BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Thursday, May 2, 2013

Psikologi Nabi...Teknik Dan Aplikasi



Alhamdulillah,Allah masih menggerakkan tangan ini utk menulis di blog yg sekian lama ditinggalkan.Tahun ini merupakan tahun yang sangat menggenbirakan saya tatkala dipertemukan oleh Allah dengan teknik Nabi Muhammad.Inilah yang dicari selama ini untuk menyelesaikan masalah2 saya dan masyarakat.Saya dipertemukan dengan teknik ini selepas menjadi friend di FB ustazah siti khadijah.Sudah lama sebenarnya saya menjadi friend beliau.Cuma tahun ini saya perasan di news feed status2 ustazah tentang aplikasi teknik ini.Saya sangat berminat ingin mengikuti bengkel yg dianjurkn beliau.Alhamdulillah tarikh 20 januari 2013,saya diberi kesempatan menyertainya di Johor Bahru.Hanya Allah yang tahu perasaan saya tatkala mendengar pengisian beliau.Macam2 perasaan sedih,gembira,terharu dtg bertandang.Sedih kerana saya akui byk kesilapan yang saya telah lakukan dalam mengajar pelajar dengan menggunakan teknik yang salah.Sebelum menyertai bengkel ini,saya dikenali cikgu yang garang dan sgt ditakuti pelajar.Mulanya,saya seronok mereka takut dgn saya.Tapi,saya mula tersedar tiada gunanya didikan garang ini kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan malahan dibenci pelajar.
Sebelum ini,guru-guru baru atau praktikal selalu didoktrin utk masuk ke kelas dengan muka yang garang dan marah-marah.Sebenarnya,teknik ini bukanlah teknik yang sepatutnya diamalkan.Dah lama teknik ini dibuat,murid2 still x mengubah sikap mereka.Apa kata guru-guru menggunakan teknik yang dilakukan Rasulullah seperti teknik pujian,memberi ganjaran,teknik memberi hukuman dan sebagainya.

Saya ingin kongsikan teknik memberi peluang semua angkat tangan menggunakn teknik Nabi Muhammad.
Hadith ini adalah hadith yang paling jelas bagaimana Nabi Muhammad menggunakan ayat tanya bagi menerangkan perbuatan2 yang melayakkan seseorang itu menjadi ahli syurga.Tidak semua pertanyaan menghasilkan kesan positif.Daripada hadith ini,dapat diketahui jenis ayat tanya yang menghasilkan kesan positif ke atas maruah dan emosi orang yang ditanya.

Hadith rujukan:
Abu Hurairah melaporkan bahawa pada suatu masa Nabi Muhammad pernah bertanya,Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hri ini?’Abu Bakar menjawab,’saya.’
Baginda bertanya lagi, ‘siapakah antara saudara-saudara sekalian yang pada hari ini menghantar jenazah?’Abu Bakar menjawab,’Saya’.
Baginda bertanya lagi,’siapakah antara saudara-saudara sekalian yang pada hari ini memberi orang miskin makan? ’Abu Bakar menjawab,’Saya’.
Baginda bertanya lagi,’siapakah antara saudara-saudara sekalian yang pada hari ini melawat orang sakit?’ ’Abu Bakar menjawab,’Saya’.
Lalu Nabi Muhammad berkata, “seseorang yang melakukan perkara-perkara tersebut sudah tentu masuk syurga.”

Hadith ini menunjukkan bhwa perkara  yang ditanya mestilah perkara yang mulia.Hadith ini adalah hadith motivasi.
Berdasarkan aplikasi saya di dalam kelas semasa sesi praktikum yang lepas,saya dapati ia sangat berkesan.Benarlah,teknik Nabi ini adalah teknik yang terbaik.Nabi sudah tunjuk caranya.Atas kita utk aplikasi atau tidak.Mungin sebelum ini kita biasa mendengar hadis ini tetapi kita tidak tahu utk mengaplikasikan dalam kehidupan.Saya akan berikan cth aplikasi teknik ini berdasarkan apa yang telah saya praktikkan semasa sesi praktikum yang lepas.

Setiap kali saya masuk dalm kelas 2 SP Bestari,selepas membaca doa,perkara pertama yang akan saya lakukan ialah mengaplikasikan teknik bagi peluang semua pelajar angkat tangan.

‘Siapa antara anak murid muallimah hari ini yang solat subuh?’
‘Siapa antara anak murid muallimah hari ini yang mencium tangan ibu dan ayahnya?’
“Siapa antara anak murid muallimah hari ini yang mandi?’
‘Siapa antara anak murid muallimah hari ini yang gosok gigi?’
Seseorang yang melakukan perkara-perkara yang muallimah sebutkan tadi,dialah pelajar yang cemerlang,pelajar yang disukai Allah kerana dia menjaga kebersihan diri dengan menggosok gigi dan mandi.Allah sangat cintakan orang yang bersih.Muallimah yakin,orang yang solat subuh akan mudah menerima ilmu.Allah,Nabi Muhammad dan muallimah sayang orang yang membuat perkara2 yang disebut tadi.

