Alhamdulillah...'ala kulli hal..Lega sedikit selepas tiga paper dah lepas.Tinggal satu paper lagi utk teruskan perjuangan di Dewan Sri Budiman..Walau apa pun,saya berasa cukup bertuah kerana masih diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalani exam.Tanpa kite sedari,hari ni dah masuk 6 zulhijjah 1431.Tinggal beberapa hari lagi untuk jemaah2 haji wukuf di Arafah dan umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban.Sudah pasti sambutan Hari Raya Korban lebih meriah di Mekah dengan jutaan umat Islam berkunjung ke sana dengan niat yang satu iaitu menunaikan haji dan umrah kerana Allah.Tatkala memandang gambar masjidil haram..masih segar di ingatan binaan yang dibina Nabi Ibrahim dan anaknya,Ismail walaupun sudah 2 tahun kenangan itu berlalu.Alhamdulillah,saya diberi kesempatan oleh Allah utk mengerjakan umrah di Mekah semasa di tingkatan lima.Saya nak berkongsi cerita dengan pembaca2 betapa gembiranya saya kerana menjadi pilihan Allah utk menunaikan umrah di sana.Cerita ini buknlah utk membangga diri dan jauh sekali riak.Harap dijauhkan perasaan ini Ya Allah.Cuma,saya ingin berkongsi tentang kekuasaan Allah kpd sahabat2.Inilah pengalaman yang paling manis yang tidak akan saya lupakan sampai bila2.
Pada bulan April tahun 2008,saya bersama umi,ayah n adik-beradik yang lain berangkat ke Mekah utk mengerjakan umrah dgn menaiki Srilankan Airlines.(murah ckit)...Yang seronoknya,kami transit di Sri lanka dlu beberapa jam sebelum tiba di Jeddah.Sempatlah saya menikmati keindahan alam di Sri Lanka.
Sebenarnya,bukan mudah utk saya sampai di Mekah ni.Saya terpaksa berhadapan dgn pengetua nak mintak keizinan pergi sebab mase tu bukan cuti sekolah.Pengetua saya ni...dia xberani nak benarkan...cuma dy bagi hint lah supaya saya teruskan niat utk ke sana.Saya ingat apa yang ayah saya cakap sebelum kami berangkat ke sana,'Nak pergi Mekah jadi tetamu Allah ni bukan senang2...Kne banyk buat solat hajat.solat taubat..Ada je yg dah tempah tiket...tp,last2 xdpt pergi.Yg kaya pun belum tentu boleh dtg.Masa tu,ada lah juge rase takot.Takut xdpat jadi tetamu Allah.
Masa kami smpai kat Jeddah dalam waktu Maghrib,Pakcik saya(adik umi) n keluarganya yg menetap kat sne dtg jemput.Lps tu,kami bertolak ke Madinah dlu.Smpai kt Madinah dah nak Subuh.Lama betul perjalanan.Klu sekarg naik kereta dah rse jauh....Nabi Muhammad dan Abu Bakar ,shbt2 Nabi yg lain berhijrah ke Madinah dri Mekah lagi lah jauh dgn hnya menaiki unta...Masyaallah,hebat pengorbanan umat Islam dahulu.
Subuh Pertama Di Masjid Nabawi Madinah
Pergi ke masjid jalan kaki je dari hotel.xterasa jauh pun.Rase seronok sgt. xsbr2 nak tgok Masjid Nabawi yang didalmnya ada jasad kekasih Allah.Kami tiba lambat ckit kat masjid.Baru je lps azan.Masjid dah penuh.Terpaksalah saya solat subuh diluar masjid.Betul2 depan pintu.Saya solat sebelah sorang makcik.Muka arab lah.Xpasti negara mane.Time dah rakaat kedua mse bacaan al-fatihah,tiba2 beg kat depan makcik ni jatuh..lps tu dy duduk ambil beg tu dan ltk kat tmpat asal dpn dy.Mmg xkhusyuk lah saya solat.Saya terkejut jgak.Tapi,alhamdulillah..umi saya pernah cerita, kat sana macam2 mazhab yang ada.jadi,xpayah peliklah klu tgok keadaan mcm tu.Lps habis solat,kami pergi jln2 sekitar masjid.Ingat nak pergi lawat makam Nabi,tapi..muslimat hanya dibenarkan masuk slps Zohor.Nak ke perkuburan Baqi' pun xboleh msuk...cuma dapat tgok dari luar je..Rase mcm xpercaya dah berada di Madinah di hadapan Masjid yang dibina Nabi Muhammad.Macam2 jenis manusia dari seluruh pelosok dunia dapat saya lihat.Mereka mmg bersungguh2 dalam beribadat pada Allah.Air mata mereka berjurai2 jatuh semasa berzikir..Subhanallah kagum saya melihat kesungguhan mereka.Lps Zohor,terus kami bergegas ke pintu masuk ke Makam Rasulullah.Walaupun dh cepat...rupa2nya ribuan org dah memenuhi ruang tersebut.
Selama 3 hari di Madinah,banyak kenangan yang xdpt dilupakan.Saat melawat tmpat berlakunya perang Uhud(Bukit Uhud),Makam para syuhada' Uhud,Masjid Qiblatain,Masjid Quba',kebun kurma akan sentiasa diingatan....
Betullah apa yang saya dgr sblum ni,orang Madinah ni ramah2.Masa mula2 berjalan depan kedai mereka..dgr mereka cakap Melayu sebaik shj melihat kami.(taktik menarik pelanggan).'Selamat datang..Malaysia Boleh...Malaysia bagus'...itulah ayat yg biasa diungkapkan mereka.Kami sempat solat jumaat di sana sblum bertolak ke Mekah.Ya Allah..Allah shj yg tahu betapa sedihnya hati nak meninggalkan bumi barakah tu.Terfikir juga..knpa saya rse sayu yg pelik...maybe disebabkan ada jasad Rasulullah di bumi Madinah ni.
Selamat tinggal Madinah.Semoga ini bukan kali terakhir aku ke sini...
Masjidil Haram yang dinanti-nantikan
Kali pertama menjejakkan kaki di dalam Masjidil Haram....Allah shj yang tahu debaran hati ini.Tak sbar2 nak tgok kiblat umat Islam..Masuk je di pintu masjid (dah xingt pintu no brapa)..melangkah je beberapa langkah ke hadapan...terus saya nmpk kaabah.Alhamdulillah...dapat nmpak dgn jelas.Masa tu b'jlnn ngn ayah ke sana.
'Nmpak x kaabah'.Ayah menyoal.
'Nampak......
Terus ayah bwa saya utk tawaf bermula di hajarul aswad.Memang kekok mase mula2 tawaf sbb tkot bahu kiri tidak melurus ke dinding kaabah.Lepas shj habis tawaf,ayah suruh solat sunat di hadapan multazam.(antara hajar aswad dan pintu kaabah).Dengan kuasa Allah,air mata yang selama ni susah sgt nk keluar..akhirnya tumpah jua di hadapan Multazam.Saya yakin semua yang pergi dan berada di hadapan multazam jarang tidak menangis.Sebaik shj solat,saya menuju ke luar masjid yang terletaknya Bukit Safa n Marwah utk lngkapkan rukun umrah dgn melakukan sa'ie sbnyk 7 kali dan bercukur/memotong sedikit rambut.
Sahabat2 saya selalu bertanya...ada x peristiwa pelik berlaku kat sne.Biasanya sape2 yang g Mekah ni mesti ada peristiwa pelik yang berlaku...
Hmmmm......bermacam2 keajaiban Allah saya dapat lihat di sana.Memang kata2 yang diucapkan mestilah hati2...Sebenarnya,bukan di sana shj,di setiap kwsn Bumi Allah ini kite mesti jaga tutur kata.Cuma,di sana..Allah bagi balasan dgn cepat.
Masa pergi solat subuh dgn ayah,saya ltklah selipar di tmpat rak kasut dlm msjid...Masa tu terdetiklah dalam hati..'Takotlah hilang slipar ni..
Memang hilang betul selipar tu.Lps je solat Subuh...nak g ambil selipar,mmg dah lesap.Terpaksalah ayah saya berkaki ayam ke hotel sbb bagi anknya memakai seliparnya.
Pengajaran dari cerita ini ialah....kita mesti yakin dgn sebenar2 yakin dgn Allah taala dan tawakkal padaNya.Allah pasti menjaga hak kite jika kita yakin.
Saya berkesempatan menziarahi Padang Arafah...(sempt naik unta kat situ),Gua thur(hanya lihat dari bawah),dan mcm2 tmpat lagi.Terdetik di hati..'Inilah tempat yang Rasulullah pijak dahulu..dan sekarang aku dpt menjejakkan kaki di tmpat ini..
Sebenarnya byk lagi yg ingin dikongsi..Tp,xpelah..dah byk sgt menulis.Tkot2 xlarat org nak baca.Pengalaman berada 2 minggu di sna tidak akan saya lupakan.Semoga ini buknlah terakhir buat diri ini menjejakkan kaki di sana.
1 comments:
Harrah's Philadelphia Casino and Racetrack - JTM Hub
Harrah's Philadelphia 속초 출장안마 Casino and Racetrack. 777 Casino Center Dr. 시흥 출장안마 Philadelphia, 아산 출장샵 IN 43101. 보령 출장샵 (877) 977-4263 or visit Website. http://harrahscotland.com. 영천 출장안마
Post a Comment