaysia terutamanya selepas lahirnya novel ‘ayat-ayat cinta’ hasil karya penulis dari seberang.Peminat2 novel sebenarnya dahagakan novel2 yang berunsur islamik.

KENAPA KITA PERLU BERDAKWAH DENGAN PENULISAN?

1) Ibadah yang perlu dipikul

2) Sebagai wasilah dan matlamatnya adalah Islam

Pengarang seharusnya berdakwah kerana sebagai umat islam,kita berperanan sebagai khaira ummah.Sebagaimana firman Allah dalam surah Ali ‘Imran ayat 110,

110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Melalui novel Islam inilah akan memberikan kita ilmu yang mendalam tentang syariat Islam.Watak-watak yang baik yang ditonjolkan dalam novel Islam ini sedikit sebanyak menjadi ikutan kepada muda-mudi.Novel Islam seperti ‘tautan hati’ yang ditulis oleh Fatimah Syarha banyak memberikan kita input tentang ajaran Islam yamg sebenar seperti pentingnya mempunyai sahabat yang sejati,keutuhan institusi keluarga dalam mentarbiyah diri menjadi insan soleh dan solehah.Melalui pengalaman saya sendiri selepas membaca novel Islam ini,banyak perbendaharaan kata dalam bahasa Arab dapat dipelajari.Latar tempat kebanyakannya di Timur Tengah dan budaya-budaya masyarakat Arab ditonjolkan.

Akhir sekali,saya sarankan kepada sahabat dan diri saya sendiri agar menceburkan diri dalam penulisan Islam selain menyokong industri penulisan novel Islam di Malaysia.Sesungguhnya Allah tidak memandang hasil tetapi Allah memandang usaha yang kita lakukan untuk menaikkan martabat Islam.