Riak muka pelajar sangat teruja dengan soalan-soalan yang saya berikan.Soalan ketiga dan keempat membuatkan mereka ketawa.Saya melihat muka yang kecewa daripada pelajar-pelajar yang tidak mengangkat tangan salah satu soalan yang diberi.Saya tidak menegur pelajar yang tidak membuat perkara yang disebut.Saya hanya memberikan impak positif kepada pelajar yang membuat perkara tersebut.Hal ini akan menjaga maruah pelajar yang tidka melakukan perkara tersebut dan menaikkan self-esteem pelajar sekaligus memberikan motivasi kepada mereka.

Perkara yang silap yang biasa guru lakukan adalah bertanya soalan negative.cthnya:

Siapa hari ni yang tidak solat subuh? (SALAH)
Siapa hari ni yang tidak mandi? (SALAH)

Soalan2 negatif ini tidak sepatutnya disoal kepada pelajar.Ia akan memberi ruang kepada mereka utk menipu kerana takut akan dimarahi guru.

Teknik bertanya soalan ini membantu saya dalam kawalan kelas yang baik.Soalan-soalan ini akan menjadikan murid bersedia untuk belajar.Saya akan mempelbagaikan soalan setiap kali permulaan kelas.Selama sebulan,saya dapat melihat keterujaan murid utk menngangkat tangan dan bilanagan murid yang melakukan perkara yang disoal seperti solat subuh semakin bertambah.Ini membuktikan mereka telah termotivasi utk melakukan kebaikan tanpa dipaksa.Subhanallah,inilah tekni yang dicari saya selama ini.

Selama hampir 5 bulan saya mengaplikasikan teknik ini.ia memberi kesan bukan hanya kepada murid-murid malahan kepada diri saya sendiri.Saya tidak pernah menyangka saya yang dikenali orang yang garang kini disayangi pelajar saya.

‘Muallimah,kenapa muallimah dah x mengajar kami minggu depan?Muallimah ajar lah kami lagi.xbest lah muallimah x ajar dah.Muallimah datang tengok kami tau nnti.” Ini ayat salah seorang anak murid saya waktu dia dan rakannya datang ke bilik guru bertemu saya.Hampir menitiskan air mata mendgar kalam tersebut.

Tersentap dan terharu mendengar kata2 tersebut.Subhanallah,teknik Nabi Muhammad ini sudah berjaya mengubah guru yang dulunya sangat ditakuti pelajar menjadi guru yang disayangi pelajar.

InsyaAllah,saya akan berkongsi lagi teknik2 Nabi Muhammad pada tulisan akan datang.Kita amal teknik Nabi ini,setiap hari kita akan ingat Nabi.

~Kita bukan hanya mahu menjadi seorang muallim,tetapi kita mahu menjadi seorang murobbi dan mursyid buat generasi hebat~


 
surat 'cinta' dari salah seorang murid 2 SP B
Jamuan perpisahan

Murid 'hyperaktif' yang telah didorong menggunakan teknik Nabi

Hijau putih (nice combination)

'kita tahu hijau putih warna bendera pas.kite suke.cantik'..Kata salah seorang murid.

































Sunday, June 10, 2012

~Rasulullah..Indahnya Sunnahmu~


Alhamdulillah summal hamdulillah.Syukur atas nikmat yang Allah berikan sehingga ke hari ini.Akhirnya,dapat juga saya menulis di blog ni.Dah lama rasanye tidak menjenguk di sini.Macam2 isu dah berlaku di Malaysia kini.huh…Lagi satu,jangan lupa dekat sebulan lebih lagi Ramadhan akan tiba..Tidak sbr menantikan saat itu.Iftor bersama keluarga dan iftor di Masjid At-Tarbiyyah bersama shbt2.
Ok lah,nnti nak bulan Ramadhan,kita cerita panjang tentang indahnya bulan Ramadhan.Beralih kepada tajuk..Rasulullah indahnya sunnahmu..(macam lirik lagu je).Pernah satu ketika kami peserta program disoal oleh ustaz. ‘Apa yang antum faham tentang sunat dan makruh?’Ada seorang peserta menjawab. ‘sunat klu kita buat dpt pahala dan kalau tinggalkan tak dapat apa2.Makruh klu kita tinggal dapat pahala dan kalau buat tak dapat apa2’.Beginilah juga ayat yang akan saya jawab jika diminta menjawabnya.Ustaz cakap tu jawapan orang biasa.Memang ni lah yang selalu kita dengar dari kecil dlu kan?
‘Sunat ni adalah pkr yang Nabi buat.Nabi suka dan Allah sayang klu kita buat pkr sunat ni.Makruh benda yang Nabi xbuat dan xsuka.Allah pun xsuka.Tu asbbnya kita kne tinggal apa yang Allah dan Nabi xsuke.’
Kalau kita teliti ttg sunnah Nabi ni,sgt2 sweet.Saya nak kongsi sunnah Nabi ketika bermusafir.Kita semua pasti akan bermusafir lagi2 tgh belajar skrg.

