BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Thursday, May 2, 2013

Psikologi Nabi...Teknik Dan Aplikasi



Alhamdulillah,Allah masih menggerakkan tangan ini utk menulis di blog yg sekian lama ditinggalkan.Tahun ini merupakan tahun yang sangat menggenbirakan saya tatkala dipertemukan oleh Allah dengan teknik Nabi Muhammad.Inilah yang dicari selama ini untuk menyelesaikan masalah2 saya dan masyarakat.Saya dipertemukan dengan teknik ini selepas menjadi friend di FB ustazah siti khadijah.Sudah lama sebenarnya saya menjadi friend beliau.Cuma tahun ini saya perasan di news feed status2 ustazah tentang aplikasi teknik ini.Saya sangat berminat ingin mengikuti bengkel yg dianjurkn beliau.Alhamdulillah tarikh 20 januari 2013,saya diberi kesempatan menyertainya di Johor Bahru.Hanya Allah yang tahu perasaan saya tatkala mendengar pengisian beliau.Macam2 perasaan sedih,gembira,terharu dtg bertandang.Sedih kerana saya akui byk kesilapan yang saya telah lakukan dalam mengajar pelajar dengan menggunakan teknik yang salah.Sebelum menyertai bengkel ini,saya dikenali cikgu yang garang dan sgt ditakuti pelajar.Mulanya,saya seronok mereka takut dgn saya.Tapi,saya mula tersedar tiada gunanya didikan garang ini kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan malahan dibenci pelajar.
Sebelum ini,guru-guru baru atau praktikal selalu didoktrin utk masuk ke kelas dengan muka yang garang dan marah-marah.Sebenarnya,teknik ini bukanlah teknik yang sepatutnya diamalkan.Dah lama teknik ini dibuat,murid2 still x mengubah sikap mereka.Apa kata guru-guru menggunakan teknik yang dilakukan Rasulullah seperti teknik pujian,memberi ganjaran,teknik memberi hukuman dan sebagainya.

Saya ingin kongsikan teknik memberi peluang semua angkat tangan menggunakn teknik Nabi Muhammad.
Hadith ini adalah hadith yang paling jelas bagaimana Nabi Muhammad menggunakan ayat tanya bagi menerangkan perbuatan2 yang melayakkan seseorang itu menjadi ahli syurga.Tidak semua pertanyaan menghasilkan kesan positif.Daripada hadith ini,dapat diketahui jenis ayat tanya yang menghasilkan kesan positif ke atas maruah dan emosi orang yang ditanya.

Hadith rujukan:
Abu Hurairah melaporkan bahawa pada suatu masa Nabi Muhammad pernah bertanya,Siapakah antara saudara-saudara sekalian yang berpuasa pada hri ini?’Abu Bakar menjawab,’saya.’
Baginda bertanya lagi, ‘siapakah antara saudara-saudara sekalian yang pada hari ini menghantar jenazah?’Abu Bakar menjawab,’Saya’.
Baginda bertanya lagi,’siapakah antara saudara-saudara sekalian yang pada hari ini memberi orang miskin makan? ’Abu Bakar menjawab,’Saya’.
Baginda bertanya lagi,’siapakah antara saudara-saudara sekalian yang pada hari ini melawat orang sakit?’ ’Abu Bakar menjawab,’Saya’.
Lalu Nabi Muhammad berkata, “seseorang yang melakukan perkara-perkara tersebut sudah tentu masuk syurga.”

Hadith ini menunjukkan bhwa perkara  yang ditanya mestilah perkara yang mulia.Hadith ini adalah hadith motivasi.
Berdasarkan aplikasi saya di dalam kelas semasa sesi praktikum yang lepas,saya dapati ia sangat berkesan.Benarlah,teknik Nabi ini adalah teknik yang terbaik.Nabi sudah tunjuk caranya.Atas kita utk aplikasi atau tidak.Mungin sebelum ini kita biasa mendengar hadis ini tetapi kita tidak tahu utk mengaplikasikan dalam kehidupan.Saya akan berikan cth aplikasi teknik ini berdasarkan apa yang telah saya praktikkan semasa sesi praktikum yang lepas.

