BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Sunday, January 16, 2011

~Tarbiyyah Tunjang Kekuatan~

Assalamualaikum sahabat2 sekalian....
Rasanya masih belum terlambat utk saya ucapkan selamat melangkah ke tahun 2011.Ini merupakan post pertama saya pada tahun ini.Kesibukan dalam melangkah ke alam 'baru' banyak membantutkan kerja meng'update' blog ini.Masih dalam proses menyesuaikan diri dalam melangkah ke peringkat ijazah ini.Banyak ilmu pedagogi perlu dihadam.Nak tak nak,sbg bakal guru, terpaksa lah mentelaah falsafah dan pendidikan di Malaysia,perkembangan kanak-kanak,pedagogi dalam pendidikan islam dan pelbagai lagi subjek yg diperkenalkan dalam PISMP.

Sebenarnya,tugas guru bukan lah hanya mengajar semata-mata.Tetapi diberi tanggungjwb utk mentarbiyyah (mendidik) pelajar2.Jadi,seorang guru wajib mempunyai akhlak yang mulia dan memberi contoh teladan yang baik kpd anak2 didik.Tidak akan ada kesan positif jika seseorang guru menasihati muridnya tetapi dalam masa yang sama dia berkelakuan buruk.Firman Allah dalam surah As-Saff ayat 3:

'Sangatlah dibenci oleh Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan'.


Persoalan saya....Siapakah yang harus dipersalahkan terhadap gejala sosial yang kian menjadi2 dlm klgn remaja masa kini???Ibubapa???Guru???Jiran??Pemimpin???Rakan???
Bagi saya,semua pihak bertanggungjawab terhadap masalah ini???
Puncanya???Tidak menerapkan didikan agama Islam yang sebenar dan kurang mempraktikkan Islam dalam kehidupan...
Yang pertama,didikan daripada ibubapa.Bermula daripada perhubungan yang diredhai Allah...seterusnya,dlm kandungan,semasa kecil,dan dewasa....
Bagaimana utk melahirkan anak yang hebat jika ibubapa sendiri tidak menjaga batas2 pergaulan sblum berkahwin???Dalam kandungan,para ibu dan ayah mestilah sentiasa membaca ayat suci Al-Quran dan perbnyakkan zikir.Apabila anak dilahirkan,berilah didikan agama yang sempurna.Banyakkan berdoa kpd Allah utk kesejahteraan keluarga.Ustaz saya da mengatakan bhw,maslah yg timbul sekarang sbnrnya berpunca daripada ibubapa.Kurang cakna terhadap penguasaan agama islam dlm diri anak2.

Tugas guru selain mengajar ialah menerapkan nilai2 Islam dalam diri anak2 didik.Guru2 wajib memakai pakaian yang mengikut syariat kerana penampilan seorang guru sentiasa diperhatikan oleh pelajar dan dijadikan contoh.

Pemimpin juga amat memainkan peranan penting.Pemimpin yang baik akan sentiasa memastikan Islam dapat disebarkan di muka bumi Allah.Mereka akan membanteras gejala sosial ini dgn pelbagai cara spt mengharamkan konsert2 maksiat,sambutan tahun baru dan sebagainya...
Sabda Nabi Muhammad s.a.w,
'Tiada ketaatan kepada makhluk dalam maksiat kepada Allah'.

 Saya ingin tegaskan disini ialah tarbiyyah.Tarbiyyah amat penting kpd kita.Tanpa tarbiyyah hidup kita kosong.Ada yang mengisi kekosongan itu dgn menyanyi,mendaki gunung,bersiar2,dsb.Tetapi,jiwa tetap terasa kosong.
Apakah sebenarnya yang perlu diisi dalam kekosongan itu??Jwpnnya ialah....mendekatkan diri pada Allah...nescaya hati kita akan tenang.
Berapa ramai yang kita tengok...insan2 yg tercicir dalam tarbiyyah ini..Knp tercicir???Kita tidak diajak atau kita yang melarikan diri???Wa'iya zubillah..
Tanyalah mereka..pasti mereka akan mengatakan ada sesuatu kekosongan dalam jiwa.
 Tarbiyyah bukan segala2nya..tetapi segala2nya bermula dgn tarbiyyah dan segala2nya tidak akan sempurna tanpa tarbiyyah...

Ayuh sahabat!!!Sama2 kita muhasabah diri kembali..Usah gentar dgn ugutan2 insan yang dengki pada Islam..Tegakkan Islam di bumi Allah.Semoga kita menjadi sebaik2 tentera kpd sbaik2 pemimpin,Imam Mahdi..

2 comments:

Anonymous said...

kesalahan pling besar ialah pda diri individu itu sndiri.. kurang iman & x mencari jalan keluar yg tepat..

famili, guru, pemimpin dll cuma mbantu mencorakkan..

sbgi bekas knselr d jbtn agama.. bnyak kes moral bpunca dri 'kurangnya' penghayatan agama..

Ustaz Azrai said...

stuju dgn Anoy..
& pndpt awk jgak..