1) Niat musafir mestilah niat yang baik.Bukan utk maksiat ye.Kalau bermusafir nak gi tgok K-POP agak2nya tujuan baik x???Agak2 dapat x rukhsoh solat utk tujuan xbaik ni?
2) Baca doa yang muktabar ketika musafir.(Doa biasa kita baca dan belajar time kecik2 dlu)


3) Minta orang-orang yang bermusafir mendoakan.Ada kisah Nabi minta Saidina Umar yang hendak bermusafir agar mendoakannya.Doa orang musafir ni insyaAllah makbul..
4) Dalam perjalanan sunnah dengar lagu.(lagu yang menambahkan iman lah ea)
5) Kalau naik tempat tinggi sunat bertakbir dan turun tempat yang rendah sebut subhanallah.
6) Seolok2nya kalau nak bermusafir,musafir berkumpulan.Kalau ada lebih dari tiga disunatkan syura melantik ketua antara yang bermusafir itu.
7) Musafir pada waktu malam amat digalakkan kerana musafir waktu malam ni perjalanan akan menjadi singkat.
8) Sunat musafir hari Khamis.Hari Jumaat tidak digalakkan.Kalau hari jumaat takot terlepas solat jumaat.
9) Sampai sahaja dari destinasi ke rumah,belilah hadiah walaupun benda yang kecil utk ahli keluarga atau sahabat2.Ia akan menggembirakan hati dan boleh mengeratkan silaturrahim.Ramai yang biasa beli hadiah tetapi ramai yang tidak tahu inilah sunnah Nabi s.a.w..Hebat kalau kita mengetahui sunnah ini dan mengamalkannya.
8) Lupa pulak satu lagi,Nabi solat sunat 2 rakaat sebelum bermusafir.Jom sama2 kita solat sunat b4 musafir ye..

#Selamat beramal dengan sunnah ini shbt2.semoga musafir kita mendpt redha Allah.

p/s:Musim Euro ni jgn lupa dengan  Isra’ Mikraj.(27 Rejab).Tgok Euro xpe,b4 tu qiamullail dlu..^-^.

Thursday, January 5, 2012

~Destinasi Tarbiyyah~

Assalamualaikum shbt2 yg saya kasihi insyaAllah krna Allah taala.Hampir 2 bulan blog ini hanya dibiarkan kosong tanpa sebarang pengisian.Tempoh yang sama dengan waktu cuti semester di IPG.Permintaan dari shbt2 agar saya menulis sesuatu di blog ini tidak diendahkan.Bukan sengaja tetapi kesibukan dijadikan alasan blog ini dibiarkan kosong.Sibuk ke???Kalau kita rasa penat dengan kesibukan dlm menuntut ilmu dan menyebarkan dakwah ini,muhasabah kembali.Nabi Muhammad,para sahabat,pejuang2 Islam lagi sibuk jika nak dibandingkan dengan kita yang sentiasa memberikan 1001 alasan jika diajak dan dipelawa utk menyebarkan risalah Nabi Muhammad ini.Adakah Nabi,para sahabat tidak pernah merasa penat???Balasan syurga dan redha Allah menjadi idaman sehinggakan kepenatan itu dibiarkan pergi.Subhanallah..

Banyak perkara sebenarnya saya nak kongsi kali ni.Kalau xnk baca pun xpe.Tengok gambar pun ok.Asalkan dapat ibrah dari pengisian kali ini.Teringin berkongsi pengalaman yang ditimba sepanjang cuti semester ini.Perjalanan yang memberikan 1001 ibrah kepada kehidupan saya.Pada tulisan yang lepas,saya ada mengatakan ingin pulang ke kampung halaman utk meneruskan misi dakwah di bumi Pahang.Wa makaru wa makarollah.Kita merancang dan Allah juga merancang.Sesungguhnya perancangan Allah lah yang terbaik.Hasrat tersebut xdapat direalisasikan sepenuhnya sepanjang cuti ini.Tempoh yang hanya mungkin 20 hari shj berada di bumi Pahang menyebabkan tidak dpt memberikan sepenuh komitmen di sana.
Pengalaman setiap org pasti berbeza di wktu cuti ini.Ada shbt2 yg mencari  pglaman dengan bekerja,menjaga anak saudara,menjadi surirumah sepenuh masa dan sebagainya.Perancangan Allah tu semuanya terbaik dan Allah tahu kondisi hamba2nya.Yang mana sesuai utk hamba2Nya.Mungkin pglaman saya ini tidak dialami oleh antum dan pengalaman antum tidak dialami oleh saya.Hanya dengan penceritaan dpt kita kongsi pengalaman masing-masing.
Inilah perjalanan saya sepanjang cuti sem ini.

