Alhamdulillah,Allah masih
menggerakkan tangan ini utk menulis di blog yg sekian lama ditinggalkan.Tahun
ini merupakan tahun yang sangat menggenbirakan saya tatkala dipertemukan oleh
Allah dengan teknik Nabi Muhammad.Inilah yang dicari selama ini untuk
menyelesaikan masalah2 saya dan masyarakat.Saya dipertemukan dengan teknik ini
selepas menjadi friend di FB ustazah siti khadijah.Sudah lama sebenarnya saya
menjadi friend beliau.Cuma tahun ini saya perasan di news feed status2 ustazah
tentang aplikasi teknik ini.Saya sangat berminat ingin mengikuti bengkel yg
dianjurkn beliau.Alhamdulillah tarikh 20 januari 2013,saya diberi kesempatan
menyertainya di Johor Bahru.Hanya Allah yang tahu perasaan saya tatkala
mendengar pengisian beliau.Macam2 perasaan sedih,gembira,terharu dtg
bertandang.Sedih kerana saya akui byk kesilapan yang saya telah lakukan dalam
mengajar pelajar dengan menggunakan teknik yang salah.Sebelum menyertai bengkel
ini,saya dikenali cikgu yang garang dan sgt ditakuti pelajar.Mulanya,saya
seronok mereka takut dgn saya.Tapi,saya mula tersedar tiada gunanya didikan
garang ini kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan malahan dibenci pelajar.
Sebelum ini,guru-guru baru atau
praktikal selalu didoktrin utk masuk ke kelas dengan muka yang garang dan
marah-marah.Sebenarnya,teknik ini bukanlah teknik yang sepatutnya diamalkan.Dah
lama teknik ini dibuat,murid2 still x mengubah sikap mereka.Apa kata guru-guru
menggunakan teknik yang dilakukan Rasulullah seperti teknik pujian,memberi
ganjaran,teknik memberi hukuman dan sebagainya.
Saya ingin kongsikan teknik memberi
peluang semua angkat tangan menggunakn teknik Nabi Muhammad.
Hadith ini adalah hadith yang
paling jelas bagaimana Nabi Muhammad menggunakan ayat tanya bagi menerangkan
perbuatan2 yang melayakkan seseorang itu menjadi ahli syurga.Tidak semua
pertanyaan menghasilkan kesan positif.Daripada hadith ini,dapat diketahui jenis
ayat tanya yang menghasilkan kesan positif ke atas maruah dan emosi orang yang
ditanya.
Abu Hurairah melaporkan bahawa pada
suatu masa Nabi Muhammad pernah bertanya,Siapakah antara saudara-saudara
sekalian yang berpuasa pada hri ini?’Abu Bakar menjawab,’saya.’
Baginda bertanya lagi, ‘siapakah
antara saudara-saudara sekalian yang pada hari ini menghantar jenazah?’Abu Bakar
menjawab,’Saya’.
Baginda bertanya lagi,’siapakah
antara saudara-saudara sekalian yang pada hari ini memberi orang miskin makan?
’Abu Bakar menjawab,’Saya’.
Baginda bertanya lagi,’siapakah
antara saudara-saudara sekalian yang pada hari ini melawat orang sakit?’ ’Abu
Bakar menjawab,’Saya’.
Lalu Nabi Muhammad berkata,
“seseorang yang melakukan perkara-perkara tersebut sudah tentu masuk syurga.”
Hadith ini menunjukkan bhwa
perkara yang ditanya mestilah perkara
yang mulia.Hadith ini adalah hadith motivasi.
Berdasarkan aplikasi saya di dalam
kelas semasa sesi praktikum yang lepas,saya dapati ia sangat
berkesan.Benarlah,teknik Nabi ini adalah teknik yang terbaik.Nabi sudah tunjuk
caranya.Atas kita utk aplikasi atau tidak.Mungin sebelum ini kita biasa mendengar
hadis ini tetapi kita tidak tahu utk mengaplikasikan dalam kehidupan.Saya akan
berikan cth aplikasi teknik ini berdasarkan apa yang telah saya praktikkan
semasa sesi praktikum yang lepas.