Setiap kali saya masuk dalm kelas 2 SP Bestari,selepas membaca doa,perkara pertama yang akan saya lakukan ialah mengaplikasikan teknik bagi peluang semua pelajar angkat tangan.

‘Siapa antara anak murid muallimah hari ini yang solat subuh?’
‘Siapa antara anak murid muallimah hari ini yang mencium tangan ibu dan ayahnya?’
“Siapa antara anak murid muallimah hari ini yang mandi?’
‘Siapa antara anak murid muallimah hari ini yang gosok gigi?’
Seseorang yang melakukan perkara-perkara yang muallimah sebutkan tadi,dialah pelajar yang cemerlang,pelajar yang disukai Allah kerana dia menjaga kebersihan diri dengan menggosok gigi dan mandi.Allah sangat cintakan orang yang bersih.Muallimah yakin,orang yang solat subuh akan mudah menerima ilmu.Allah,Nabi Muhammad dan muallimah sayang orang yang membuat perkara2 yang disebut tadi.

Riak muka pelajar sangat teruja dengan soalan-soalan yang saya berikan.Soalan ketiga dan keempat membuatkan mereka ketawa.Saya melihat muka yang kecewa daripada pelajar-pelajar yang tidak mengangkat tangan salah satu soalan yang diberi.Saya tidak menegur pelajar yang tidak membuat perkara yang disebut.Saya hanya memberikan impak positif kepada pelajar yang membuat perkara tersebut.Hal ini akan menjaga maruah pelajar yang tidka melakukan perkara tersebut dan menaikkan self-esteem pelajar sekaligus memberikan motivasi kepada mereka.

Perkara yang silap yang biasa guru lakukan adalah bertanya soalan negative.cthnya:

Siapa hari ni yang tidak solat subuh? (SALAH)
Siapa hari ni yang tidak mandi? (SALAH)

Soalan2 negatif ini tidak sepatutnya disoal kepada pelajar.Ia akan memberi ruang kepada mereka utk menipu kerana takut akan dimarahi guru.

Teknik bertanya soalan ini membantu saya dalam kawalan kelas yang baik.Soalan-soalan ini akan menjadikan murid bersedia untuk belajar.Saya akan mempelbagaikan soalan setiap kali permulaan kelas.Selama sebulan,saya dapat melihat keterujaan murid utk menngangkat tangan dan bilanagan murid yang melakukan perkara yang disoal seperti solat subuh semakin bertambah.Ini membuktikan mereka telah termotivasi utk melakukan kebaikan tanpa dipaksa.Subhanallah,inilah tekni yang dicari saya selama ini.

Selama hampir 5 bulan saya mengaplikasikan teknik ini.ia memberi kesan bukan hanya kepada murid-murid malahan kepada diri saya sendiri.Saya tidak pernah menyangka saya yang dikenali orang yang garang kini disayangi pelajar saya.

‘Muallimah,kenapa muallimah dah x mengajar kami minggu depan?Muallimah ajar lah kami lagi.xbest lah muallimah x ajar dah.Muallimah datang tengok kami tau nnti.” Ini ayat salah seorang anak murid saya waktu dia dan rakannya datang ke bilik guru bertemu saya.Hampir menitiskan air mata mendgar kalam tersebut.

Tersentap dan terharu mendengar kata2 tersebut.Subhanallah,teknik Nabi Muhammad ini sudah berjaya mengubah guru yang dulunya sangat ditakuti pelajar menjadi guru yang disayangi pelajar.

InsyaAllah,saya akan berkongsi lagi teknik2 Nabi Muhammad pada tulisan akan datang.Kita amal teknik Nabi ini,setiap hari kita akan ingat Nabi.

~Kita bukan hanya mahu menjadi seorang muallim,tetapi kita mahu menjadi seorang murobbi dan mursyid buat generasi hebat~


 
surat 'cinta' dari salah seorang murid 2 SP B
Jamuan perpisahan

Murid 'hyperaktif' yang telah didorong menggunakan teknik Nabi

Hijau putih (nice combination)

'kita tahu hijau putih warna bendera pas.kite suke.cantik'..Kata salah seorang murid.

































1 comments:

Nur Adibah Ridzuan said...

sedapnyer kek murabbiah :)