BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Thursday, April 14, 2011

Keindahan Alam Ciptaan Ilahi

Alhamdulillah...Alhamdulillah..Alhamdulillah..Masih diberikan kesempatan oleh Allah utk menghirup udara dan menikmati segala keindahan alam yang diciptakan.Syukur,Allah menggerakkan tangan ini utk menaip sesuatu di blog ini setelah beberapa minggu tidak mencoretkan sesuatu.

Alhamdulillah,baru-baru ini diberikan kesempatan utk menjejakkan kaki buat kali pertamanya di bumi Mersing Johor.Sebagai pelajar IPG,Bina Insan Guru adalah program yang wajib utk kami sertai selama 6 semester.Pada 30 Mac hingga 2 April yang lepas,saya dan sahabat2,berpeluang menyertai BIG ke Telok Gorek campsite and chalet di Mersing,Johor.Sungguh indah dan nyaman suasana di sana kerana jauh daripada pencemaran.Kami tidur di dalam khemah dan ditemani dengan deruman ombak yang menenangkan jiwa.Ya Allah,sungguh indah perasaan itu.
Antara aktiviti yang kami ikuti pada hari pertama ialah keyakinan di air.Ini adalah pengalaman pertama saya  melakukan aktiviti ini di lautan yang terbentang luas.Sebelum ini,hanya dibuat di tasik sahaja.Saya dapat belajar bagaimana untuk mengapungkan diri tanpa menggunakan life jacket.Pada mulanya,kurang keyakinan,Tetapi,setelah melakukannya,barulah saya tahu bahawa kita ni boleh terapung di atas air dengan syarat kita berada dalam keadaan tenang.

Selain itu,aktiviti kayak yang sgt menguji keimanan saya dan sahabat saya,Tuan Nor Wahida.Pada mulanya,kami antara yang berada di hadapan,Tetapi,dengan kuasa Allah,kayak kami dibawa arus jauh ketinggalan daripada sahabat2 lain.Hanya Allah yang tahu betapa takutnya kami pada masa itu,Tetapi,menyerah kalah tidak sekali.Kami teruskan berusaha sehingga sampai ke destinasi.Alhamdulillah..Ada juga sahabat2 yang berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan.Ibrahnya di sini,kami dapat buktikan...kalau tidak cmpur lelaki dan perempuan pun boleh selamat dan sampai ke destinasi.Allah kan ada.Mesti letakkan kebergantungan pada Allah.Muslimat POWER...

Semasa mendaki Gunung Arung,hujan sangat lebat.Inilah pengalaman pertama saya mendaki gunung dalam keadaan hujan lebat.Sungguh nyaman udara di atas gunung lagi2 selepas hujan.Dalam keadaan kita mendaki gunung,antara perkara yang perlu dijaga ialah jarak antara lelaki dan perempuan.Walau dalam keadaan apa sekalipun,kita mesti menjaga ikhtilat.Selagi sahabat sesama jantina dapat tolong,usahlah kita minta tolong dengan sahabat berlainan jantina.Ini juga peringatan kepada diri yang sentiasa alpa.
Ilmu yang ingin dikongsi....apabila kita mendaki gunung@tempat yang tinggi,kita digalakkan menyebut Allahuakabar.Hal ini dapat menaikkan semangat kita.Semasa turun,sebutlah Subhanallah...
Bayangkan...berapa banyak pahala yang kita dapat sepanjang kita mendaki sampailah kita turun semula jika kita berzikir???Subhanallah.

Ok lah..setakat ini shj yang dapat saya kongsi dengan semua...di bawah ni,gambar2 yang sempat diupload...




Gambar yang diambil dari puncak Gunung Arong


Makanan yang dimasak di tepi pantai oleh kumpulan saya


Bergambar bersama rakan2 sekelas sebelum pulang