Assalamualaikum shbt2 yg saya kasihi insyaAllah krna Allah taala.Hampir 2 bulan blog ini hanya dibiarkan kosong tanpa sebarang pengisian.Tempoh yang sama dengan waktu cuti semester di IPG.Permintaan dari shbt2 agar saya menulis sesuatu di blog ini tidak diendahkan.Bukan sengaja tetapi kesibukan dijadikan alasan blog ini dibiarkan kosong.Sibuk ke???Kalau kita rasa penat dengan kesibukan dlm menuntut ilmu dan menyebarkan dakwah ini,muhasabah kembali.Nabi Muhammad,para sahabat,pejuang2 Islam lagi sibuk jika nak dibandingkan dengan kita yang sentiasa memberikan 1001 alasan jika diajak dan dipelawa utk menyebarkan risalah Nabi Muhammad ini.Adakah Nabi,para sahabat tidak pernah merasa penat???Balasan syurga dan redha Allah menjadi idaman sehinggakan kepenatan itu dibiarkan pergi.Subhanallah..
Banyak perkara sebenarnya saya nak kongsi kali ni.Kalau xnk baca pun xpe.Tengok gambar pun ok.Asalkan dapat ibrah dari pengisian kali ini.Teringin berkongsi pengalaman yang ditimba sepanjang cuti semester ini.Perjalanan yang memberikan 1001 ibrah kepada kehidupan saya.Pada tulisan yang lepas,saya ada mengatakan ingin pulang ke kampung halaman utk meneruskan misi dakwah di bumi Pahang.Wa makaru wa makarollah.Kita merancang dan Allah juga merancang.Sesungguhnya perancangan Allah lah yang terbaik.Hasrat tersebut xdapat direalisasikan sepenuhnya sepanjang cuti ini.Tempoh yang hanya mungkin 20 hari shj berada di bumi Pahang menyebabkan tidak dpt memberikan sepenuh komitmen di sana.
Pengalaman setiap org pasti berbeza di wktu cuti ini.Ada shbt2 yg mencari pglaman dengan bekerja,menjaga anak saudara,menjadi surirumah sepenuh masa dan sebagainya.Perancangan Allah tu semuanya terbaik dan Allah tahu kondisi hamba2nya.Yang mana sesuai utk hamba2Nya.Mungkin pglaman saya ini tidak dialami oleh antum dan pengalaman antum tidak dialami oleh saya.Hanya dengan penceritaan dpt kita kongsi pengalaman masing-masing.
Inilah perjalanan saya sepanjang cuti sem ini.
Batu pahat- Bangi- Batu Pahat- Mersing-Batu Pahat- Kuantan- Kedah- Perlis- Perak-Kuala Lumpur- Melaka- Negeri Sembilan- Melaka- Kuantan- Kuala Lumpur- Kuantan-Terengganu- Kelantan- Terengganu- Kuantan- Batu Pahat.