Setiap kali saya masuk dalm kelas 2
SP Bestari,selepas membaca doa,perkara pertama yang akan saya lakukan ialah
mengaplikasikan teknik bagi peluang semua pelajar angkat tangan.
‘Siapa antara anak murid muallimah
hari ini yang solat subuh?’
‘Siapa antara anak murid muallimah
hari ini yang mencium tangan ibu dan ayahnya?’
“Siapa antara anak murid muallimah
hari ini yang mandi?’
‘Siapa antara anak murid muallimah
hari ini yang gosok gigi?’
Seseorang yang melakukan
perkara-perkara yang muallimah sebutkan tadi,dialah pelajar yang
cemerlang,pelajar yang disukai Allah kerana dia menjaga kebersihan diri dengan
menggosok gigi dan mandi.Allah sangat cintakan orang yang bersih.Muallimah yakin,orang
yang solat subuh akan mudah menerima ilmu.Allah,Nabi Muhammad dan muallimah
sayang orang yang membuat perkara2 yang disebut tadi.
Riak muka pelajar sangat teruja
dengan soalan-soalan yang saya berikan.Soalan ketiga dan keempat membuatkan
mereka ketawa.Saya melihat muka yang kecewa daripada pelajar-pelajar yang tidak
mengangkat tangan salah satu soalan yang diberi.Saya tidak menegur pelajar yang
tidak membuat perkara yang disebut.Saya hanya memberikan impak positif kepada
pelajar yang membuat perkara tersebut.Hal ini akan menjaga maruah pelajar yang
tidka melakukan perkara tersebut dan menaikkan self-esteem pelajar sekaligus
memberikan motivasi kepada mereka.
Perkara yang silap yang biasa guru
lakukan adalah bertanya soalan negative.cthnya:
Siapa hari ni yang tidak solat
subuh? (SALAH)
Siapa hari ni yang tidak
mandi? (SALAH)
Soalan2 negatif ini tidak
sepatutnya disoal kepada pelajar.Ia akan memberi ruang kepada mereka utk menipu
kerana takut akan dimarahi guru.
Teknik bertanya soalan ini membantu
saya dalam kawalan kelas yang baik.Soalan-soalan ini akan menjadikan murid
bersedia untuk belajar.Saya akan mempelbagaikan soalan setiap kali permulaan
kelas.Selama sebulan,saya dapat melihat keterujaan murid utk menngangkat tangan
dan bilanagan murid yang melakukan perkara yang disoal seperti solat subuh
semakin bertambah.Ini membuktikan mereka telah termotivasi utk melakukan
kebaikan tanpa dipaksa.Subhanallah,inilah tekni yang dicari saya selama ini.
Selama hampir 5 bulan saya
mengaplikasikan teknik ini.ia memberi kesan bukan hanya kepada murid-murid
malahan kepada diri saya sendiri.Saya tidak pernah menyangka saya yang dikenali
orang yang garang kini disayangi pelajar saya.
‘Muallimah,kenapa muallimah dah x
mengajar kami minggu depan?Muallimah ajar lah kami lagi.xbest lah muallimah
x ajar dah.Muallimah datang tengok kami tau nnti.” Ini ayat salah seorang anak
murid saya waktu dia dan rakannya datang ke bilik guru bertemu saya.Hampir menitiskan
air mata mendgar kalam tersebut.
Tersentap dan terharu mendengar
kata2 tersebut.Subhanallah,teknik Nabi Muhammad ini sudah berjaya mengubah guru
yang dulunya sangat ditakuti pelajar menjadi guru yang disayangi pelajar.
InsyaAllah,saya akan berkongsi lagi
teknik2 Nabi Muhammad pada tulisan akan datang.Kita amal teknik Nabi ini,setiap
hari kita akan ingat Nabi.
~Kita bukan hanya mahu menjadi
seorang muallim,tetapi kita mahu menjadi seorang murobbi dan mursyid buat
generasi hebat~
Murid 'hyperaktif' yang telah didorong menggunakan teknik Nabi |
Hijau putih (nice combination) 'kita tahu hijau putih warna bendera pas.kite suke.cantik'..Kata salah seorang murid. |