Batu pahat- Bangi- Batu Pahat- Mersing-Batu Pahat- Kuantan- Kedah- Perlis- Perak-Kuala Lumpur- Melaka- Negeri Sembilan- Melaka- Kuantan- Kuala Lumpur- Kuantan-Terengganu- Kelantan- Terengganu- Kuantan- Batu Pahat.

Banyak x??Saya pun xsangka hampir satu Malaysia saya dapat round kali ni.Tp,bukan jaulah sia2.Semua tmpat ini menjadi tmpat tarbiyyah bagi diri saya yang serba kekurangan.Bermacam2 pengalaman dapat saya peroleh di setiap tempat ini.Paling bermakna bagi saya adalah ketika berada di bumi Kedah.Walaupun perjalanan hampir 12 jam dari Kuantan,itu tidak mematahkan semangat saya utk menuntut ilmu di sana.Benarlah kata pepatah Melayu,bersusah2 dahulu,bersenang2 kemudian.Sebelum berangkat ke Kedah,bukan senang utk ummi dan ayah melepaskan anak perempuannya ni yang mmg selalu xlekat kat rumah time cuti.Kadang2 rasa bersalah jugak sbb time cuti je,mesti spent sikit je hari bersama family.Tp,saya tahu ummi dan ayah percaya pada saya.Semasa menuntut ilmu di Kedah ni,ada seorang ustaz mengatakan bahawa,setiap saat kita menuntut ilmu di sini insyaAllah ibubapa kita akan dapat pahala.Besar ganjaran pahala ibubapa kerana dapat melahirkan anak-anak yang cintakan ilmu.Sahabat2,hanya dengan ilmu kite dapat mengenal Allah.Tanpa ilmu,hidup kita tidak bermakna.Menuntut ilmu kite memerlukan guru yang mursyid,faqih,serta mantap dalam disiplin ilmu.Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi melalui malaikat Jibril.Jibril a.s merupakan guru pertama kepada Nabi Muhammad. Di madrasah Kedah ini,saya dapat belajar secara talaqqi kitab fathul qarib dan kitab Baiquniyyah.Saya juga mendapat sanad beberapa hadis daripada Sheikh Fahmi Zam-Zam Al-Banjari Al.Nadwi Al-Maliki.Rasa sgt2 teruja tatkala melihat rangkaian sanad terus kepada Rasulullah.Terasa nikmat mempelajari ilmu tersebut.Sheikh ada mengatakan bahawa belajar bersanad adalah satu keistimewaan cara belajar umat Nabi Muhammad.Cemburu betul kalau tengok muslimin dapat bersalam dan mencium sheikh dan ustaz-ustaz.Allah menyampaikan hajatku utk melihat wajah sheikh apabila sheikh masuk di dalam rumahnya di bhgian muslimat.Hanya beberapa muslimat shj berada di situ waktu tersebut.Setiap pagi hanya mendengar tazkirahnya di sebalik tabir tirai surau.Sebenarnya,semakin kita belajar,semakin kita rasa diri ini jahil.Banyak benda yang kita xtahu pada hakikatnya.So,jgnlah bangga dan keje nak menghentam org je kalau belajar tinggi.xde gunanya klu banyak ilmu perangai macam tu.Peringatan pada diri yg alpa ini juga.

Tempat2 lain yang saya pergi pun bukan sia2.Setiap tempat itu terselit tarbiyyah.Kalau nak cerita semuanya.xlarat orang nak baca kot.(Sebenarnya malas nak tulis)-^^-
Saya yakin Allah bayar segala kesabaran saya selama ini setelah 8 tahun yang lps saya tidak dapat menikmati waktu cuti kerana berperang dengan ‘kesakitan’.Saya tidak pernah menyangka yang saya akan kembali ceria dan dpt menikmati saat cuti lagi .Saban tahun semakin pulih membuatkan saya sgt2 bersyukur atas nikmat sihat ini even masih belum sepenuhnya recover.Bersyukur Allah mengurniakn ummi dan ayah yang tidak putus2 berusaha agar saya sembuh seperti sediakala.Perubatan islam,perubatan moden semua dah diusahakan.Yang penting kita sabar dan ikhlas menerima ujian dari Allah.Pasti ada hikmah yang terselit.Yakinlah..Saya sudah merasainya..

Satu perkara sebagai peringatan buat shbt2 muslimat sekalian:
1)      Cubalah utk pergi menuntut ilmu di luar.(Nanti kalau dah kahwin maybe dah susah nak pergi menuntut ilmu).Tanggungjawab lain pula menanti.
2)      Cuba survive sendiri utk pergi tuntut ilmu.Muslimat mesti kuat!Muslimat power!!
3)      Kena tanam kepercayaan ibubapa kepada kita utk lpskan kite pergi jauh menuntut ilmu.(kne tunjuk yang kita pandai survive) Tunjukkan kesungguhan..

Tiada apa yang saya harapkan melainkan istiqamah di atas jalan perjuangan ini.Tidak menjadi hebat pun xpe.Asalkan istiqamah yang penting bagiku.Saya mengharapkan doa daripada pembaca2.Doakan saya..

Di bawah ini beberapa gambar jaulah saya sepanjang cuti ini:

Bangunan Madrasah di Kedah
Tempat yang sentiasa di hati..

Berhenti solat dulu....Masjid negeri Kedah.
macam kat Mesir dah rase..


Ayat menarik yg terpapar di sebuah kedai makan di Padang Besar,Perlis
'Toghut ialah org yang memilih cara sivil memerintah,menolak hukum Allah memerintah'

Barisan fasilitator bergambar dgn motivator,Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
di Kem Hijrah Remaja di Kuantan.


Majlis ilmu semasa sambutan Hari Asyura di Dewan MB Kedah



Sunday, November 13, 2011

~In Tansurulloha Yansurkum~

Assalamualaikum..Pejam celik,pejam celik, tirai sesi pengajian tahun 2011 sudah hampir ke penghujungnya.Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi berada di selatan tanah air ini bagi menghabiskan imtihan dan pulang ke rumah.Misi dakwah seterusnya menanti di bumi Pahang.Semoga Allah memudahkan urusan di kampung halaman.Terasa baru shj melangkah masuk ke program ijazah ini.Dengar mcm gah je kan program ijazah.Tak tahulah ilmu yang dipelajari fis sutur au fis sudur.Harap-harap,apa yang dipelajari fis sudur dan dapat diaplikasikan dalam pengajaran kepada anak-anak didik kelak.

$pkšr'¯»tƒ z`ƒÏ%©!$# (#þqãZtB#uä bÎ) (#rçŽÝÇZs? ©!$# öNä.÷ŽÝÇZtƒ ôMÎm6s[ãƒur ö/ä3tB#yø%r& ÇÐÈ
 Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Surah Muhammad ayat 7 inilah menjadi ubat dan motivasi  kepada saya dan juga kpd yg bergelar da’ie.Setiap kali saya terasa bebanan dalam dkwah ini dek kerana timbunan assignment dan exam.Ayat inilah yang akan saya tadabbur.Sungguh hebat ayat2 dari Allah utk hambanya.Dakwah No 1 tetapi belajar bukan No 2.Ini bermakna ia mestilah berjalan seiring.Selalu juga saya berada dalam dilema.Antara program dakwah dan exam nak dkt atau assignment yang belum selesai.Dan saya pasti inilah juga yg menjadi dilema kepada sahabat say diluar sana.Setiap kali berada dlm dilemma inilah,saya akan ingt kembli ayat ini.Intansurullohayansurkum……Ya Allah,sungguh indah ayat motivasi dariMu.Memang benar!Allah menolong hambanya yang menolong tegakkan Islam.Segala2nya Allah permudahkan.Assignment yang bertimbun dapat disiapkan dan dihantar pada waktunya.Inilah bukti yang Allah tunjukkan kpdaku ttg ayat yang Allah janjikan ini.

Sahabat2 sekalian,
Kita bukan berada di zaman Abrahah atau zaman2 nabi sebelum Nabi Muhammad dimana zaman yang menghasilkan kemenanagn tanpa keringat dan syarat.Kita umat terpilih dimana kita lah yang mesti mencetuskan kemenangan Islam tersebut,Usah ditunggu bantuan seperti Ababil pada zaman Abrahah yang menghancurkan tentera2 bergajah yang mahu menyerang kota Mekah.Kerana Apa???Kerana kita Umat yang perlu melalui sunnatullah yang berbeza dari umat2 terdahulu iaitu, ‘Jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongmu(mencapai kemenangan)dan meneguhkan kedudukanmu’.Surah Muhammad ayat 7.

Pernah x kita terfikir di benak masing2..Bilakah Islam akan kembali berdaulat dan bilakah kemenangan akan dapat dicapai?
Saudara sekalian,Umat Nabi Muhammad  tidak memperoleh pertolongan tersebut hanya dengan duduk menunggu janji2 kemenangan tersebut.Ya,kita yakin bahawa Islam pasti akan menang suatu hari nnti,Tidakkah kita mahu menjadi sbhgian yang memenangkan Islam itu??Tanya lah iman kita masing2.Kita brdoa saban hari utk kemenangan Islam.’Ya Allah binasakan lah org2 yang zalim menerusi perbuatan jahat mereka’.Tetapi doa itu tidak menampakkan kebenaran sepantas kilat,tiada apa pun perubahan yang berlaku setelah doa itu dibacakan.
Adakah Allah tidak memakbulkan doa kita itu????
Tidak wahai sahabat2 seakidahku.Allah pasti memakbulkan doa tersebut.Tetapi mesti dengan gerak kerja,bukan hanya menunggu mukjizat dan menunggu turunnya Imam Mahdi.Seorang aktivis gerakan Islam mestilah mendokong ayat. ‘Jika kamu menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.’

Hebat kan ayat tersebut sebagai motivasi pada kita.Umat Islam lah yang akan masuk ke dalam syurga terlebih dahulu sebelum umat2 sebelumnya.Kerana apa??Kerana umat Islam perlu mujahadah yang lebih dan melakukan gerak kerja tanpa mengenal erti penat.Usahlah kita rasa kerja dakwah ini membebankan.
Ayah saya selalu ingtkan…Kita adalah umat dakwah.Setiap hari mesti dihiasi dgn dkwah dari bangun tidur sehinggalah kembali utk tidur semula.
Oklah..smpai disini shj coretan saya yang tidak seberapa ini.Doakan kejayaan saya dalam imtihan.

Thursday, September 29, 2011

~Mencari Yang Halal Satu Kefardhuan~

Salam 'alaik kpd semua..Setiap kali ingin memulakan penulisan di blog ini,perkara yang agak rumit utk saya fikirkan ialah ayat permulaan penulisan.Mungkin disebabkan susah nk fikir ayat nak tulis di permulaan menyebabkan saya lambat update blog ini.(alasan je sbnrnya)..

Ok lah,kite jump terus ke tajuk yang saya ingin fokuskan iaitu mencari yang halal satu kefardhuan.Idea utk menulis tentang makanan ni tercetus setelah mendengar siaran di radio IKIM bersama Chef pada 30 September 2011 jam 10 pagi.Tips2 yang diberikan sangat bagus untuk diamalkan oleh setiap muslim.Apa yang terkesan di hati ini ialah chef tersebut mengatakan bahawa sesiapa yang berpeluang untuk berniaga di premis2 seperti di tempat belajar cthnya IPTA n etc mesti grab peluang ni utk melakukan servis yang terbaik kerana jika pelajar tersebut berjaya,peniaga juga berjaya.Mungkin makanan yang halal n bersih tersebut faktor kepada kejayaan tersebut.Peniaga mendapat pahala yang berterusan daripada penyediaan makanan yang halal n bersih n suci.Baru2 ni,banyak berita yang tidak elok yang didengari di telinga ini tentang penyediaan makanan di kafeteria tempat saya belajar.Tahap kebersihan yang kurang memuaskan dan terdapat sedikit keraguan tentang makanan tertentu.Ketahuilah bahawa sebagai org Islam,niat utama kita berniaga ialah utk mencari redha Allah n meramaikan umat Islam dalam perniagaan bukannnya mencari keuntungan semata2.Keuntungan itu boleh diambil kira setelah segala2nya yang disyariatkan telah kita laksanakan.

Bab makanan ni memang kita xboleh lari sebab fitrah manusia adalah memerlukan makanan.Pernah suatu ketika dahulu,seorang ibu saudara saya mengatakan,'Budak2 sekarang ni makin teruk2 mungkin sebab faktor susu.Tgoklah,ibu2 sekrg kbnykannya bekerja dan tidak menyusukan anak.Anak diberi susu formula yang sumbernya daripada lembu.Patutlah ada budak2 sekarang yang perangai macam lembu,dah minum susu lembu dari kecil.'
Memang agak kasar kalau kita baca statement ni.Tapi,apabila fikir semula.Betul juga statement tu.Bagi saya,Ibu bekerja tidak menjadi masalah,asalkan tanggungjawab sbg ibu dilaksanakan denagan sebaiknya.Bukan sesuatu yang mustahil ibu bekerja dapat menyusukan anak tanpa menggunakan susu formula.Banyak contoh yang sudah saya lihat.Orang yang terdekat dengan saya iaitu kakak sulung saya sendiri.Dia pun bekerja tetapi masih boleh menyusukan anaknya.Dia ckp dy xnak bagi susu selain susu ibu kpd anak dy sbb selagi susunya ada dy akan beri.Makanan pertama yang masuk dlm mulut bayi adalah susu ibu.Bermula dari makanan jua lah akhlak2 anak2 akan terbentuk.Usah salahkan mereka jika akhlak mereka tidak elok.Saya sendiri agak ragu tentang status halal susu formula di pasaran.Jadi,menjadi fardu kifayah kepada umat Islam utk menghasilkan produk susu formula yang halal dan bersih.
Hadis ke 6 dalam matan Arba'in oleh Imam An-Nawawi.

'Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara kedua2nya ada perkara yang samar-samar(syubhah).......................'


Sebelum menutup penulisan ini,saya ingin berkongsi bait lagu yang menjadi inspirasi kepada saya iaitu Lagu Tema Imam Muda yag bertajuk 'HambaMu'.Almost everyday dengar lagu ni kerana lagu ini mempunyai makna yang sangat terkesan di hati iaitu manusia biasa yang menjadi luar biasa...Syukran kpd roomate sbb bagi lirik lagu favourite ni..Bawah ni,antara bait lagunya,nak yang full,antum search sendiri ye..

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati


Usaha dengan doa,
Masanya akan tiba,
Dengan restu Ilahi,
Kelak pasti akan ditemui


Suluhkan cahaya di hati terang...
Allah...
Tunjukkan jalan 
Seandainya hilang...Allah
Tagakkan perjalanan 
Yang bakal ditempuh...


Tagakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisiMu ku berserah,
Terimalah
HambaMU Allah.......

#InsyaAllah,kita semua manusia biasa yang mampu menjadi manusia luar biasa apabila mempunyai semangat jihad dan pengorbanan.Kuasa imaginasi,Kuasa Strategis dan Kuasa Pergantungan yang tinggi kepada Allah..

~Generasi Al-Fateh yang dinantikan pada abad ini...~


Thursday, August 4, 2011

~ Semarak Ramadhan..Dari Keimanan menuju Ketakwaan~

Alhamdulillah..syukur kerana masih diberi peluang oleh Allah untuk menjalani bulan Ramadhan pada tahun 1432 hijrah ini.
Kenapa bulan Ramadhan ini adalah dari keimanan menuju ketakwaan?Kita lihat firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yg bermaksud:
'Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


Taqwa bermaksud melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.Bulan Ramadhan inilah bulan transformasi kepada kita ke arah ketakwaan kepada Allah.Kita perlu membebankan hawa nafsu kita dengan solat tarawih,qiamullail,menahan diri daripada berkata yg keji dan sbgainya.Apabila kita berjaya menundukkan hawa nafsu kita,insyaAllah segala suruhan Allah dpt kita laksanakan dengan penuh keikhlasan.Usahlah menjadi hamba kepada Ramadhan tetapi jadilah hamba Allah yang istiqamah.Jika di bulan Ramadhan ini kita mampu menghabiskan Al-Quran 30 juzuk,kita cuba istiqamah di bulan lain juga.Peringatan ini kepada diri saya juga.


Pada 1 Ramadhan lepas,alhamdulillah dpt iftor bersama umi dan 3 adik yg lain di rumah.Walaupun hanya sehari sempat berbuka di rumah,saya tetap rasa gembira.Ada satu peristiwa yang agak mengecewakan saya.Semasa berjalan bersama umi di bandar kuantan,saya terpandang seorang lelaki yang sedang makan di belakang restoran.Pada mulanya,husnu zhon.Dalam fikiran saya,maybe dy tu non-muslim.Tetapi,sebaik shj saya n umi memandangnya,jelas kelihatan ketakutan di mukanya dan dia terus bangun.Oh..Islam rupanya.Astaghfirullah.Terfikir juga di fikiran saya,betapa nikmatnya seorang kaum Adam tidak diberikan cuti.Full puasa tidak seperti kaum hawa.Tetapi,masih ada kaum Adam yang tidak puasa.


Bilakah lagi kita nak lihat kaum pemuda ini menguasai dunia seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yg merupakan sebaik-baik raja yg berjaya menawan Kota Konstantinople.Dalam dua tiga hari ni,saya membaca semula buku Kuasa kepimpinan Al-fateh tulisan Ustaz Muhammad Syaari.Bayangkan seorang manusia biasa menjadi luar biasa.Semasa membaca buku ni,saya tertanya2..'kenapa pemuda sekarang x jadi macam Al-Fateh?Kalau nak bandingkan dgn Rasulullah,mmg xboleh lah.Jauh sekali n xkan dpt disamakan.Kita bandingkan dgn Al-Fateh yg merupakan manusia biasa.Di mana silapnya pemuda sekarang sehingga tidak boleh menjadi seperti Al-Fateh??Bayangkan pada usia yang sangat muda iaitu 22 tahun sudah berjaya menawan Konstantinople?
Ada pepatah Arab,'Bukan digelar pemuda seorang yg berbangga dengan sejarah ayahnya,tetapi seorang pemuda adalah yang mengatakan ini adalah aku.


Semasa menggali parit utk Perang Khandak di bulan Ramadhan,Rasulullah bersabda,'Konstantinople akan jatuh ke tangan Islam dimana Rajanya adalah sebaik2 raja dan tenteranya adalah sebaik2 tentera.Akhirnya sabdaan nabi ini direalisasikan oleh seorang anak muda yang berimaginasi tinggi,berstrategis,bertakwa dan meletakkan sepenuhnya kebergantungan pada Allah.


Semangat golongan muda ini lah yg diperlukan utk Islam.Inilah asbab Zionis mensasarkan pembunuhan ke arah golongan anak2 kecil di Palestin.Tatkala membaca buku tersebut,terasa berada di zaman tersebut.Kesusahan dipermulaan yang akhirnya membawa kepada kemenangan kepada umat Islam.Kecekalan seorang panglima iaitu Hassan Tullbate yamg mati syahid ketika memacakkan panji di tembok Konstantinople.Kehebatan seorang raja yang memang layak digelar sebaik2 raja kerana akhirnya beliaulah yang terpilih menjadi imam utk mengimami solat kerana beliaulah yang paling layak dek kerana selepas baligh beliau tidak pernah meninggalkan solat fardhu,solat rawatib dan solat tahajjud.Inilah sumber kekuatan kepadanya.Beliau tidak pernah lena tidur kerana memikirkan sabdaan nabi ini.


Saya berharap shbt2 sekalian dapat membaca buku ini yang insyaallah dpt menaikkan semangat antum terutamanya pemuda.
Wahai pemuda!renunglah...Kenapa diri antum masih belum boleh mencapai tahap seperti Al-Fateh ini..


Wahai muslimat!Antunna juga antara penyumbang bagi melahirkan pemuda2 harapan agama yg sentiasa rindukan mati syahid,Peliharalah dirimu daripada sekarang terutamanya dri segi aurat,pergaulan dgn lelaki ajnabi dan sebagainya kerana mungkin kesilapan kita yang akan menyebabkan pemuda2 yang hebat seperti al-Fateh ini tidak dpt dihasilkan.


Wallahu'alam..Salam Ramadhan..Transformasi diri bermula di bulan ini..


Dibawah ini buku yang saya baca.Harganya RM 19 shj.Infaqkan wang antum utk kepentingan Islam.







Saturday, July 16, 2011

Kuatkah aku???

Assalamu'alaikum...walaupun tangan ini berat utk menaip,saya teruskan shj demi  memenuhi permintaan shbt2 yg inginkan blog ni di'update'..1 month ago..itulah yg tertera pada pautan blog saya di blog shbt2..Asifni jiddan..

Petang tadi,sebaik sahaja balik dari Program Kesedaran Kampus Di UTHM,ayah call...
Sebaik shj saya memberi salam dan ayah menjwbnya,ayah terus memberi tazkirah dan kata2 motivasi kepadaku..Jiwa begitu tenang tatkala mendengar tazkirah dari ayah walaupun pendek tetapi mempunyai 1001 makna.Ayah meceritakan sirah sahabat nabi,Saidatina Ali.Bagiamana sbrnya saidina Ali tatkala pulang dan mendapati makanan tiada dirumah.Saidatina Fatimah memberitahu tiada makanan.Saidina Ali terus ke masjid Nabawi utk menunaikan solat sunat.Beliau balik semula ke rumah dan mendapati makanan still xde.Seterusnya,beliau terus menunaikan solat sunat.Slps itu beliau pulang dan mendapati mesin gandum bergerak dgn sendiri dan mengeluarkan gandum yg banyak.Selepas itu,Saidina Ali memegang alat tersebut lalu alat tersebut berhenti.Beliau mendapati hanya ada sebiji gandum shj didalamnya.Perkara ini dimaklumkan kpd Rasulullah.Rasulullah bersabda yang berbunyi ' Jika kamu tidak memegangnya,nescaya ia akan terus berjalan sehingga hari kiamat'.

Daripada yg diceritakan ayah saya ini,apa yang ayah saya ingin smpaikan ialah kite wajib bergantung harap hanya pada Allah.Kun fayakun.Jika Allah kata jadi,maka jadilah..Walaupun ada sebiji gandum,dgn izin Allah banyak gandum yang dapat dihasilkan.Subhanallah..

Ayah terus memberikan kata semangat yang dipetik daripada Sirah Nabawiyyah utk menguatkan lagi semangtku.Selepas menceritakan perihal sakitku yang kembali menyerang kepada ummi,ayah terus menelefon utk memberikan kata2 semangat supaya kuat.Insyaallah,AISYAH KUAT......
Ummi pun selalu menelefon utk memastikan aku dlm keadaan sihat..

Ya Allah,sedikit pun tidak pernah utk aku menyusahkan ummi dan ayah...Tetapi,apa daya ku utk melawannya sendiri..Selepas mengadu padaMu Ya Allah,ummi n ayah menjadi tempat aku mengadu.
InsyaAllah,akan ku lawan sehabis daya..Allah mengetahui yg aku mmpu melwannya..'Dia' xkuat...Aku lagi kuat kerana aku ada IMAN...