Banyak x??Saya pun xsangka hampir satu Malaysia saya dapat round kali ni.Tp,bukan jaulah sia2.Semua tmpat ini menjadi tmpat tarbiyyah bagi diri saya yang serba kekurangan.Bermacam2 pengalaman dapat saya peroleh di setiap tempat ini.Paling bermakna bagi saya adalah ketika berada di bumi Kedah.Walaupun perjalanan hampir 12 jam dari Kuantan,itu tidak mematahkan semangat saya utk menuntut ilmu di sana.Benarlah kata pepatah Melayu,bersusah2 dahulu,bersenang2 kemudian.Sebelum berangkat ke Kedah,bukan senang utk ummi dan ayah melepaskan anak perempuannya ni yang mmg selalu xlekat kat rumah time cuti.Kadang2 rasa bersalah jugak sbb time cuti je,mesti spent sikit je hari bersama family.Tp,saya tahu ummi dan ayah percaya pada saya.Semasa menuntut ilmu di Kedah ni,ada seorang ustaz mengatakan bahawa,setiap saat kita menuntut ilmu di sini insyaAllah ibubapa kita akan dapat pahala.Besar ganjaran pahala ibubapa kerana dapat melahirkan anak-anak yang cintakan ilmu.Sahabat2,hanya dengan ilmu kite dapat mengenal Allah.Tanpa ilmu,hidup kita tidak bermakna.Menuntut ilmu kite memerlukan guru yang mursyid,faqih,serta mantap dalam disiplin ilmu.Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi melalui malaikat Jibril.Jibril a.s merupakan guru pertama kepada Nabi Muhammad. Di madrasah Kedah ini,saya dapat belajar secara talaqqi kitab fathul qarib dan kitab Baiquniyyah.Saya juga mendapat sanad beberapa hadis daripada Sheikh Fahmi Zam-Zam Al-Banjari Al.Nadwi Al-Maliki.Rasa sgt2 teruja tatkala melihat rangkaian sanad terus kepada Rasulullah.Terasa nikmat mempelajari ilmu tersebut.Sheikh ada mengatakan bahawa belajar bersanad adalah satu keistimewaan cara belajar umat Nabi Muhammad.Cemburu betul kalau tengok muslimin dapat bersalam dan mencium sheikh dan ustaz-ustaz.Allah menyampaikan hajatku utk melihat wajah sheikh apabila sheikh masuk di dalam rumahnya di bhgian muslimat.Hanya beberapa muslimat shj berada di situ waktu tersebut.Setiap pagi hanya mendengar tazkirahnya di sebalik tabir tirai surau.Sebenarnya,semakin kita belajar,semakin kita rasa diri ini jahil.Banyak benda yang kita xtahu pada hakikatnya.So,jgnlah bangga dan keje nak menghentam org je kalau belajar tinggi.xde gunanya klu banyak ilmu perangai macam tu.Peringatan pada diri yg alpa ini juga.
Tempat2 lain yang saya pergi pun bukan sia2.Setiap tempat itu terselit tarbiyyah.Kalau nak cerita semuanya.xlarat orang nak baca kot.(Sebenarnya malas nak tulis)-^^-
Saya yakin Allah bayar segala kesabaran saya selama ini setelah 8 tahun yang lps saya tidak dapat menikmati waktu cuti kerana berperang dengan ‘kesakitan’.Saya tidak pernah menyangka yang saya akan kembali ceria dan dpt menikmati saat cuti lagi .Saban tahun semakin pulih membuatkan saya sgt2 bersyukur atas nikmat sihat ini even masih belum sepenuhnya recover.Bersyukur Allah mengurniakn ummi dan ayah yang tidak putus2 berusaha agar saya sembuh seperti sediakala.Perubatan islam,perubatan moden semua dah diusahakan.Yang penting kita sabar dan ikhlas menerima ujian dari Allah.Pasti ada hikmah yang terselit.Yakinlah..Saya sudah merasainya..
Satu perkara sebagai peringatan buat shbt2 muslimat sekalian:
1) Cubalah utk pergi menuntut ilmu di luar.(Nanti kalau dah kahwin maybe dah susah nak pergi menuntut ilmu).Tanggungjawab lain pula menanti.
2) Cuba survive sendiri utk pergi tuntut ilmu.Muslimat mesti kuat!Muslimat power!!
3) Kena tanam kepercayaan ibubapa kepada kita utk lpskan kite pergi jauh menuntut ilmu.(kne tunjuk yang kita pandai survive) Tunjukkan kesungguhan..
Tiada apa yang saya harapkan melainkan istiqamah di atas jalan perjuangan ini.Tidak menjadi hebat pun xpe.Asalkan istiqamah yang penting bagiku.Saya mengharapkan doa daripada pembaca2.Doakan saya..
Di bawah ini beberapa gambar jaulah saya sepanjang cuti ini:
Bangunan Madrasah di Kedah |
Tempat yang sentiasa di hati.. |
Berhenti solat dulu....Masjid negeri Kedah. macam kat Mesir dah rase.. |
Ayat menarik yg terpapar di sebuah kedai makan di Padang Besar,Perlis 'Toghut ialah org yang memilih cara sivil memerintah,menolak hukum Allah memerintah' |
Barisan fasilitator bergambar dgn motivator,Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di Kem Hijrah Remaja di Kuantan. |