BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Friday, June 3, 2011

~semanis rupa...seindah akhlak~Dedicate to my beloved nephew..

Assalamualaikum shbt2 semua..Syukur Alhamdulillah masih diberikan Allah kesihatan yang baik dan nikmat bernyawa di muka bumi Allah ini..Asif kerana hampir sebulan tidak mencoretkan sesuatu di blog ini.Masyakkoh yg pelbagai berlaku sebelum ini.Laptop rosak dan imtihan antara yg menjadi asbab tidak mengupdate blog selain less ideas to write.Syukran kathir kepada roomateku,Adilah kerana meminjamkan laptopnya sepanjang ketiadaan laptop.
Ok lah..beralih kepada tajuk..Alhamdulillah sudah 4 hari saya bergelar ibu saudara.Pada tarikh 31 Mei 2011 jam 10.40 malam,lahirlah seorang mujahid Islam insyaAllah di bumi Allah ini setelah 9 bulan hidup di dalam rahim ibunya seberat 2.9 kg.Ya Allah sungguh hebat ciptaanMu,seorang makhluk dapat hidup dalam keadaan yg sempit di dalam perut.Subhanallah.Dia telah berjaya melalui 3 alam iaitu alam roh,alam rahim dan sekarang di alam dunia.Kesayuan dan kasih sayang timbul tatkala pertama kali memandang wajahnya.Ya Allah,sungguh bersih dirimu dari sebarang dosa berbanding diri ini yg penuh dengan dosa kepada Allah..Astaghfirullah..
Keesokan harinya,saya mendengar berita di TV3,seorang bayi lelaki dicampak dari tingkat 5 pada tarikh yang sama dengan lahirnya anak saudaraku.Ya Allah,sungguh menyayat hati dan beruntunglah insan yang dilahirkan di dunia ini dengan penuh kasih sayang daripada ibubapa dan org sekeliling.Bersyukurlah kita dengan nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.Cuba sahabat2 fikirkan kenapa berlakunya perkara2 seperti ini??Penzinaan berleluasa,penderhakaan anak kepada ibubapanya...Allah akan membayar cash terhadap dua dosa ini di dunia..Nauzubillah...

Ayah: Mak saudara tak berdakwah kat baby ni ke???
Tanya ayah sebaik shj saya masuk ke bilik utk menjenguk anak saudaraku.Saya hanya senyum memandang ayah..hehe
Ayah bagitahu,kita wajib kenalkan seorang bayi yg dilahirkan dalam keadaan fitrah ini dengan kalimah2 yang suci.Mesti berdakwah kepadanya..
Ayah: Makhluk tidak berkuasa..hanya Allah yang Maha berkuasa.Tiada apa yang boleh memudaratkan melainkan dengan izin Allah.
Inilah kata2 yang ayah selalu titipkan kepada cucu sulungnya ini..Inilah kalimah2 yang ayah selalu titipkan kepada anak2nya juga.
Umi: Nanti dah besar jadi seorang pendakwah ye.Boleh keluar 3 hari,40 hari macam tok ayah.(panggilan utk ayah)
Umi pun tidak lupa menitipkan kata2 kepada cucunya.

Sekarang ni,k.ma dan kami semua sibuk mencari nama yang sesuai utk anak saudaraku.Sunnah yang dianjurkan mengisytiharkan nama bayi adalah semasa hari ke-7 kelahiran.Pilihlah nama2 yang baik untuk anak2..
Untuk bakal2 ibu...khatam dan hadamlah buku Tarbiyatul Aulad..InsyaAllah...didikan yg dianjurkan Islam akan dipraktikkan utk anak2 pewaris perjuangan Islam.

Sedikit coretan buat anak saudaraku...

Kelahiranmu membawa sinar dan kegembiraan kepada org disekeliling termasuklah ibu saudaramu ini.Doaku padamu agar kegembiraan ini berpanjangan dan kau akan menjadi seorang anak yang soleh,muslih.murabbi,mutarabbi,al-hafiz dsb.Jadilah anak yang berjuang di jalan Allah tanpa mengerti istilah penat seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang menjadi sebaik2 raja yg berjaya menawan kota constantinople dalam usia yg muda.Hiasilah dirimu dgn sifat zuhud sepertimana zuhudnya Uwais Al-Qarni.Cintailah ilmu sepertimana Imam Al-Ghazali.Penuhi dada mu dengan ilmu agar menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat.Kuatkan jiwamu dan tubuhmu utk menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan seperti mana hebtnya Sultan Salehuddin Al-Ayyubi membebaskan Palestin dalam cengkaman Yahudi.Wa akhiran..burulah syahid kerana itulah yg menjadi idaman shbt2 Nabi dan pejuang2 Islam.Amin...


Di bwah ini gmbar yg sempat di upload utk tatapan my sis, Siti Adibah yg berada di Mesir.Satu gmbar je dpt upload sbb line not clear..




Gambar diambil semasa hari ke2 kelahirannya..Mcm muka ayah x???









0 comments: