BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »
assalamualaikum Pictures, Images and Photos

ahlan wasahlan

Sunday, May 23, 2010

~Halal ke Haram???ke HALAM........................~

Assalamualaikum.....Kaifa imanukum fi ha zal yaum?
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pemberian lesen judi oleh kerajaan kepada syarikat Berjaya Group untuk perlawanan bola sepak World Cup 2010.Semasa mengetahui berita ini,hati berasa cukup sedih.Boleh pulak menghalalkan perkara yang jelas-jelas haram dan dinyatakan pengharamannya di dalam Al-Quran.Bagi orang yang berilmu,dia akan merasakan perkara ini sama sekali tidak relevan dilaksanakanBukan Islam sahja yang melarang amalan perjudian.malah ia menjadi larangan seluruh agama kerana implikasinya amat buruk.

Seperti yang kita sedia maklum,permainan dibolehkan di dalam Islam,tetapi Islam mengharamkan permainan yang dicampuri perjudian.
 Nabi S.A.W bersabda:
Barangsiapa berkata kepada rakannya mari bermain judi, maka hendaklah ia bersedekah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Alasan pihak yang memberi lesen ini ialah,ingin mengawal dan mengetahui jumlah pertaruhan sama sekali ditolak dalam Islam.Alasannya,jika tidak diberi lesen perjudian tetap berlaku dan mereka akan melakukan jenayah terancang,pemimjam wang tanpa lesen dan sebagainya.
Adakah dengan memberi lesen ini dapat menghalalkan judi yang sedia haram????Niat tidak menghalalkan cara.Janganlah beralasan dengan alsan seperti orang tidak cerdik.
Wahai saudara seagama,sedarlah!!!!Setiap larangan Allah itu ada kebaikan dan hikmahnya.Adakah kita merasakan kita lebih cerdik daripada Allah sehinggakan ingin mengubah sesuatu yang ditetapkan Allah.Setiap perkara yang terkandung di dalam Al-Quran sesuai sepanjang zaman.
Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud,

Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat kecil bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya" ( Al-baqarah : 219)


 Firman Allah di dalam surah Al-Maidah ,
 Ertinya ; Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. ( Al-Maidah : 90)

Antara kesan buruk daripada aktiviti perjudian


  • Berlaku permusuhan antara pemain-pemain sendiri.Bukankah Islam mengajar supaya bersatu dan berdamai dalam perkara kebaikan????
  • Mengancam institusi kekeluargaan.Biasanya apa yang kita dengar,penceraian dan kes dera anak disebabkan ibu atau ayahnya terlibat dengan judi.Tidak akan bahagia sesebuah keluarga yang mengguna hasil wang judi.
  • Lupa terhadap kewajipan yang ditetapkan Allah seperti solat dek kerana leka bermain judi.
  • Berani menjual agama,diri,keluarga dan tanah air demi permainan judi.
 Banyak lagi implikasi buruk daripada perjudian.Tidak cukup ruang kalu hendak disenaraikan semuanya.Betapa banyaknya kesan yang tidak baik.


Ayat Al-Quran di atas jelas mengharamkan judi.Judi adalah kawan arak.Allah yang menciptakan kita,so Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.Allah Maha Mengetahui segala-galanya.Tiada yang boleh disorokkan dari Allah.

*Pesanan kepada yang berkenaaan:
Bertanyalah dahulu kepada yang arif tentang hukum-hukum agama sebelum membuat sesuatu keputusan.Janganlah memalukan diri sendiri dengan mengemukakan alasan-alasan yang tidak munasabah langsung untuk menghalalkan yang haram.Sesungguhnya agama tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan.

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar insan-insan yang memberikan lesen judi ini diberikan hidayah oleh Allah dan kembali bertaubat.
sekian...Wallahu'alam...


KATAKAN YA PADA BOLA...KATAKAN TIDAK PADA JUDI.................. 

0 comments: