Assalamualaikum shbt n sahabiyah sekalian..Asif jiddan kerana hmpir 2 minggu saya membiarkan blog ini 'bersawang'...Terkesan dgn perkongsian di blog Hilal Asyraf yg bertajuk Blogger=Dai'e.Antara isinya ialah supaya konsisten dalam meng'update' blog.Terkena pada diri saya sbb mmg dah lama tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini.Maklumlah, mood pun ber'cuti' apabila dalam musim cuti ni.
Alhamdulillah,akhirnya Allah Ya Baari' menggerakkan juga tangan ini utk menulis sstu utk dikongsi bersama shbt2.
Dalam beberapa minggu berada di rumah,bermacam2 pkr telah berlaku..Hanya Allah yg tahu betapa seronoknya berada di rumah.Makan masakan umi,main ngn sepupu dari Klang,main ngn kucing.
Sebut je pasal kucing ,mmg byk cerita psl kucing ksyngn ayah ni.Kucing yang kami bela ni mmg sgt disayangi ayah.Ayah lah yg mula2 merawat ia masa ia mula2 dtg kat umah.Tiap2 hari ayah akan sapu minyak kayu kapur pd luka kucing.Ayah panggil kucing ni adik.Kami adik-beradik mmg xreti nk pegang kucing kecuali adik lelaki saya.Kesian dy sbb xpernah dibelai..bukan geli tp,xbiasa nak pegang.Takut dicakar.
1.Oktober 2010
'Assalamualaikum,adik bongsu dah beranak.' kata ayah sebaik shj saya menjawb panggilan telefon.
'Ha???Saya terkejut..Adik bongsu??Siapa??
Ohh....kucing ke??/Dah beranak eh..Anak berapa ekor ,ayah??
'A'ah kucing dah beranak.4 ekor anak.
..........................................................................................................................
Lama jugaklah xbalik kat rumah.Masa balik rumah.Ayah dah buat sangkar utk kucing2nya sbb ummi dah bising.Anak-anak kucing tu berak kat atas karpet...ish2..kesian ummi kne bersihkan karpet n hlamn rumah..
Ingt anak2 kucing ni dah insaf xnk berak kat ats karpet.Rupa-rupanya,3 hari lps,anak kucing yg warna hitam putih berak kat atas karpet buat kali kedua.Yang lagi menggeramkan,anak kucing ni berak kat atas kasut saya.Memang nak kne anak kucing ni.
Saya dan 2 org sepupu saya membasuh karpet n halaman rumah..Mmg saya membebel kat anak kucing tu.
'Kucing ni macam kite jgk kan??Kalau kne marah dy diam je...'kata sepupu saya.
Kesian lah pulak kat anak kucing tu...
Ayah ckp kne sayang kucing sbb kucing ni binatang kesayangan Rasulullah.
Kucing pun binatang kesayangn shbt yg byk menghafal n meriwytkan hadis iaitu Abu Hurairah.Beliau digelar Abu Hurairah oleh nabi kerana sifatnya yg sgt cintakan kucing.
Ha...masih belum terlambat utk saya ucapkan sanah helwah ya akhi zaki ,my brother in-law yg disambut pada 30 November 2010.
0 comments:
Post a Comment