BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Tuesday, November 30, 2010

~My beloved......~

Assalamualaikum shbt n sahabiyah sekalian..Asif jiddan kerana hmpir 2 minggu saya membiarkan blog ini 'bersawang'...Terkesan dgn perkongsian di blog  Hilal Asyraf  yg bertajuk Blogger=Dai'e.Antara isinya ialah supaya konsisten dalam meng'update' blog.Terkena pada diri saya sbb mmg dah lama tidak mencoretkan sesuatu di dalam blog ini.Maklumlah, mood pun ber'cuti' apabila dalam musim cuti ni.
Alhamdulillah,akhirnya Allah Ya Baari' menggerakkan juga tangan ini utk menulis sstu utk dikongsi bersama shbt2.
Dalam beberapa minggu berada di rumah,bermacam2 pkr telah berlaku..Hanya Allah yg tahu betapa seronoknya berada di rumah.Makan masakan umi,main ngn sepupu dari Klang,main ngn kucing.
Sebut je pasal kucing ,mmg byk cerita psl kucing ksyngn ayah ni.Kucing yang kami bela ni mmg sgt disayangi ayah.Ayah lah yg mula2 merawat ia masa ia mula2 dtg kat umah.Tiap2 hari ayah akan sapu minyak kayu kapur pd luka kucing.Ayah panggil kucing ni adik.Kami adik-beradik mmg xreti nk pegang kucing kecuali adik lelaki saya.Kesian dy sbb xpernah dibelai..bukan geli tp,xbiasa nak pegang.Takut dicakar.

 1.Oktober 2010

'Assalamualaikum,adik bongsu dah beranak.' kata ayah sebaik shj saya menjawb panggilan telefon.
'Ha???Saya terkejut..Adik bongsu??Siapa??
Ohh....kucing ke??/Dah beranak eh..Anak berapa ekor ,ayah??
'A'ah kucing dah beranak.4 ekor anak.
..........................................................................................................................

Lama jugaklah xbalik kat rumah.Masa balik rumah.Ayah dah buat sangkar utk kucing2nya sbb ummi dah bising.Anak-anak kucing tu berak kat atas karpet...ish2..kesian ummi kne bersihkan karpet n hlamn rumah..
Ingt anak2 kucing ni dah insaf xnk berak kat ats karpet.Rupa-rupanya,3 hari lps,anak kucing yg warna hitam putih berak kat atas karpet buat kali kedua.Yang lagi menggeramkan,anak kucing ni berak kat atas kasut saya.Memang nak kne anak kucing ni.
Saya dan 2 org sepupu saya membasuh karpet n halaman rumah..Mmg saya membebel kat anak kucing tu.


Semangat sepupuku membersihkan karpet...
Teruskan usaha...



Anak kucing selepas kene marah....Kesiannya..
Marajuk agaknya..hehe


'Kucing ni macam kite jgk kan??Kalau kne marah dy diam je...'kata sepupu saya.

Kesian lah pulak kat anak kucing tu...


Kesejukan.
Dibersihkan selepas bergelumang dgn najis.



Ibunya hanya memerhatikan 
gelagat kami 'mengerjakan' anak2nya..



Dikurung di dalam sgkar...Tinggal 2 ekor je.Yg 2 ekor lagi dah hilang.
Duduk diam2 dalam ni..Lain kali jgn berak merata2...


Cubaan 'meloloskan' diri...yg tidak berjaya


Sbnarnya,kucing2 ni mmg menghiburkan hati kami sekeluarga.Kucing2 ni mengajar kita erti tanggungjawab.Byk ibrah yg kita dapat dari seekor kucing.Yang saya sgt terharu apabila mase umi bagi makanan kat ibu kucing tu,dy macam xselera makan..mundar-mandir.Ayah saya ckp kucing tu teringtkan anak2nya yg ada dalam sgkar.Memang pun,dy terus menghala ke sgkar mencari anak2nya.Kucing pun sayangkan anaknya.Inikan pula manusia yg sanggup membuang dan membunuh anaknya.Na'uzubillah.
Saya banyak belajar tentang dunia kucing ni dgn shbt di sekoah menengah dlu,Syuhaida.Memang dy sgt sygkan kucing sehinggakan derapan kaki dy pun kucing boleh cam walaupun xnmpak muka dy lagi.Subhanallah...
Ayah ckp kne sayang kucing sbb kucing ni binatang kesayangan Rasulullah.
Kucing pun binatang kesayangn shbt yg byk menghafal n meriwytkan hadis iaitu Abu Hurairah.Beliau digelar Abu Hurairah oleh nabi kerana sifatnya yg sgt cintakan kucing.

Ha...masih belum terlambat utk saya ucapkan sanah helwah ya akhi zaki ,my brother in-law yg disambut pada 30 November 2010.


Kek hari lahir abang zaki yg ke 28..


p/s: Selamat hari kelahiran bagi anak-anak kucingku yg ke 2 bulan...pada 1 Disember 2010.

Thursday, November 11, 2010

~Rindu Menjadi Tetamu Ilahi~

Alhamdulillah...'ala kulli hal..Lega sedikit selepas tiga paper dah lepas.Tinggal satu paper lagi utk teruskan perjuangan di Dewan Sri Budiman..Walau apa pun,saya berasa cukup bertuah kerana masih diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalani exam.Tanpa kite sedari,hari ni dah masuk 6 zulhijjah 1431.Tinggal beberapa hari lagi untuk jemaah2 haji wukuf di Arafah dan umat Islam di seluruh dunia menyambut Hari Raya Korban.Sudah pasti sambutan Hari Raya Korban lebih meriah di Mekah dengan jutaan umat Islam berkunjung ke sana dengan niat yang satu iaitu menunaikan haji dan umrah kerana Allah.Tatkala memandang gambar masjidil haram..masih segar di ingatan binaan yang dibina Nabi Ibrahim dan anaknya,Ismail walaupun sudah 2 tahun kenangan itu berlalu.Alhamdulillah,saya diberi kesempatan oleh Allah utk mengerjakan umrah di Mekah semasa di tingkatan lima.Saya nak berkongsi cerita dengan pembaca2 betapa gembiranya saya kerana menjadi pilihan Allah utk menunaikan umrah di sana.Cerita ini buknlah utk membangga diri dan jauh sekali riak.Harap dijauhkan perasaan ini Ya Allah.Cuma,saya ingin berkongsi   tentang kekuasaan Allah kpd sahabat2.Inilah pengalaman yang paling manis yang tidak akan saya lupakan sampai bila2.
Pada bulan April tahun 2008,saya bersama umi,ayah n adik-beradik yang lain berangkat ke Mekah utk mengerjakan umrah dgn menaiki Srilankan Airlines.(murah ckit)...Yang seronoknya,kami transit di Sri lanka dlu beberapa jam sebelum tiba di Jeddah.Sempatlah saya menikmati keindahan alam di Sri Lanka.
Sebenarnya,bukan mudah utk saya sampai di Mekah ni.Saya terpaksa berhadapan dgn pengetua nak mintak keizinan pergi sebab mase tu bukan cuti sekolah.Pengetua saya ni...dia xberani nak benarkan...cuma dy bagi hint lah supaya saya teruskan niat utk ke sana.Saya ingat apa yang ayah saya cakap sebelum kami berangkat ke sana,'Nak pergi Mekah jadi tetamu Allah ni bukan senang2...Kne banyk  buat solat hajat.solat taubat..Ada je yg dah tempah tiket...tp,last2 xdpt pergi.Yg kaya pun belum tentu boleh dtg.Masa tu,ada lah juge rase takot.Takut xdpat jadi tetamu Allah.
Masa kami smpai kat Jeddah dalam waktu Maghrib,Pakcik saya(adik umi) n keluarganya  yg menetap kat sne dtg jemput.Lps tu,kami bertolak ke Madinah dlu.Smpai kt Madinah dah nak Subuh.Lama betul perjalanan.Klu sekarg naik kereta dah rse jauh....Nabi Muhammad dan Abu Bakar ,shbt2 Nabi yg lain berhijrah ke Madinah dri Mekah lagi lah jauh dgn hnya menaiki unta...Masyaallah,hebat pengorbanan umat Islam dahulu.

Subuh Pertama Di Masjid Nabawi Madinah


Masjid Nabawi dimana terletaknya jasad Nabi Muhammad
Dibawh kubah hijau terletaknya makam Nabi Muhammad

Pergi ke masjid jalan kaki je dari hotel.xterasa jauh pun.Rase seronok sgt. xsbr2 nak tgok Masjid Nabawi yang didalmnya ada jasad kekasih Allah.Kami tiba lambat ckit kat masjid.Baru je lps azan.Masjid dah penuh.Terpaksalah saya solat subuh diluar masjid.Betul2 depan pintu.Saya solat sebelah sorang makcik.Muka arab lah.Xpasti negara mane.Time dah rakaat kedua mse bacaan al-fatihah,tiba2 beg kat depan makcik ni jatuh..lps tu dy duduk ambil beg tu dan ltk kat tmpat asal dpn dy.Mmg xkhusyuk lah saya solat.Saya terkejut jgak.Tapi,alhamdulillah..umi saya pernah cerita, kat sana macam2 mazhab yang ada.jadi,xpayah peliklah klu tgok keadaan mcm tu.Lps habis solat,kami pergi jln2 sekitar masjid.Ingat nak pergi lawat makam Nabi,tapi..muslimat hanya dibenarkan masuk slps Zohor.Nak ke perkuburan Baqi' pun xboleh msuk...cuma dapat tgok dari luar je..Rase mcm xpercaya dah berada di Madinah di hadapan Masjid yang dibina Nabi Muhammad.Macam2 jenis manusia dari seluruh pelosok dunia dapat saya lihat.Mereka mmg bersungguh2 dalam beribadat pada Allah.Air mata mereka berjurai2 jatuh semasa berzikir..Subhanallah kagum saya melihat kesungguhan mereka.Lps Zohor,terus kami bergegas ke pintu masuk ke Makam Rasulullah.Walaupun dh cepat...rupa2nya ribuan org dah memenuhi ruang tersebut.
Selama 3 hari di Madinah,banyak kenangan yang xdpt dilupakan.Saat melawat tmpat berlakunya perang Uhud(Bukit Uhud),Makam para syuhada' Uhud,Masjid Qiblatain,Masjid Quba',kebun kurma akan sentiasa diingatan....
Betullah apa yang saya dgr sblum ni,orang Madinah ni ramah2.Masa mula2 berjalan depan kedai mereka..dgr mereka cakap Melayu sebaik shj melihat kami.(taktik menarik pelanggan).'Selamat datang..Malaysia Boleh...Malaysia bagus'...itulah ayat yg biasa diungkapkan mereka.Kami sempat solat jumaat di sana sblum bertolak ke Mekah.Ya Allah..Allah shj yg tahu betapa sedihnya hati nak meninggalkan bumi barakah tu.Terfikir juga..knpa saya rse sayu yg pelik...maybe disebabkan ada jasad Rasulullah di bumi Madinah ni.
Selamat tinggal Madinah.Semoga ini bukan kali terakhir aku ke sini...

Masjidil Haram yang dinanti-nantikan



Masjidil Haram...masa ni aktiviti meluaskan kawasan masjid dijlnkn
Seperti yg antum lihat pd permandangan di belakang Baitullah



Kali pertama menjejakkan kaki di dalam Masjidil Haram....Allah shj yang tahu debaran hati ini.Tak sbar2 nak tgok kiblat umat Islam..Masuk je di pintu masjid (dah xingt pintu no brapa)..melangkah je beberapa langkah ke hadapan...terus saya nmpk kaabah.Alhamdulillah...dapat nmpak dgn jelas.Masa tu b'jlnn ngn ayah ke sana.
'Nmpak x kaabah'.Ayah menyoal.
'Nampak......
Terus ayah bwa saya utk tawaf bermula di hajarul aswad.Memang kekok mase mula2 tawaf sbb tkot bahu kiri tidak melurus ke dinding kaabah.Lepas shj habis tawaf,ayah suruh solat sunat di hadapan multazam.(antara hajar aswad dan pintu kaabah).Dengan kuasa Allah,air mata yang selama ni susah sgt nk keluar..akhirnya tumpah jua di hadapan Multazam.Saya yakin semua yang pergi dan berada di hadapan multazam jarang tidak menangis.Sebaik shj solat,saya menuju ke luar masjid yang terletaknya Bukit Safa n Marwah utk lngkapkan rukun umrah dgn melakukan sa'ie sbnyk 7 kali dan bercukur/memotong sedikit rambut.

Sahabat2 saya selalu bertanya...ada x peristiwa pelik berlaku kat sne.Biasanya sape2 yang g  Mekah ni mesti ada peristiwa pelik yang berlaku...
Hmmmm......bermacam2 keajaiban Allah saya dapat lihat di sana.Memang kata2 yang diucapkan mestilah hati2...Sebenarnya,bukan di sana shj,di setiap kwsn Bumi Allah ini kite mesti jaga tutur kata.Cuma,di sana..Allah bagi balasan dgn cepat.
Masa pergi solat subuh dgn ayah,saya ltklah selipar di tmpat rak kasut dlm msjid...Masa tu terdetiklah dalam hati..'Takotlah  hilang slipar ni..
Memang hilang betul selipar tu.Lps je solat Subuh...nak g ambil selipar,mmg dah lesap.Terpaksalah ayah saya berkaki ayam ke hotel sbb bagi anknya memakai seliparnya.
Pengajaran dari cerita ini ialah....kita mesti yakin dgn sebenar2 yakin dgn Allah taala dan tawakkal padaNya.Allah pasti menjaga hak kite jika kita yakin.
Saya berkesempatan menziarahi Padang Arafah...(sempt naik unta kat situ),Gua thur(hanya lihat dari bawah),dan mcm2 tmpat lagi.Terdetik di hati..'Inilah tempat yang Rasulullah pijak dahulu..dan sekarang aku dpt menjejakkan kaki di tmpat ini..

Sebenarnya byk lagi yg ingin dikongsi..Tp,xpelah..dah byk sgt menulis.Tkot2 xlarat org nak baca.Pengalaman berada 2 minggu di sna tidak akan saya lupakan.Semoga ini buknlah terakhir buat diri ini menjejakkan kaki di sana.

Ayah,umi, 2 org adik dan 2 org kakakku, bergambar di pantai sebelum 
pulang ke Malaysia,
(yang knk2 kecil baju putih tu sepupuku yang duk Mekah)
baby comel tu anak shbat pakcik di Mekah,
yang prmpuan baju biru tu anak kwn ayah
saya dan adik lelaki xde dlm gmbar ni..hehe





Semasa di Jabal Rahmah(tempat pertemuan 
Nabi Adam dan Hawa) selepas dicampakkan ke bumi

Ya Allah...hambaMu ini rindu beribadat di sana......Ameen.